Showing posts with label politics. Show all posts
Showing posts with label politics. Show all posts

Monday, 18 October 2010

SAR: sr Al-Munir

Post yang sudah tertunggak berbulan-bulan lamanya. Teringat kembali bila baca isi Bajet Malaysia 2011: Bantuan perkapita 95 juta untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR). Alhamdulillah all praises to Allah!

Sungguh, bukan senang mahu urus sekolah bila tiba2 bantuan ditarik pada 2002. Sekolah tutup, guru tiada, gaji tertunggak, murid berkurangan dan macam2 ceritalah. Arwah atuk ada uruskan SAR, jadi saya sendiri saksikan susah payah survival sekolah itu, Maahad al Islah. Jika tidak survive, kenalah surrender pada kerajaan - tukar sistem, tukar kuasa etc etc. But all praises to Allah again, it survived the hardship till now! My primary school at that time was Al-Munir, SAR, and also one of the survivors. Thus this post is dedicated to Al-Munir....I think I wrote about Maahad before.. (this doesn't indicate which one I love the most ok...ahha xD)

Dulu uniform hijau untuk pengawas, putih untuk pelajar lain. Baju melayu dan jubah untuk hari Jumaat. Sekarang hijau untuk pelajar lain, merah jambu untuk pengawas dan ada kat matrik lagi tuh. Makin berwarena-wareni!


I Heart Islam


Wah..tudung adik2 ini labuh2 belaka..
(I can't remember how my headscarf was like..:)


Kepeningan memasukkan input2 penting ke dalam kepala

Mujahid & Mujahidah, God-willing

1. Tahun 1999, sekolah ini 30 minit dari rumah saya dan jauh. Pernah terfikir, apa pasal ibuayah hantar jauh2, SK Sg Manik, Sg Lampam, Kg Bahagia semuanya 5,10,15,20 minit. Ditambah lagi dengan van/bas sekolah yang datang pukul 6.45 pagi...................awalnyeee la T_T. But alhamdulillah, it was worth it.

2. It really made my primary life colourfully awesome! Sekali masuk, terasa tak nak keluar. Al-munir ni satu-satunya sekolah rendah sesi pagi yang belajar subjek2 agama dan akademik di bandar Teluk Intan. Jadi, budak2 al-munir tak pergi sekolah agama petang....bukankah seronok pergi sekolah sehari sekali? ^__________^

3. Tahun 2002, perpindahan rumah menyebabkan sekolah ini 7 minit dari rumah saya. Kalau tak silap, sistem makan dalam talam mula tahun ini. Tiap2 waktu rehat, semua makan dalam talam dalam kumpulan. Siap praktik jilat jari dan duduk macam Rasulullah saw lagi. Dan tiada alasan tak nak makan bersama walau 'tak kawan'. Mahu menanam toleransi insani. Masyallah, rindunya kumpulan talam saya~

4. Sistem solat Zohor berjamaah selepas sekolah juga bermula tahun ini. Sekolah habis pukul 1, pukul 2 lepas solat Zohor di surau sebelah sekolah, baru balik rumah. Adik-adik darjah 1,2 solat di bawah, kakak-kakak senior solat tingkat atas. Lepas solat, ustaz bagi tazkirah seperti sesi story telling..takdela ngantuk kan. Disebabkan sistem ini baru, sesetengah pelajar dengan semangat membara beli buku log kulit keras mahu catit dan catat isi2 tazkirah..tak ingatlah, istiqamah ke tidak.

5. Mudah-mudahan Bajet 2010 ini bukan sekadar di kertas, tapi tindakan juga. Walaupun bajetnya tak boleh lawan PERMATA, impaknya inshallah besar. Tak salahkan mengharap? (:

Gambar2 hari pertama sekolah Januari 2010 dikopi dari: sralmunir.blogspot.com

Class: 1 Al-Kindi (1999)
Class teacher: Cikgu Salawati
How time flies..one time we were running around like happy kids and another time, we walk like grown ups. Barakallahu feekum, guys!

