Friday 26 June 2009

Laskar Pelangi

Maahad Al Islah

1. Menonton Laskar Pelangi mengungkit kami pada perjuangan arwah embah (atuk) mendidik anak-anak muridnya di Maahad Al Islah. Meskipun embah tak masuk Universiti, cukuplah anak-anak muridnya ramai berjaya.

Bak kata quote Laskar Pelangi,
"belajar memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya"
2. Ketika isu kerajaan mahu mengambilalih Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan digantikan dengan silibus baru, embah bertegas mempertahankan Maahad Al Islah. Pada embah, mendidik bukan hanya mendidik akal, tetapi mendidik hati. Laskar Pelangi ada nukilkan,
"kecerdasan bukan dinilai dengan angka, tetapi dengan hati"








dulu kini

3.
Ini kerana SAR yang tiada bantuan perkapita, guru-gurunya hanya mendapat saguhati yang kecil, sumber2 yang terhad tetapi penekanan agamanya lebih berbanding di sekolah biasa.

4. Lebih2 lagi kami yang bersekolah di Barat, didikan hati itu perlu dicari di mosque, majlis2 ilmu dan paling penting di rumah.
Belajar untuk menghayati Islam.

5. Rasullullah saw once described "the intelligent person is the one who takes responsibility and his actions for the success in the Akhirah"


6. Seusai menonton Laskar Pelangi, semangat Ayah kata nak buat kisah perjuangan embah
for the next film script! he he
laskar pelangi
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...