Wednesday, 9 September 2009
Charity Week 2009
CHARITY WEEK 2009 IS BACK!
Put the below dates into your diaries:
19th - 24th October: Schools Charity Week
26th - 31st October: Universities Charity Week
All money raised during this year's charity week will go towards helping orphans and needy children across the globe.
charityweekwales@gmail.com
Visit http://www.uluisoc.com/charityweek/ now!
Brighten your day with charity ^_^
Tuesday, 8 September 2009
Sunat vs Wajib
Dah Separuh Dah!
1. Pejam celik-pejam celik, dah lebih separuh Ramadhan tinggal berbaki. Begitu pantas masa berlalu.
2. Bermula Ramadhan dengan pilihanraya di Permatang Pasir dan mungkin diakhiri dengan pilihanraya kecil di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Memang beraya sungguh tahun ini.
3. Sibuk mengundi wakil rakyat, jangan lupa wakil rakyat perlu berperanan. Sibuk berkempen, lupa kerja lain. Lupa nak kuatkan parti. Lupa nak jaga kepentingan rakyat.
4. Macam orang sibuk nak sambut hari raya, ke pekan berbelanja sungguh. Buat kuih semperit, baulu atau muruku. Tukar perabot dan langsir rumah. Lupa nak terawih dan tadarus.
5. Macam orang sibuk berterawih nak kejo lailatu qadar tapi leboh solat subuh atau subuhnya, subuh gajah.
6. Macam orang sibuk bersedekah tapi sukar untuk memberi senyuman pada orang.
7. Macam orang bersungguh nak solat hari raya tapi jarang solat waktu.
8. Macam orang ziarah pusara tapi lupa dia juga akan menjadi bakal penghuni pusara.
Artikel dicilok dari blog Ayah http://muhaiminsulam.blogspot.com. (=
Monday, 31 August 2009
Junior ke Senior

Bermula Year 9
Melangkah pertama kali ke BGCS, kagum saya pada senibinanya. Besarnya seperti kolej, batu merahnya seperti bangunan satu fakulti di UKM. Ditubuhkan pada 1682, padanlah dengan keklasikannya.
Keklasikanya ternyata tidak dapat menutup rasa kegugupan hari pertama persekolahan. Dikelilingi persekitaran, kawan, guru dan sistem yang asing (strange), jauh sekali berbeza dengan sekolah Malaysia - seperti planet lain!
Ber-form tutor kan Mr Lewis, saya ditempatkan di form 11E bersama Asmaq yang amat peramah. Asmaq balik Malaysia selepas 6 bulan, menjadikan saya (dan Kakak) sahaja Malaysian di sekolah menengah di Swansea. Bertahun-tahun kawan sekolah Malaysian, tup...tup..semua dari pelbagai negara. Pengalaman. Subhanallah.
Teringat waktu lesson pertama saya, Chloe gtau Asmaq pasal saya, "She looks a bit like Shilpa Shetty, isn't she?"(no way!)
Hingga ke Year 10
Untuk sesuaikan diri, memang mengambil masa. Tapi kena berani memulakan langkah, mencari kawan, bertanya dan memilih tanpa mengenepikan prinsip Islam. Biar hidup berprinsip. InshaAllah tak susah hati.
Saya mulakan GCSE dengan 10 subjek - Biology, Chemistry, Pyhsics, English Language, English Literature, Maths, Religious Studies (compulsory) dan History, Business Studies, French (optional). Dan Malay juga (exam tahun depan). Sengaja ambil French walaupun satu benda pun tak tahu kecuali 'Bonjour' ditambah lagi belajar lewat 2 tahun lebih dari orang lain. Mula-mula semua saraf otak blur! Risk-taking betul...
Sudah ada geng untuk lunch, geng balik sekolah, geng setiap lesson...ala-ala zaman kegemilangan gitu (berzaman ke pun?). Tak sia-sia bertatih. Dari kegugupan dan ketidaksukaan dulu bertukar menjadi warna-warni keseronokan. NikmatNya, Alhamdulillah!
Tiba di Year 11
Orang panggil 'exam year'. Homework tak banyak, tapi coursework bertimbun. Sekali lagi, cikgu2 sangatlah helpful. Uniknya kan, tiada tusyen melambak2 (di sekolah atau luar) seperti di Malaysia. Memang ada, cuma amat jarang, rasanya sekali je saya dengar orang pergi. Kelas tambahan hanya diadakan lebih kurang seBULAN dua sebelum exam. Malaysia selalunya, seTAHUN dua.