Sunday, 5 April 2009

Doa kami

-inspired from We Will Not Go Down-
We will not go down,
without a fight,
Our spirit will never die

Allahuakbar!

Monday, 23 March 2009

Untuk orang yang faham BM

Baca & fahami ayat-ayat Tuhan ini dahulu:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat"[An-Nisaa:58]

1) Ketika pilihanraya kecil hampir, Tup tup
Media alternatif pembangkang (Harakah, Suara Keadilan) digantung tiga bulan oleh KDN. Alasan; menghasut rakyat.

Media arahan kerajaan,
Utusan, Berita Harian dsb. tak hasut rakyat eh?2) Ketika ada laporan kes rasuah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim oleh Pemuda Umno tidak lama dulu, cepat sungguh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak. Sampai sekarang, senyap kesnya. Apa cerita?
Bila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak layak bertanding dalam Pemilihan Agung Umno kerana dibuktikan menggunakan Politik wang = Rasuah,
Tiada pula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat. Siap dipuji PM lagi kerana masih setia pada parti. Bukan rasuah kah ini?
3) Perhimpunan yang dianjurkan pembangkang seringkali dilabel HARAM oleh media. Sebagai contoh, BERSIH (Nov 07) yang berjaya menghimpunkan hampir 100,000 orang atas tujuan mendesak kerajaan mengadakan Pilihanraya yang bersih. Bak kata KJ:
"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum. Kita yakin kita akan menang menentang mereka."
-Khairy Jamaluddin, 6 November 2007
Tapi kan, bila ahli BN/UMNO berdemonstrasi, tidak kiralah atas sebab apa, sekelip mata ia dilihat HALAL oleh media. Masuk TV tu, tak payah cakaplah. Tidak pula dilabel 'beruk' oleh KJ ya.

Kalian, tolonglah faham!

Friday, 6 March 2009

Politik Pokok Itu

Cerita hot siapa yang tak nak tahu? Telinga nak dengar. Mata nak tengok. Otak nak fikir. Tangan pun gatal nak tulis..

Isu Perak. Ya, Isu Perak lagi. Kali ini, 'Persidangan Bawah Pokok'. Bangga pokok tuh. Hot weyhh. Kalau tengok media arus perdana Malaysia (TV3, Utusan, BHarian etc) , aii.. cakap over jer. Double Standard. Double Standard. Baca memang baca, bab terima tu, kena fikir x1000 la kot. Sebab itu pembaca-pembaca sekalian, sebelum percaya apa yang ditulis tuh, fikirlah sedalam-dalamnya dahulu. Fikirkan:

Untuk apa persidangan ini?

Apa hak Speaker Dun Perak itu buat benda ini?

Apa mereka mahu?

Jangan jadi dumb. Jangan jadi 'angguk-angguk, geleng-geleng'. Jadilah orang yang berfikir. Biarlah kita yang menguasai fikiran kita, bukan dikuasai oleh media-media picisan yang kononya bermutu, penyebar fikiran rakyat bla bla bla. Tapi, perlu diingat, tak kira apa yang cross dengan pemikiran kita, hormati pandangan orang lain. Manusia semua berlainan, raikan perbezaan itu :)

Saya bukanlah sesiapa di dalam isu ini. Walaubagaimanapun, pada saya, dalam keadaan isu perak ini semakin kritikal, janganlah menunding jari tak tentu hala tanpa tahu asal-usulnya. No class pendapat sebegitu. Nanti dikata katak dibawah tempurung.

Jika Mahkamah di dunia tidak dapat mengadili isu ini dengan adil,
biar Mahkamah Allah mengadilinya. Sesungguhnya Allah itu Al-'Adlu.

“Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.


Dun Perak 'bersidang' di bawah pokok:



Filem Laksamana Do Re Mi: 'Persidangan' bawah pokok. Adaptasi dari filem ini ke?



Bak kata ayah di Forum Seni di Cardiff, Politik itu seni. Seni mempengaruhi fikiran. Bezanya antara kita dipengaruhi atau kita mempengaruhi. Lahirkanlah ayat-ayat yang bisa menggoncangkan dunia dan mengajak orang berfikir. Tetapi, yang benar. Politik itu tidak salah jika tidak disalahgunakan. Tak payahlah memandang rendah pada Politik, kerna kita sendiri hidup berpolitik!

