Kata mereka, "salji telah membawa keluar sikap 'keanak-anakan' dalam diri semua orang." Kata ketua mereka setelah dilapor, "anda telah menyalahgunakan peralatan2 yang daripada pembayar cukai." sumber
Jerit mereka, "kami berhimpun secara aman!" Alasan ketua depa, "saya dibayar gaji oleh pembayar cukai untuk kerja ini."
Al Kisah 1 Di suatu hari salju, kelihatan dua orang gadis berjalan menuju reception ketika rehat diantara lesson pertama dan kedua French di swansea college...
"Nabilah, where are you going?" "Hmm..prayer room" "Where?" "Prayer room" "Huh? What do you want to do there?" "To pray.." (berserta senyuman nakal)
Chel (nama diubahsuai) terdiam dengan seribu garis kebinguan di dahi. "hehe..don't you know Muslims pray 5 times a day?" "Err..not really" "Well now you do. Do you wanna come in to see me praying?", ajak cik Nabilah sambil menahan pintu prayer room. "Are you sure?", kata cik Chel dengan ragu-ragu. "Yupp..of course. OK lemme tell you. Muslims pray 5 times - before sunrise, noon, afternoon, sunset and night. I usually pray this prayer at home but cos French finishes at 4.30..I got to do it here." "So it sort of depends on the sun. But here the times for the day and night keep changing?", tanya cik Chel penuh minat. "Then the prayer times are also constantly changing!"
Perbualan cik Nabilah dan cik Chel berkisar tentang solat dan agama disambung dengan agak panjang lebar selepas cik Nabilah habis solat.
Al Kisah 2 Cik Nur berkawan baik dengan cik Cary (nama dimodifikasi) di bishop gore school. Kemana-mana seperti belangkas. Setiap kali hari Isnin, cik Cary mesti cerita apa yang dia buat di Sunday school atau di gereja manakala cik Nur berkongsi cerita tentang qur'an class, majlis2 di masjid. Bak kata mereka, 'sharing is caring'.
Nak tahu apa antara intisari(?) lunchtime [12.30-1.30] cik Cary?
Meneman cik Nur di prayer room! Dan jika ada masalah untuk masuk prayer room (e.g. kunci hilang), kelas2 yang tak berkunci akan dicuri-curi masuk legally dan cik Cary akan tolong jagakanpintu ala-ala 'mak guard' sementara kawannya solat. ................................................................................................................ Lawrence of Arabia & Isu gereja dibakar Menguasai masyarakat memerlukan pemimpin yang mahir selok belok sosiologi satu2 masyarakat itu. Lawrence of Arabia faham sosio-politik negara Arab, pakai baju orang Arab, makan makanan Arab, berlidah Arab, hidup bersama orang Arab. Dan ini adalah salah satu faktor dia mampu menguasai orang2 Arab lantas menjajah negara & pemikiran mereka hingga hari ini. Bahkan, pemimpin2 Arab Saudi, UAE, Iraq bersepakat dengan Lawrence of Arabia memerangi khalifah Uthmaniyyah di Turki - saudara Islam mereka sendiri!
Mereka terpedaya dengan konsep nationalisme 'Arab land is for Arab' yang dicucuk oleh British. Padahal sistem khalifah bukan bermakna mereka dijajah, tapi adalah sistem perpaduan Islam, sistem 'muslim brotherhood'.
Ya, perpaduan Islam dan persaudaraan itu adalah akar kejayaan Islam. Tapi tak bermakna kita mengenepikan hak2 orang luar Islam. Teringat satu quote dari penceramah Fuiyo, "untuk dapat hubungan yang baik dengan Allah, kita perlu ada hubungan baik dengan manusia". Apa bakar gereja itu boleh dapat hubungan baik dengan Allah andai namaNya yang kamu pertahankan?
Oh tidak. Sebaliknya, Muslim akan dilabel tidak bertoleransi. Walaubagaimanapun, perlu diingat identiti dan agama tukang bakar itu masih lagi unknown. Boleh jadi, ada niat disebalik niat.
Berbalik kepada pendekatan Lawrence of Arabia, kita perlu memahami sesuatu budaya/agama untuk tahu bagaimana mahu approach mereka sekaligus menarik minat mereka kepada Islam seperti Kisah 1. Berkawan tapi berbatas. Rasa hormat atau sayang itu akan timbul dalam diri mereka yang boleh membawa kepada Kisah 2. InshaAllah.
Tapi hormat agama dan budaya mereka juga!
Penggunaan Nama 'Allah'
Penggunaan kalimah 'Allah' dibolehkan dari segi hukum. Tapi kemungkinan kadang-kadang, bukan semua yang dibolehkan......perlu atau boleh buat. Ada juga yang tak boleh, tak perlu dan tak sesuai bila keadaan sekeliling diambil kira dan juga disalahguna. Confusion mudah tercetus lantas mencipta misunderstanding.
