Wednesday 6 January 2010

FUiYO: experiences I

Hampir empat tahun saya tak jejak ke mana2 kem remaja. Kem akhir saya pergi adalah Muhayyam di sekolah ketika saya di Tingkatan 2. Dalam tempoh itu jugalah saya rindu berprogram dengan rakan sebaya seiman. Setakat program rehlah (1 day trip) dan prom (muslim girls) ada di Swansea tapi bukan citarasa saya. Bab-bab melaram lagila.......malas. heh.

2007, saya diajak seorang kakak di Leeds ke kem PMS anjuran Majlis Syura Muslimin (MSM). Tapi saya menolak memandangkan umur saya ketika itu,15, agak jauh dengan peserta lain (20+).

2008, seorang kakak yang lain bagi saya satu badge yang dia dapat dari program FUiYO (Fun With ILuvIslam's Youth Oversea) anjuran iLuvIslam. Kakak ini juga yang saya tak ingat nama (^_^) mencadangkan saya pergi ke FUiYO atau PUISI di Ireland.

2009, FUiYO yang fuiyoo!

What you give, you get back

Tema yang ringkas tapi penuh makna tersirat tersurat. Sebelum mendaftar, kak Syafiqah tanyakan untuk saya samada 17 tahun boleh sertai program atau sebaliknya ke pengarah FUIYO 09, Iqtidar. "Kalau ada kemahuan, tiada masalah", ringkas jawab Pak Pengarah.

Ya, saya mahu motivasi baru dan juga memberi tapi kadang2 terasa sesat dalam diri sendiri, ragu-ragu dengan apa yang saya cari dan apa yang saya telah buat dan beri. Kelam dan kelabu.

Fuh..bagaimana itu?

Sejarah menukilkan hampir dua pertiga daripada para sahabat Nabi mati di luar daripada Semenanjung Tanah Arab dalam menyebarkan Islam. Meninggalkan saya satu soalan, hampir empat tahun di luar Tanah Melayu, what have I done and given to the ummah........?

Inspirasi, aspirasi, ekspresi (?) baru menemani langkah pulang saya, Alhamdulillah.

FUiYO '09
The backside of Yha Palace, Telford, England.
Ala-ala Royal tak? (pictures credited to K.Nadia)


Istana Yha akak2 solehah takluki,
Abang2 tampan kuasai Istana Takeshi,
Nama2 mantap diberi olek Pak2 MC,

Pasti comel2 sekali!

Ayam Lemon FUIYO Terbabow dan Tomyam Mantop Montoya santapan kami,
Cendol Sutera Klasik pilihan hati
,
Telur 'Itik Main Snow' menu hari salju-salji,
Bukti chef-chef Fuiyo masak dengan kasih sayang ni =)


Ceramah2 menghurai tema 'what you give, you get back' dari Ust Zaharuddin (UZAR) memahamkan kami yang erti memberi bukan hanya setakat memberi sedekah semata-mata. Dari 'perlu ada rasa sayang untuk memberi' ke 'punyai sesuatu untuk memberi' dan 'cabaran memberi' hinggalah ke 'what you get back'.

Pertama kali saya dengar ceramah UZAR walaupun jumpa keluarga UZAR banyak kali. Besh2. hee~ Juga ceramah mantap2 dari Ust Maszlee dan Fawwaz.

Meningkatkan ukhwah, menambah kenalan dari Aberdeen di Utara, Ireland di Barat, Cardiff jiran Swansea, Leicester, Leeds, Nottingham, Manchester di tengah England dan juga Prague, Republik Czech di pusat Eropah adalah pengalaman paling menarik. Kakak-kakak yang memang baik, solehah dan penuh dengan nasihat. Pada hari terakhir FUiYO yang juga hari krismas, Kak Shafa dari Republik Czech bagi saya baju T-shirt labuh yang comel. Untuk kenangan katanya. Terharu rasa. Jazakillah akak!

Oh, tak ketinggalan. Salji ketika program...fuiyoo besh. White Xmas & New Year pertama kali untuk saya sepanjang di UK (selalunya bulan Feb)! Untuk cerita penuh FUiYo 09 klik sini.

Memberi itu luas, terokailah.

Fuiyo 2009 Closing Video from Muhammad Huzaifah on Vimeo.

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...