Saturday, 2 October 2010

Keropok vs Fish crisps

Satu hari di open house hari raya kami, Swansea..

"Mummy...mummy I'm hungry", rengek Amel dengan muka masam di dapur.
"What do you want, Amel?", tanya saya. Auntie Catherine (emaknya) hanya tersenyum..Amel ni memang selalu lapar.
"I don't know...", rengekan bersambung.
"Haaa! Do you want 'fish crisp'? It tastes nice", jawab saya sambil menuding pada 'fish crips' atas meja.
"Noo...its not fish crisp!", Amel bersuara marah.
"Yes it is fish crisp!"
"No its not crisps! I don't want it"
"Yes IT IS"
"No IT'S NOT...its Keropok!!!" jeritnya geram sambil lari.

Terpaku, tergamam saya mendengarnya. Terpukul. Dang it! Budak ni tahu fish crisps dalam Bahasa Melayu - Keropok rupanya.

Teringat iklan susu yang budak tu geleng-geleng kepala banyak kali bila ayah dia cakap "Bunga" "Bunga". Akhirnya dia cakap "Orkid lah".

Moral: Never underestimate 'little' people in your life.

Amel si comel Melayu-Perancis

Saturday, 18 September 2010

My birthday has past? :O

My birthday is not next week (24/9), its 5 months ago!! Photobucket
....in Hijri calendar.

The Hijri date is the Islamic calendar. It started in the moon year in which prophet Muhammad immigrated from Makkah to Madinah.

I think every Muslim should practice using the Hijri calendar not only as one of the 'decorations' on their Gregorian calendar. i.e. Birthdays, Anniversary etc. I remember my late grandfather used to use Hijri dates in his preaching diary and sometimes when writing letters. Same goes to my grandparents from my mum's side.

But at that time, I saw it like nothing. Meant nothing.

It would be hard to use it daily here (UK) because every planner and calendar bought from shops have no Hijri dates. Perhaps I can start it with my birthday! A bit by bit.

I was born on Thursday 27 Raby` al-awal 1413 A.H and its Syawwal now, so basically its in the past...start it next birthday then insha Allah. hihi :)

Find out your Hijri birthday click here!

Friday, 3 September 2010

Muslim blogger: Tak nak futur..

Cabaran2 muslim bloggers;

1. Niat

Niat adalah perkara pokok dalam agama. Ia menentukan sama ada sesuatu yang kita lakukan menjadi amalan soleh atau nanti terbuang menjadi satu kesia-siaan. Untuk menulis entri blog, semestinya penulis menggunakan aset terpenting dalam hidup iaitu jiwanya. Apa yang saya maksudkan dengan jiwa? Itulah dia masa yang Allah S.W.T. peruntukkan untuk kita hidup di dunia. Mencari bahan, menghadam, menulis, melakukan kerja-kerja editorial, menerbitkan serta menyemak semula. Semua ini memerlukan kepada masa. Masa yang ada pada kita sifatnya berkurangan. Susut. Tidak bertambah. Suka tidak suka kita semakin hampir kepada titik akhir saat berada dan menikmati kehidupan di dunia.

Maha rugi jika kita tidak berusaha menukarkan masa yang kita ada kepada sesuatu dan tidak menukarnya menjadi amal soleh yang kekal abadi dan dapat membantu kita dalam kehidupan sebenar di akhirat nanti. Hal ini hanya dapat dicapai dengan niat yang ikhlas, semata-mata mengharapkan rahmat dan balasan daripada Allah S.W.T.

Niat manusia terdedah kepada pelbagai kotoran, noda dan dosa dan ia BOLEH dikotori dan dinodai. Pelbagai bentuk lintasan hati, pujuk rayu nafsu dan syaitan yang sedikit demi sedikit memesongkan niat walaupun pada asalnya ia bersih dan lurus.

Sebagai manusia biasa, niat kita tidak akan tiba-tiba menjadi ikhlas tanpa hidayah dan usaha berpanjangan daripada pihak kita. Jangan meninggalkan satu-satu amalan hanya dengan alasan kita masih belum ikhlas. Jika amalan itu baik, maka kerjakanlah! Dan dalam masa yang sama belajarlah erti keikhlasan semasa kamu mengerjakannya.