Banyak ceramah2 agama di UK yang saya pernah hadiri menceritakan tentang uniknya maksud nama 'Allah' (dirujuk sebagai Tuhan Islam) dalam bahasa Arab dibandingkan dengan 'The God'...yang saya pun tak pasti bagaimana. Mungkin sebab tu Kristian di Malaysia mahu gunakannya kot ye? Allahu'alam.
Moga diterangkan hati, mata, dan minda para pemimpin Malaysia samada dari kuning kesultanan, pihak 'pembela rakyat(eh?)' kerajaan dan juga pembangkang dalam mencari penyelesaian yang baik untuk keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Hampir empat tahun saya tak jejak ke mana2 kem remaja. Kem akhir saya pergi adalah Muhayyam di sekolah ketika saya di Tingkatan 2. Dalam tempoh itu jugalah saya rindu berprogram dengan rakan sebaya seiman. Setakat program rehlah (1 day trip) dan prom (muslim girls) ada di Swansea tapi bukan citarasa saya. Bab-bab melaram lagila.......malas. heh.
2007, saya diajak seorang kakak di Leeds ke kem PMS anjuran Majlis Syura Muslimin (MSM). Tapi saya menolak memandangkan umur saya ketika itu,15, agak jauh dengan peserta lain (20+).
2008, seorang kakak yang lain bagi saya satu badge yang dia dapat dari program FUiYO (Fun With ILuvIslam's Youth Oversea) anjuran iLuvIslam. Kakak ini juga yang saya tak ingat nama (^_^) mencadangkan saya pergi ke FUiYO atau PUISI di Ireland.
2009, FUiYO yang fuiyoo!
What you give, you get back
Tema yang ringkas tapi penuh makna tersirat tersurat. Sebelum mendaftar, kak Syafiqah tanyakan untuk saya samada 17 tahun boleh sertai program atau sebaliknya ke pengarah FUIYO 09, Iqtidar. "Kalau ada kemahuan, tiada masalah", ringkas jawab Pak Pengarah.
Ya, saya mahu motivasi baru dan juga memberi tapi kadang2 terasa sesat dalam diri sendiri, ragu-ragu dengan apa yang saya cari dan apa yang saya telah buat dan beri. Kelam dan kelabu.
Fuh..bagaimana itu?
Sejarah menukilkan hampir dua pertiga daripada para sahabat Nabi mati di luar daripada Semenanjung Tanah Arab dalam menyebarkan Islam. Meninggalkan saya satu soalan, hampir empat tahun di luar Tanah Melayu, what have I done and given to the ummah........?
Inspirasi, aspirasi, ekspresi (?) baru menemani langkah pulang saya, Alhamdulillah.
FUiYO '09
The backside of Yha Palace, Telford, England. Ala-ala Royal tak? (pictures credited to K.Nadia)
Istana Yha akak2 solehah takluki, Abang2 tampan kuasai Istana Takeshi, Nama2 mantap diberi olek Pak2 MC, Pasti comel2 sekali! Ayam Lemon FUIYO Terbabow dan Tomyam Mantop Montoya santapan kami, Cendol Sutera Klasik pilihan hati, Telur 'Itik Main Snow' menu hari salju-salji, Bukti chef-chef Fuiyo masak dengan kasih sayang ni =)
Ceramah2 menghurai tema 'what you give, you get back' dari Ust Zaharuddin (UZAR) memahamkan kami yang erti memberi bukan hanya setakat memberi sedekah semata-mata. Dari 'perlu ada rasa sayang untuk memberi' ke 'punyai sesuatu untuk memberi' dan 'cabaran memberi' hinggalah ke 'what you get back'.
Pertama kali saya dengar ceramah UZAR walaupun jumpa keluarga UZAR banyak kali. Besh2. hee~ Juga ceramah mantap2 dari Ust Maszlee dan Fawwaz.
Meningkatkan ukhwah, menambah kenalan dari Aberdeen di Utara, Ireland di Barat, Cardiff jiran Swansea, Leicester, Leeds, Nottingham, Manchester di tengah England dan juga Prague, Republik Czech di pusat Eropah adalah pengalaman paling menarik. Kakak-kakak yang memang baik, solehah dan penuh dengan nasihat. Pada hari terakhir FUiYO yang juga hari krismas, Kak Shafa dari Republik Czech bagi saya baju T-shirt labuh yang comel. Untuk kenangan katanya. Terharu rasa. Jazakillah akak!
