Friday, 3 September 2010

Muslim blogger: Tak nak futur..

Cabaran2 muslim bloggers;

1. Niat

Niat adalah perkara pokok dalam agama. Ia menentukan sama ada sesuatu yang kita lakukan menjadi amalan soleh atau nanti terbuang menjadi satu kesia-siaan. Untuk menulis entri blog, semestinya penulis menggunakan aset terpenting dalam hidup iaitu jiwanya. Apa yang saya maksudkan dengan jiwa? Itulah dia masa yang Allah S.W.T. peruntukkan untuk kita hidup di dunia. Mencari bahan, menghadam, menulis, melakukan kerja-kerja editorial, menerbitkan serta menyemak semula. Semua ini memerlukan kepada masa. Masa yang ada pada kita sifatnya berkurangan. Susut. Tidak bertambah. Suka tidak suka kita semakin hampir kepada titik akhir saat berada dan menikmati kehidupan di dunia.

Maha rugi jika kita tidak berusaha menukarkan masa yang kita ada kepada sesuatu dan tidak menukarnya menjadi amal soleh yang kekal abadi dan dapat membantu kita dalam kehidupan sebenar di akhirat nanti. Hal ini hanya dapat dicapai dengan niat yang ikhlas, semata-mata mengharapkan rahmat dan balasan daripada Allah S.W.T.

Niat manusia terdedah kepada pelbagai kotoran, noda dan dosa dan ia BOLEH dikotori dan dinodai. Pelbagai bentuk lintasan hati, pujuk rayu nafsu dan syaitan yang sedikit demi sedikit memesongkan niat walaupun pada asalnya ia bersih dan lurus.

Sebagai manusia biasa, niat kita tidak akan tiba-tiba menjadi ikhlas tanpa hidayah dan usaha berpanjangan daripada pihak kita. Jangan meninggalkan satu-satu amalan hanya dengan alasan kita masih belum ikhlas. Jika amalan itu baik, maka kerjakanlah! Dan dalam masa yang sama belajarlah erti keikhlasan semasa kamu mengerjakannya.

2. Benar

Apabila kita menulis, ada pula yang membacanya. Maka berlaku proses pemindahan ilmu, maklumat, informasi. Lambakan ilmu menjadi ancaman kepada orang yang malas dan tidak mahu ambil peduli tentang kesahihan ilmu yang diperolehnya. Penyakit ‘copy and paste’ tidak hanya menyerang penulisan ilmiah di institusi pendidikan, malah turut meresap menjadi modus operandi dalam mendapatkan ilmu pengetahuan di zaman ini.



Menulis perlu dengan ilmu. Ilmu diperoleh melalui pembacaan, menghadiri majlis-majlis ilmu, mendengar kuliah-kuliah di radio, atas talian(seperti di youtube dsb.). Hal ini sangat penting kerana orang yang tiada apa-apa tidak akan dapat untuk memberi apa-apa. Untuk mengisi kita perlu berisi.

Pilihlah topik yang kita punya ilmu pengetahuan tentangnya. Bukan menulis secara sembarangan. Ingat, yang ingin kita sebarkan adalah kebenaran, bukan kebatilan. Yang ingin kita peroleh adalah pahala dan redha, bukannya dosa dan murka.

3. Amali


Walk the talk
. Cabaran ini selalu kita lupakan. Allah menempelak dalam al-Quran akan golongan yang menyeru kepada kebaikan sedangkan mereka melupakan diri sendiri. FirmanNya:
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqarah 2: 44)

Seharusnya kita menjadi orang yang pertama-tama mengambil ‘ibrah(pengajaran) daripada pesan dan nasihat serta seru-seru yang kita paparkan di blog kita. Sewajarnya kitalah insan yang berusaha mengamalkan apa yang kita kongsikan dengan sidang pembaca blog atas talian. Bukankah kita serukan apa yang kita imani(percaya)? Bukankah iman itu dibenarkan dengan amalan? Jika kita sendiri tidak beramal, maka jatuhlah kita ke dalam gaung kerugian bersama-sama dengan kelompok manusia yang melakukan perkara sepertinya; menyeru manusia lain tetapi diri sendiri terabai.

4. Kualiti

Blog menjadi duta digital yang mewakili individu mahupun organisasi. Tanggapan pertama (first impression) terhasil dengan melihat sepintas lalu laman sesawang ini. Menghasilkan penulisan dan lain-lain karya di blog seorang muslim bukanlah satu perkara yang sepatutnya dilakukan dengan wewenang(sesuka hati) apatah lagi secara semberono. Apatah lagi blog seorang Muslim boleh sahaja dilayari oleh orang-orang bukan Islam yang sedang mencari-cari kebenaran.