2. Benar

Apabila kita menulis, ada pula yang membacanya. Maka berlaku proses pemindahan ilmu, maklumat, informasi. Lambakan ilmu menjadi ancaman kepada orang yang malas dan tidak mahu ambil peduli tentang kesahihan ilmu yang diperolehnya. Penyakit ‘copy and paste’ tidak hanya menyerang penulisan ilmiah di institusi pendidikan, malah turut meresap menjadi modus operandi dalam mendapatkan ilmu pengetahuan di zaman ini.



Menulis perlu dengan ilmu. Ilmu diperoleh melalui pembacaan, menghadiri majlis-majlis ilmu, mendengar kuliah-kuliah di radio, atas talian(seperti di youtube dsb.). Hal ini sangat penting kerana orang yang tiada apa-apa tidak akan dapat untuk memberi apa-apa. Untuk mengisi kita perlu berisi.

Pilihlah topik yang kita punya ilmu pengetahuan tentangnya. Bukan menulis secara sembarangan. Ingat, yang ingin kita sebarkan adalah kebenaran, bukan kebatilan. Yang ingin kita peroleh adalah pahala dan redha, bukannya dosa dan murka.

3. Amali


Walk the talk
. Cabaran ini selalu kita lupakan. Allah menempelak dalam al-Quran akan golongan yang menyeru kepada kebaikan sedangkan mereka melupakan diri sendiri. FirmanNya:
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqarah 2: 44)

Seharusnya kita menjadi orang yang pertama-tama mengambil ‘ibrah(pengajaran) daripada pesan dan nasihat serta seru-seru yang kita paparkan di blog kita. Sewajarnya kitalah insan yang berusaha mengamalkan apa yang kita kongsikan dengan sidang pembaca blog atas talian. Bukankah kita serukan apa yang kita imani(percaya)? Bukankah iman itu dibenarkan dengan amalan? Jika kita sendiri tidak beramal, maka jatuhlah kita ke dalam gaung kerugian bersama-sama dengan kelompok manusia yang melakukan perkara sepertinya; menyeru manusia lain tetapi diri sendiri terabai.

4. Kualiti

Blog menjadi duta digital yang mewakili individu mahupun organisasi. Tanggapan pertama (first impression) terhasil dengan melihat sepintas lalu laman sesawang ini. Menghasilkan penulisan dan lain-lain karya di blog seorang muslim bukanlah satu perkara yang sepatutnya dilakukan dengan wewenang(sesuka hati) apatah lagi secara semberono. Apatah lagi blog seorang Muslim boleh sahaja dilayari oleh orang-orang bukan Islam yang sedang mencari-cari kebenaran.

Ia juga adalah panji-panji kita di medan pertempuran maya ini. Terlalu banyak blog dengan pengisian yang memesongkan manusia menjauh dari Allah. Kita perlukan ‘sesuatu’ supaya di hadapan orang-orang kuffar kita boleh berasa ‘izzah(megah). ‘Izzah dengan Islam yang menjadi identiti blog kita. Kualiti; penilaiannya berbeza daripada seorang individu dengan individu yang lain.

Mungkin kita boleh melihat beberapa aspek umum yang terkandung pada sisi ini:

  • Isu
  • Susunan isi/Pengolahan
  • Pemilihan/kesahihan mak lumat dan fakta
  • Gaya bahasa/pemilihan perkataan
  • Tanda bacaan/ejaan/tatabahasa
  • Rujukan (jika ada-artikel yang diambil daripada laman lain perlu diberikan kredit sebagai tanda profesionalisme, hor mat, jujur dan terima kasih kepada empunya artikel berkenaan)
  • Kekerapan posting artikel(tidak terlalu lama jaraknya hingga menyebabkan pembaca hilang minat untuk selalu menziarahi blog kita).

Mungkin kondisi yang tersenarai masuk dalam kategori ideal. Sekiranya ya, maka berpeganglah dengan kata-kata ini: “Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.” Berbuatlah mengikut keupayaan diri.

