Friday 23 October 2009

Narwhal & zikirnya

Pernah lihat ciptaan Allah ni?

Lepas ternampak kat majalah National Geographic, saya tanya orang2 yang berpontesi mengenali makhluk ni. Semua jawab tak tahu. Siap tanya lagi 'Are they endagered species?' dan 'Are they newly discovered species?'. Wah..ingatkan saya sorang2 ketinggalan zaman ker. hehe

Namanya Narwhal daripada keluarga species paus (whale). Biasanya, Narwhal jantan mempunyai tiga gading (tanduk) tapi disebabkan penggunaan yang konstan, satu daripada setiap tiga gadingnya patah. Sebab tu dalam gambar, gadingnya ada satu atau dua. Dan Narwhal betina tiada gading.

Menurut tulisan NG, male Narwhal (bull) bersaing untuk memiliki Narwhal (cow) yang cedera (as a possesion). Persaingan diantara Narwhal bull kadang2 berterusan walaupun Narwhal cow dah mati. Ngeri tengok gambar Narwhal cow tu kena buli. Calar2 luka di kepala, tusukan sedalam dua kaki ke dalam badannya hingga menusuk uterus dan melukakan spinal cord membuktikan keganasan Narwhal bertanduk ni!

Apa2 pun, gadingnyalah yang paling menarik. Macam mesin nak tembus dinding..ape ntah nama mesinnya. Tu baru haiwan, belum lagi manusia yang jauh lebih cantik. Subhanallah! Sedangkan mereka sentiasa berzikir kepada Allah, apalagi manusia.

Abu Musa r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang telah mati.”

Yakni hatinya telah mati.


Nyanyi zikir daripada lagu2 ntah-maksud-pape ok gak!


(Maaf lama tak kemaskini blog dan tak balas komen sesiapa, ada hal nak settle. Syukran yang mengingatkan. InshaAllah here a comeback! Photobucket)

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...