Wallahu'alam.

Friday, 13 February 2009

Memori itu kenangan

Al-Fatihah untuk Almarhum YB Roslan Shaharom. Terkedu saya bila ayah inform pemergian beliau. Sampai kat sekolah pun terfikir-fikir.

First time jumpa Almarhum waktu balik Malaysia musim panas Julai 2008. Kecik-kecik dulu ada kot, cuma tak ingat. Kami jumpa kat kedai kopi dalam perjalanan balik Perak dari Kelantan. Almarhum baik sangat layan saya dengan kakak tanya macam2.

Ada satu tu saya tanya "Uncle2, uncle ada berapa ramai anak?"

Almarhum selamba jawab, "Sikit jer..sebelas.(!)". Terlopong kami. hehe.

Waktu embah lanang (atuk) saya meninggal, Almarhum ada datang. Siap posing lagi dengan 'Poster Malaysiaku!' kepunyaan Kakak. Memang cool la. Lepas kami balik UK, Almarhum datang rumah dengan anaknya untuk uruskan K. Fatimah Zahra belajar di sini. Almarhum peramah sangat. Takziah buat Kak Fatimah Zahra sefamili. Semoga Allah menempatkan Almarhum dikalangan orang-orang soleh. Aminn.

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ketika isu kerajaan di Perak meletup, Almarhum meninggalkan semuanya di dunia. Dan parlimen yang diwakilinya, Parlimen Bukit Gantang akan menyaksikan siapa lebih layak mewakilinya - Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (atau mungkin Bebas)!

*Nak kempen! yey

Rasulullah saw bersabda:

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا وشبك بين أصابعه

Maksudnya: “Orang-orang beriman seumpama bangunan, saling menguatkan sesama mereka.” Baginda menggenggam di antara jari-jemarinya.

Friday, 6 February 2009

Isu Perak: Bila derhaka sultan kecoh, derhaka Allah?













Saya Anak Perak!


Ya, saya anak perak sejati. Memang saya bukan dari kalangan orang-orang yang layak mengundi di Perak pada Pilihanraya Umum tahun lepas. Juga tidak fasih bercakap loghat perak. Tapi saya ada hak untuk bersuara, apabila kerajaan yang diundi arwah atuk saya, pilihan rakyat dirampas sesuka hati - tanpa undang-undang!

Dan saya pelik.

Kenapa bila derhaka Allah, tak sekecoh bila derhaka Sultan? Rasanya lagi promote ada la. Memperlekehkan hukum Islam yang digariskan oleh Allah, menyokong konsert2 artis yang membawa manusia jauh dariNYA dan menyumbang kepada gejala keruntuhan akhlak remaja dan mengizinkan pembukaan syarikat2 judi, disko sarang maksiat - ini derhaka. Pada siapa? Tuhan!

Dalam kitab Ibnu Taimiyyah,
Dalamnya kata Raja/Sultan yang tidak adil atau zalim (definisi dalam Islam: meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya), hendaklah ditentang. Ketika zaman awal Rasulullah saw menyebarkan Islam, Abu Talib, pak cik Baginda sendiri menolak untuk memeluk Islam walaupun dia tahu ajaran yang dibawa anak saudaranya itu benar. Ini kerana dia pemimpin ketika itu dan merasakan tidak wajar mengenepikan ajaran nenek moyang mereka yang diikuti ramai orang ketika itu walaupun ia amat2 salah (kepentingan diri). Dalam konteks Isu Perak ini pula, kenapa terlalu cepat Sultan menukar MB (2 hari) sedangkan mengambil berhari-hari untuk melantik MB baru selepas Pilihanraya 2008 dan ia terang lagi bersuluh amat2 berat sebelah. Dan bukankah lebih adil jika DUN dibubarkan?

Belajarlah dari Sejarah, Sirah, kawanku.

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...