5. Akhlak


Tanpa akhlak, manusia seperti binatang, melanggar segala sesuatu dan tidak menghiraukan kesannya. Dalam blogging, kuncinya adalah pada BAHASA. Bahasa adalah alat untuk menyampaikan pemikiran kita. Cuba anda bayangkan; sang A yang mahu memberikan sepotong kek kepada si B yang sedang kelaparan. Sang A punya niat yang murni supaya kelaparan B akan hilang dengan asbab pemberian kek tersebut. Sebaik bertemu si B, sang A melemparkan kek itu ke lantai seraya berkata:

“HOI, AMBIK NI! DAH LAPAR TAK TAHU NAK PERGI BELI?! TUNGGU ORANG BAGI PULA, MENGADA-NGADA! KAU INGAT ORANG KESIAN SANGAT DENGAN ENGKAU?! SEKARANG JILAT, JILATLAH KEK TU!!”

Dalam masa yang sama niatnya dirasakan sang A masih murni; mahu mengubat kelaparan si B.

Ironi bukan?

Begitulah lagaknya penulis blog yang m ahu menyatakan kebenaran, menyampaikan pesanan, tetapi mengambil kaedah yang saya kira silap untuk sampai kepada cita-cita dan niatnya yang murni itu. Apatah lagi jika subjek yang ditujukan pesanan itu adalah saudara seakidah dengannya. Tiada akhlak. Tidak beradab. Membelakangkan hikmah.

6. Istiqamah
Kelangsungan dalam beramal walaupun sedikit adalah satu anjuran dalam agama Islam. Turun naik semangat dalam mengendalikan blog juga merupakan perkara yang perlu dihadapi oleh para pengemudi blog Muslim. Bagi yang menulis tanpa matlamat jelas, maka kemungkinan untuk terhenti di tengah jalan adalah tinggi.

Mungkin ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan untuk menghadapi perkara seperti ini:
  • Niat perlu senantiasa perbaharui dan bebas daripada kongkongan asbab keduniaan-kerana yang di dunia tidak kekal, hilang sebab, hilang usaha.
  • Himmah(Keazaman) yang tinggi-berte kad dan meletakkan target peribadi untuk mengemaskini blog
  • Ilham atau idea kadangkala perlu dijana, tidak datang sendiri. Banyakkan membaca, berfikir serta merenung kejadian di sekeliling kita.
  • Jika blog sudah terbiar untuk satu tempoh yang agak panjang, rasa malas dan bosan akan bertumpuk-tumpuk. Untuk itu, bolehlah kiranya kita menukar appearance atau penampilan blog kita (dengan mengenakan tema baru misalnya). Semoga dengan itu kita juga akan memotivasi diri kita. Seakan-akan melihat ‘wajah baru’. Kemudian barulah perlahan-lahan menambah kandungan blog.
  • Berdoa agar Allah memberikan kita kekuatan untuk terus beramal dalam lapangan ini.
Sumber: http://pembinabangi.com

Sunday, 22 August 2010

Maher Zain di Wales

Alkisah bermula dari kem Islamic Relief (IR), kami dapat tahu dari Newport-ians yang Maher Zain akan datang ke sana buat persembahan. Entri percuma lagi tuh. Persembahan sempena ulangtahun satu organisasi dan juga untuk kutipan Ramadan.

Apa lagi, balik kem terus ajak ibu ayah pergi...excited2 =D Maher Zain ada dua persembahan hari itu, pertama di Bristol dan kedua di Newport. Program di Bristol lagi besar dan IR adalah sponsor utama program - IR buat kutipan sempena Ramadan untuk Afrika. Memang nak pergi buat volunteering (+ watch MZ's performance!!) di sana, transport provided, tapi sayang sekali, selisih dengan Red Cross training.

Sebelum ni, tak pernah tengok internation singer on live....so I guess giving up a bit of RC training would be ok! Pergi RCT separuh hari saja. Alhamdulillah tak adalah rasa menyesal sangat sebab persembahan Maher Zain memang terbaiiiikk lah! Subhanallah 3x!

MZ nyanyi 6 lagu - Allahi Allah Kiya Karo, Barakallah, Always Be There, Inshallah, The Chosen One, Open Your Eyes. MZ tak nyanyi lagu 'For the rest of my life'.....sian kakak nak dengar :P But he sang my favourite - Always be there!Depan sekali....well chances don't come easily! My sis and me.
Credit to Rosie, the photographer =)
Autograf. Satu tandatangan, satu tarikan. Kenapa ya?

Yang berkopiah merah itu namanya Haiqal Muflahi, seorang komposer, penulis lirik dan juga penyanyi nasyid.