Ia juga adalah panji-panji kita di medan pertempuran maya ini. Terlalu banyak blog dengan pengisian yang memesongkan manusia menjauh dari Allah. Kita perlukan ‘sesuatu’ supaya di hadapan orang-orang kuffar kita boleh berasa ‘izzah(megah). ‘Izzah dengan Islam yang menjadi identiti blog kita. Kualiti; penilaiannya berbeza daripada seorang individu dengan individu yang lain.

Mungkin kita boleh melihat beberapa aspek umum yang terkandung pada sisi ini:

  • Isu
  • Susunan isi/Pengolahan
  • Pemilihan/kesahihan mak lumat dan fakta
  • Gaya bahasa/pemilihan perkataan
  • Tanda bacaan/ejaan/tatabahasa
  • Rujukan (jika ada-artikel yang diambil daripada laman lain perlu diberikan kredit sebagai tanda profesionalisme, hor mat, jujur dan terima kasih kepada empunya artikel berkenaan)
  • Kekerapan posting artikel(tidak terlalu lama jaraknya hingga menyebabkan pembaca hilang minat untuk selalu menziarahi blog kita).

Mungkin kondisi yang tersenarai masuk dalam kategori ideal. Sekiranya ya, maka berpeganglah dengan kata-kata ini: “Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.” Berbuatlah mengikut keupayaan diri.

5. Akhlak


Tanpa akhlak, manusia seperti binatang, melanggar segala sesuatu dan tidak menghiraukan kesannya. Dalam blogging, kuncinya adalah pada BAHASA. Bahasa adalah alat untuk menyampaikan pemikiran kita. Cuba anda bayangkan; sang A yang mahu memberikan sepotong kek kepada si B yang sedang kelaparan. Sang A punya niat yang murni supaya kelaparan B akan hilang dengan asbab pemberian kek tersebut. Sebaik bertemu si B, sang A melemparkan kek itu ke lantai seraya berkata:

“HOI, AMBIK NI! DAH LAPAR TAK TAHU NAK PERGI BELI?! TUNGGU ORANG BAGI PULA, MENGADA-NGADA! KAU INGAT ORANG KESIAN SANGAT DENGAN ENGKAU?! SEKARANG JILAT, JILATLAH KEK TU!!”

Dalam masa yang sama niatnya dirasakan sang A masih murni; mahu mengubat kelaparan si B.

Ironi bukan?

Begitulah lagaknya penulis blog yang m ahu menyatakan kebenaran, menyampaikan pesanan, tetapi mengambil kaedah yang saya kira silap untuk sampai kepada cita-cita dan niatnya yang murni itu. Apatah lagi jika subjek yang ditujukan pesanan itu adalah saudara seakidah dengannya. Tiada akhlak. Tidak beradab. Membelakangkan hikmah.

6. Istiqamah
Kelangsungan dalam beramal walaupun sedikit adalah satu anjuran dalam agama Islam. Turun naik semangat dalam mengendalikan blog juga merupakan perkara yang perlu dihadapi oleh para pengemudi blog Muslim. Bagi yang menulis tanpa matlamat jelas, maka kemungkinan untuk terhenti di tengah jalan adalah tinggi.

Mungkin ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan untuk menghadapi perkara seperti ini:
  • Niat perlu senantiasa perbaharui dan bebas daripada kongkongan asbab keduniaan-kerana yang di dunia tidak kekal, hilang sebab, hilang usaha.
  • Himmah(Keazaman) yang tinggi-berte kad dan meletakkan target peribadi untuk mengemaskini blog
  • Ilham atau idea kadangkala perlu dijana, tidak datang sendiri. Banyakkan membaca, berfikir serta merenung kejadian di sekeliling kita.
  • Jika blog sudah terbiar untuk satu tempoh yang agak panjang, rasa malas dan bosan akan bertumpuk-tumpuk. Untuk itu, bolehlah kiranya kita menukar appearance atau penampilan blog kita (dengan mengenakan tema baru misalnya). Semoga dengan itu kita juga akan memotivasi diri kita. Seakan-akan melihat ‘wajah baru’. Kemudian barulah perlahan-lahan menambah kandungan blog.
  • Berdoa agar Allah memberikan kita kekuatan untuk terus beramal dalam lapangan ini.
Sumber: http://pembinabangi.com

2 comments:

Muhammad Ridwan Bin Ahmad said...

Patut diambil iktibar..The language part :P

Ive changed :D

Qurrata 'Ayun said...

mode:pleased~

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...