Kawan famili kami, Auntie Cathy, orang Perancis menawarkan diri untuk ajar saya French. Dari sebutan dan grammar yang ntah-pape-ntah Auntie Cathy betulkan dan bagi latihan. Praktis banyak2, boleh terbelit lidah jadinya. huhu
Disebabkan waktu exam memang susah nak jumpa, semua program akhir tahun dibuat sebelumnya seperti Photography session, form party (atau majlis akhir tahun), yearbook sign dan bla bla bla..macam-macamlah pendek cerita. Sir (Mr Lewis) cadang nak buat surprise party untuk satu kelas tapi terpecah plak plan nye. Sian2. Tapi masih agak surprise lagi bila Sir bawa keluar cupcakes dengan gambar setiap orang dan kek coklat. Oh tak lupa juga, Sir yang buat semuanya..sayang gak dia dekat kitaorang ye
Yang pasti, Sir adalah cikgu paling cool dan 11E adalah form paling best. Memories are what keep us together.
Exam & Result
Sebulan setengah exam terasa lama sangat. Tiap2 hari tengok jadual, bile nak habis. Rasanya orang2 yang jaga exam tu pun dan bosan tengok kami. Alhamdulillah habis juga akhirnya...dan dapat cuti lebih. Sebulan awal dari pelajar lain menjadikan dua bulan setengah cuti. Lucky us!
Untuk info kalian, GCSE (General Certificate Secondary Education) lebih kurang macam SPM. Tapi ada had atau limit jumlah subjek yang boleh diambil.
27/8 baru-baru ni hari result keluar. Berdegup-degup gak la jantung bila nak buka sampul besar tu sampai tak jumpa result-nya. heheh. Mana taknya, macam2 sekolah letak dalam sampul tu untuk promosi sekolah. Hampir keluar air mata saya tengok result yang Lianne tolong bukakan. Terus dia bagi saya a tight hug. Three words to describe; Subhanallah wa Alhamdulillah Allahuakbar!
Junior ke Senior
Insha Allah saya akan jadi Sixth Former untuk mulakan AS/A-LEVEL bermula Rabu ini. Dulu cadang nak ambil Maths, Biology, Chemistry di BGCS dan Politics di OCS (collaboration). Tidak berniat menjadi seorang politikus, sekadar hendakkan ilmu (general knowledge) saja.
Tapi masih belum final decision lagi subjek apa nak ambil, hanya idea kasar. Terasa nak pertimbangkan untuk ambil French dan English Literature lepas tengok result. Ditambah lagi dengan persuasion dari Aunty Cathy untuk belajar French lagi. Mudah-mudahan dipermudahkan, Amin Allahumma Amin..Doakan ya =)
Andai ada idea atau cadangan, drop some here! TQ in advance.
Many thanks to supportive AyahIbu, Kakak, family, friends, dedicated teachers - Mr Lewis, Mr Bradley, Dr Jenkins, Dr Green, Mrs Hewitt, Mr Seaton, Mrs Harding-Richards, Ms Lye, Mrs John, Mrs Senchal, Aunty Catherine and endless list of names!
Apa-apa pun tak kira apa kita ambil, dimana, bagaimana, yang penting ada sumbangan kita pada Islam daripada apa yang kita belajar. Masa depan tidak boleh dijangka, exam di akhirat kelak yang utama. Bersediakah kita?
Bukan dalam pelajaran sahaja melangkah ke alam senior. Dalam ibadah, tarbiyyah diri, dan pehamaman dalam Islam juga perlu senior. Itulah dinamakan 'Junior ke Senior'!
Friday, 28 August 2009
Seminggu Ramadhan
Ya Allah, kau telah sampaikan kami di awal Ramadhan, sampaikanlah juga kami di akhir Ramadhan...Amin~
Wednesday, 26 August 2009
The First Tag (ever)
eah, the first tag I have ever done. The people who've been tagged simply need to follow and do what the picture above says (zoom in if necessary). Originally, the tag is quite long and can be copied from here. Syukran for tagging me!Altering this tag a bit was my first thought when I saw it, regardless the instructions. hee~ I'd like to tag this blog visitors who are Muslim. Most importantly, it applies to every Muslim at ALL times.
Friday, 21 August 2009
h1n1 - Semasa, Teori, Usaha, Pencegahan
Saya; "You know what, my parents discourage me to go to crowded places especially town, that's why I don't go out much this summer.""Really? I go out to town almost everyday." balas Emma yang baru sahaja balik dari holiday di New Zealand, dengan selambanya.
Paranoidkah saya?