Orang berbaju merah itu buat volunteering sama dengan saya dan kakak bawah IR Wales, jadi dia tolong arrange untuk dapatkan satu gambar kami sefamili dengan M.Z sebab kami datang jauh dari Swansea (walaupun tak jauh mana pun). Orang berbaju merah itu adalah driver M.Z ke program di Wales ni. Tak suruh atau minta pun sebenarnya, tapi dia yang offer, go on sajalah. Kronisme? Taklah. xD
Poster program.Kanak-kanak yang teruja dengan lagu 'Allahi Allah Kiya Karo'. Tak berapa faham, tapi layan sajalah ^_~
Adik Yemeni yang sangat comel dan cheeky! Dia bisik beberapa kali dengan Maher Zain, mahu shake hands katanya.

Salah satu jualan pada cultural festival ini. Kawan Newport saya, Afsana lukis(?)! Sangat cantik.

"He has a really nice voice although I don't really understand his songs," kata Rosie yang kami seret ke sana. Ops, bukan seret, dia nak ikut.

Rosie bersama adik berbaju hijau yang sangat lovely!! She loves giving hugs..
Sisi. Yang dari hadapan, too cool to show! hihi
Pulang pen. Tak larat nak tanda autograf? xD

Balik dari sana, singgah sekejap di rumah a.Aidil & k.Hanim di Cardiff. Kak Hanim baru pindah kerja dari Ireland ke Cardiff dan juga fan lagu Maher Zain. Kesian k.Hanim tak tahu pasal program MZ di Newport...tak terfikir nak beritahu. Maaf kak :)

P.S. Come again to Wales, Maher Zain! And Malaysia too!

Sunday, 15 August 2010

Elevator Ramadan

Ramadhan Mubarak! Ramadan kareem!
--@c(=

lolipop^

lol. Joking2.

Pernah tak korang tersangkut dalam lif?
berseorangan?
di bulan ramadan?

Saya pernah! Photobucket

Mula-mula tersangkut, rasa tak percaya. Nak tekan emergency button pun ragu-ragu, 'biar betik tersangkut?'. First time, first experience!

Sekali tekan, 1 saat. Kali kedua, 4 saat. Terakhir, tujuh saat. Lama gak tunggu...banyak lampu2 terang, air-cond tiada, panas. Alhamdulillah tiada orang lain, jika tak pasti lagi suam suhunya.

"Hello, hello!"
"Can you hear me?"
"Are you all right there?
"Which floor are you at?
"Don't worry, we'll get you out"

Ok! Soalan dah banyak, bunyi krok-krek di luar, berpeluh sudah...bila cik pintu lif mahu buka?
tik.
tok.
dup.
dap.
dinggg.

"Yeyyyy!", orang2 luar bersorak gembira.
"Come on, get out before it close again!", panggil mereka pada saya yang tercacak tersenyum di depan pintu.Photobucket Fuhh...macam segan pula nak keluar T_T. Terus saya pergi ke ibu yang muka sangat kerisauan...mestilah, anak ibu kan. *winks*

Lepas hari tersangkut lif, bila tengok 'muka' lif, terus paling ke anak-anak tangga. Bila terserempak dengan staff2 yang tolong bukakan lif, menebal-nebal rasa segan. Naik satu tingkat pun nak guna lif...haish.Photobucket

Apa-apa pun, Ramadan mestilah challenging kan! Level iman & amal nak naik cepat dan tinggi2 macam elevator kan. Sabar2 (:

Alhamdulillah ala kulli hal~
Photobucket

Saturday, 31 July 2010

Britain Itu Apa

Saya tinggal di Swansea, Wales, United Kingdom. Bukan England dan bukan juga London.

Bagaimanalah mahu jawab soalan2 "Best tak England?", "London macamana?". Nak terangkan, panjang sangatlah pula. Jadi jawab sajalah as if soalan itu merujuk pada uk. *winks*

Keliru.
Yang mana satu UK, England?
Bingung.
Macamana negara Scotland boleh ada dalam UK?
Tidak maklum.
Wales negara apa pula?

United Kingdom adalah sebuah negara yang terdiri daripada negara-negara atau countries within a country. Atau nama lebih tepatnya 'United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland'. Negara-negaranya ialah England, Wales, Scotland dan Northern Ireland.

