Friday, 17 July 2009

Teka-teki Islamik

Salam sejahtera sahabat semua,

Bila tiada kerja, googling is such an excitement. Al maklumlah summer holiday till September~~ Byla ada teka-teki best, mencabar minda, dan agak Islamik tau. ^_^
Satu byla dapat dari K.Shi (TQ akak!) dan satu lagi byla terjumpa. Tapi, sebelum scroll down ke jawapannya, adik2, mak cik2, pak cik2, tokki2, tokwan2, tuan, puan, dato, datin, (macam kad jemputan plak :D) kena la fikir dulu ya!

Cuba, cuba dan cuba lagi. Memetik kata-kata di dalam filem Kun Fayakun,
"Tidak berputus asa itu RAHMAT"
1) Antara superhero - Superman, Spiderman, Robin Hood dan Batman, siapa yang Islam?

>> Ini tiada kaitan dengan kePOWERan mereka sebab superheroes ni memang power kalau dalam cerita kartun/filem diorang.
>> Kaitkan dengan nama Muslim di Malaysia (sebab kalau UK, takde pun)

Faham?

Jawapannya ro BIN hood!
Cousin byla, Muhammad Ziyad pernah tanya dengan kesungguhan "Akak2, apa perasaan akak kalau jadi Batman?"!! Alahai Muhammad comel, takde soalan lain ke nak tanya. hehe~

Anas & Muhammad

2) Anda mahu Islam atau islam?
(Orang selalu tanya "ini sahaja soalannya?", hmm..ya ini sahaja!)

Klu:

>> Cari perbezaan antara Islam dan islam (sama tapi tak serupa tau)
>> Bezanya Islam, huruf besar dan islam, huruf kecil kan.
>> Haa..ni dah sampai bab tatabahasa BM. Ingat lagi huruf besar, huruf kecil untuk apa? (Paling asas sekali ni! ^_^)
>> Huruf besar untuk Kata Nama Khas, manakala huruf kecil untuk Kata Nama Am.
>> Ataupun dalam kata erti yang lain Kata Nama Am untuk perbuatan.
>> Jadi, anda kaitkan dengan Islam dan islam
>> Islam Kata Nama Khas dan islam Kata Nama Am (untuk perbuatan)

Maksudnya jika kita pilih Islam Kata nama khas, ia hanyalah Islam pada nama semata-mata. Manakala jika kita pilih islam kata nama am untuk perbuatan, ia adalah islam pada perbuatan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan jangan lah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagimu".( Al-Baqarah, ayat 208)
Antara Islam dan islam, inilah dikatakan 'Pelanduk dua serupa' ataupun 'Like two peas in a pod', sama tapi tak serupa. Jawapan apa yang anda pilih? Islam atau islam? Jadilah 'pengundi' yang bijak! :)

Related Posts with Thumbnails