Oh, tak ketinggalan. Salji ketika program...fuiyoo besh. White Xmas & New Year pertama kali untuk saya sepanjang di UK (selalunya bulan Feb)! Untuk cerita penuh FUiYo 09 klik sini.
Narrated Anas r.a: The Prophet saw said, "Whoever possesses the following three (qualities) will have the sweetness (delight) of faith:
1- The one to whom Allah and His Messenger (Muhammad saw) become dearer than anything else. 2. Who loves a person and he loves him only for Allah's sake. 3. Who hates to revert to atheism (disbelief) as he hates to be thrown into the fire.
Cinta untuk Nabila Aku ciptakan sepanjang hidupku ini Telah lama aku mencari Kemana menghilangnya puteri
Apakan daya Sudah suratan tertulis kita bertemu Hingga kini setelah berpisah Salju yang beku terlerai sudah
Oh Nabila... Lambang cintaku kepadamu Hingga kini oh Nabila takkan lupa Mengingatimu
Oh Nabila... Lambang cinta yang telah layu Hingga kini oh Nabila Agar kau dapat mengerti Kepada mu puteri Kusanjung tinggi
Lagu untuk Nabila Aku ciptakan bila mata Kuterpejam lena Kuutuskan bayu yang bertiup Menyatakan cinta untuk Nabila
Nama Pilihan
Dulu waktu saya lahir, banyak sangat pilihan nama untuk saya. Antara yang masuk 'top finalists' ialah Nurul Izzah, Nur Izzati, Qurrata 'Ayun dan Nur Nabilah. Akhirnya Nur Nabilah menjadi 'pemenang' setelah pro and con hujahnya diambil kira. Nama saya hampir2 disingkirkan kerana pada tahun saya lahir, 1992, lagu Cinta Untuk Nabila (1991) amat popular dan ia dikategorikan dalam lagu evergreen. Nanti orang cakap "wah..nama dapat dari lagu Oh Nabila yee...". Lagu yang amat maklum, jiwang. hee~
Ayat yang saya memang pernah dengar. Senyum sajalah. Satu Hijrah
Orang kata langkah pertama adalah yang paling susah. Tapi selepas dua, tiga langkah akan jadilah mudah ia. Mungkin berlari. Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk kebaikan Islam. Satu penghijrahan golongan Muhajirin meninggalkan tanah air, sanak saudara yang akhirnya menjadi titik tolak kepada kegemilangan penyebaran dan kemenangan Islam.
Penyanyi lagu Cinta Untuk Nabila ni, Radzi Abdul Hamid pun berhijrah. Dari jeritan seorang rocker ke jeritan seorang penceramah agama. Dari kelab malam ke majlis agama. Dari kegilaan glamor ke kegilaan kemanisan Iman. sini
Lagu memang boleh evergreen di dunia, tapi amal ilmu, sadaqah, evergreen-nyasampai di liang lahat. Ada ilmu sikit, kongsi. Ada duit sikit, sedekah. Ada nasihat, bagi, walaupun kadang2 pahit untuk diberi dan diterima.
Kutiplah emas2 kecil dalam perjalananmu untuk mencapai emas utama lantas menjadi pemenang di Jannah. Fastabiqul khairat!
(Feel like I'm being mean lately..tobat tak mboh buat doh. huhu)
Satu hari di Istana, datanglah dua orang musafir..
Si Musafir: Assalamualaikum. Boleh saya tumpang tidur di sini? Pengawal Istana: Tak boleh. Ini istana raja ni bukan tempat tumpang tidur. Musafir: Saya ni musafir..saya nak tidur sekejappp saja. Pengawal Istana: Saya kata tak boleh. Ini istana raja. Musafir: Kalau begitu, boleh saya jumpa raja tuan istana ni? Pengawal Istana: Boleh. Tunggu sebentar. ................. Musafir: Saya nak tidur malam ni disini sekejap boleh? Raja: Tak boleh..ini beta punya rumah. Musafir: Ye laa..nak tidur sekejap pun tak boleh? Saya ni musafir Raja: tak boleh. tak boleh. Musafir: Istana ni tuanku punya ke? Raja: Ya, beta punya. Musafir: Sebelum tuanku, siapa punya istana ni? Raja: Ayahanda beta punya. Musafir: Dulu? Raja: Datuk beta punya Musafir: Dulu lagi? Raja: Moyang beta punya Musafir: Dulu lagi? Raja: bapa moyang beta punya Musafir: Nanti tuanku mati, siapa punya istana ni? Raja: Anak saya punya. Musafir: Habis tu..siapa punya rumah ni tuanku? Raja: ??? (Barulah perasan sang Raja)
Akhirnya harta itu tiada siapa yang PUNYA. PUNYA itu hanya sementara. (=