Great Britain lain pula. Hanya England, Wales dan Scotland termasuk. Disebabkan mereka ini lain-lain negara, benderanya tak sama tapi serupa kecuali bendera Wales yang agak 'out of the blue' sedikit.
Clockwise: Bendera UK, England, Scotland, Northern Ireland dan Wales

England

England adalah negara yang paling ramai penduduknya di UK dan beribu negarakan London. Siapa yang suka tinggal di bandar besar dan banyak bangunan tinggi (dan juga pencemaran udara yang lebih :P), England adalah terbaik untuk anda. Bandar-bandar yang popular kebanyakannya di sini seperti London, Bristol, Oxford, Cambridge, Birmingham, Manchester, Sheffield, Liverpool, Nottingham...maka jika kalian suka popular, duduklah kat sini. hehe~

Orang England dipanggil English dan bahasa kebangsaan pastinya English.

Wales
Wales adalah tempat pelancongan popular di UK. Kalau tengok caravan package, Wales paling mahal sebab ia memang cun, permai dan cuacanya tak terlalu sejuk seperti di Scotland. Kat sini banyak ladang, kambing biri-biri, pantai seperti countryside.

Ibu kota Wales ialah Cardiff dan bahasa rasminya ialah bahasa Welsh. Pemandu dari tempat lain mesti pening bila masuk Wales sebab semua papan tanda jalan termasuklah nama-nama tempat ada dua bahasa - English dan Welsh. Nak rasa? Croeso i Cymru!

Orang Wales pula dinamakan Welsh dan mereka ini sungguh patriotik. Mereka agak sensitif kalau kata mereka ni English..kang tak pasal2 kene ketuk. :P Masyarakat Wales masih berjaya mengekalkan bahasa Welsh mereka terutama di kampung-kampung.



Scotland

Ia terletak di utara UK yang sejuk. Tempat yang selalu salji turun bila tempat lain salji tak turun. Bila tempat lain bersalji untuk beberapa jam, Scotland mungkin salji beberapa hari. Sejuk!

Seorang Scotland dipanggil Scottish, yang juga nama bahasanya. Pakaian tradisional mereka yang popular ialah 'kilt' dan lengkapnya seperti gambar sebelah. Macam kain pelikat versi pendek kan?? :D

Ibu negaranya ialah Edinburgh dan bandar2 utama disana adalah seperti Glasgow, Aberdeen dan Dundee. Scotland juga mempunyai sistem pembelajarannya dan sistem2 lain yang tersendiri berbanding negara lain.

Northern Ireland

Sayat tak pernah sampai Northern Ireland lagi, jadi tak tahu sangat ceritanya. Kena gi dulu. ;) Northern Ireland terletak di sebelah Republik Ireland dan ibu negaranya ialah Belfast. Ia berada di bawah UK manakala Republik Ireland ialah satu negara yang lain. N.Ireland dan R.Ireland adalah satu negara sama yang sama satu masa dahulu tapi berpisah. Orangnya pula dipanggil Northern Irish. Apa lagi eh? tiada inputlah. huhu

'When people say England, they sometimes mean Great Britain, sometimes the United Kingdom, sometimes the British Isles - but never England.' How to be an Alien' by George Mikes

Friday, 30 July 2010

Bila haiwan ber'Facebook'

My favvy
Cicak : Tuan rumah baru beli raket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ malam nih...
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burpp, Alhamdulillah. ..
Aedes: Baru jer selamat bagi cucukan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!
Cicak : Isteriku tersepit pintu
Ayam : Kawan2...kalau esok guwe tak update...bererti guwe udah digoreng....I luv u all... jangan lupa buat kenduri arwah untuk I yaa...
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni... selongkar kabinet dapur... siapa nak ikut?
Katak : Malam ni nak buat konsert la..dah lama tak hujan ni..hangat oii..
Ular : Rasa macam nak makan lauk telur la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun tak senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku entah pape salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi.
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura-kura.
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: Semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah.
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
Kucing : Update petang karang tepat jam 5.00pm slow menghendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun...
lipas : Merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkan. ..gerun tengok mmber aku kena tarik dengan jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
itik serati : hahahhaa lawak betul ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nak tiru aku le tu.. lol
Ikan laga: Boring sih, duduk sorang-sorang dalam tanki ni.
Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa tak ada seorang pun nak add/approve aku :-(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan?
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?


Bagaimana ya kita2 berFacebook? kwang x3

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...