Tak sempat isu recession mengundur diri, isu h1n1 memunculkan diri. Cerita UK harini, isu h1n1 bukanlah yang paling hangit hangat seperti Malaysia. Tak pernah sekalipun saya nampak orang pakai mask sepanjang school holiday saya, walaupun kes h1n1 pernah mencapai 100,000 kes seminggu di England sahaja! Belum masuk Wales, Scotland dan Northern Ireland.
Menurut teori Crixerity (Malaysia), orang2 yang bermask tu bukanlah takut mati sebab h1n1. Tapi, takut alam lepas mati, takutkan Allah, takut diseksa sedang diri tau belum cukup amal untuk menghadapi mati. Sekali lagi, hanya teori sahaja.
Wallahu'alam.
Ceramah dari Dr. Haron Din berkenaan swine flu. Jom tengok.
Ada news kata jika kes meningkat mendadak selepas semester baru buka, sekolah mungkin tutup dalam bulan November. UK Government pula bersiap sedia untuk the biggest public vaccination dalam 50 tahun dalam bulan Oktober. We'll see. Sambil2 tu, usaha dan tawakkal jangan ditinggal!
- Gunakan tisu untuk tutup hidung dan mulut ketika batuk atau bersin, dan lepastu basuh tangan.
- Jangan guna sapu tangan atau tisu yang telah digunakan, ia berisiko contaminating other stuff.
- Basuh tangan selalu terutamanya selepas batuk, bersin dan guna tisu. Bagus dengan sabun dan air atau hand rubs.- Kurangkan menyentuh hidung, mulut, mata kecuali jika anda baru bersihkan tangan.
- Detergen biasa dan air perlu digunakan untuk bersihkan permukaan apa2 yang selalu tangan sentuh.- Bersihkan tangan sejurus memulakan kerja dan sampai rumah.
Hampir semua langkah2 diatas berkait rapat dengan kebersihan. Kebersihan itu kan separuh daripada iman. Moga sinar iman kita makin terik cahayanya di bulan2 mulia ini, inshaAllah!
Selamat berjuang di bulan Ramadhan, para pejuang semua. Barakallahu feekum :)
Thursday, 20 August 2009
Tuah di Akhir Sya'ban
Ada hikmah gak saya tak jadi shopping, banyak tempat saya teroka. Tambah2 pengetahuan, nanti balik Malaysia boleh promote Swansea
Project Notebook
En route ke Library lepas hantar Emma, saya nampak Project Notebook yang saya cari2 dari tadi. Di Wilkinson, on sale lagitu. Sebelum tu pusing2 Quadrant dengan Emma ke WHSmith, MPH & Waterstone, semuanya £8++. Tak convert, tapi terasa agak pricy lah untuk benda tu saja.
Dahla covernya warena-wareni, £1.50 je. Beli satu dan sempat grab satu pensil kucing
Tambang Bas
Selalunya kalau pergi balik town, naik kereta, basikal atau jalan je. Jarang yang amat naik bas. Tapi kaki dah penat nak jalan lagi 40 minit. Jadi, Kakak & saya pun pi la cari bas. Sekali tengok bus-timetable, bas dah lepasss.
Baru nak jalan balik, ada bas datang. Bas baru kat Swansea. Nak tau napa? Sebab tu purple bendy-bus, yang boleh bengkok2. Cun. Pak cik koordinator tu pun tegur;
"Where are you going?"
"University"
"OK..", sambil tekan2 mesin pengira tambang. "Its £3.85 please."
"Do we get discount as students?", saya tanya.
"Give me your student ID and I'll check." "Does she have one?", merujuk pada Kakak.
"Yeah, she's got one but its not with her now."
Sambil mengagguk, pakcik tu cakap,"Oh..don't worry"
Saya pun tunggulah, sambil tertanya2 abende yang 'don't worry' nye. Nak bayar tak tahu berapa.
Bila nak dekat sampai, saya pun tanya lagi, "Excuse me, how much do we have to pay?"
"Nothing. You showed me your student ID already"
Saya & Kakak pun berpandangan. Biar betik? Tadi kata £3.85. Kat badan bas plak, tulis '£1 for student'. Dahla Kakak tak bawa student ID.
Wah, freeeee! Alhamdulillah!
.............................
Muhasabah2 lah diri di akhir hari, mana tahu ada yang termiss untuk disyukuri!
Toilet learning 20 months old
Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was: "Pity her!" I do not blame anyone who thought...
-
I just realized that I've never introduced myself as the author of Honeydewww's blogposts.. Assalamualaikum, Selamat, Hello, Bonjour...
-
Ever since I had a look at Montessori, I have tried to set up spaces at home according to its principles. I find it compatible with my littl...
-
Though only have been an observer for a few months in Cfs (Pusat Asasi UIAM), I hope I don't put off the hopes of those who asked for th...

