Saturday 31 July 2010

Britain Itu Apa

Saya tinggal di Swansea, Wales, United Kingdom. Bukan England dan bukan juga London.

Bagaimanalah mahu jawab soalan2 "Best tak England?", "London macamana?". Nak terangkan, panjang sangatlah pula. Jadi jawab sajalah as if soalan itu merujuk pada uk. *winks*

Keliru.
Yang mana satu UK, England?
Bingung.
Macamana negara Scotland boleh ada dalam UK?
Tidak maklum.
Wales negara apa pula?

United Kingdom adalah sebuah negara yang terdiri daripada negara-negara atau countries within a country. Atau nama lebih tepatnya 'United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland'. Negara-negaranya ialah England, Wales, Scotland dan Northern Ireland.

Great Britain lain pula. Hanya England, Wales dan Scotland termasuk. Disebabkan mereka ini lain-lain negara, benderanya tak sama tapi serupa kecuali bendera Wales yang agak 'out of the blue' sedikit.
Clockwise: Bendera UK, England, Scotland, Northern Ireland dan Wales

England

England adalah negara yang paling ramai penduduknya di UK dan beribu negarakan London. Siapa yang suka tinggal di bandar besar dan banyak bangunan tinggi (dan juga pencemaran udara yang lebih :P), England adalah terbaik untuk anda. Bandar-bandar yang popular kebanyakannya di sini seperti London, Bristol, Oxford, Cambridge, Birmingham, Manchester, Sheffield, Liverpool, Nottingham...maka jika kalian suka popular, duduklah kat sini. hehe~

Orang England dipanggil English dan bahasa kebangsaan pastinya English.

Wales
Wales adalah tempat pelancongan popular di UK. Kalau tengok caravan package, Wales paling mahal sebab ia memang cun, permai dan cuacanya tak terlalu sejuk seperti di Scotland. Kat sini banyak ladang, kambing biri-biri, pantai seperti countryside.

Ibu kota Wales ialah Cardiff dan bahasa rasminya ialah bahasa Welsh. Pemandu dari tempat lain mesti pening bila masuk Wales sebab semua papan tanda jalan termasuklah nama-nama tempat ada dua bahasa - English dan Welsh. Nak rasa? Croeso i Cymru!

Orang Wales pula dinamakan Welsh dan mereka ini sungguh patriotik. Mereka agak sensitif kalau kata mereka ni English..kang tak pasal2 kene ketuk. :P Masyarakat Wales masih berjaya mengekalkan bahasa Welsh mereka terutama di kampung-kampung.



Scotland

Ia terletak di utara UK yang sejuk. Tempat yang selalu salji turun bila tempat lain salji tak turun. Bila tempat lain bersalji untuk beberapa jam, Scotland mungkin salji beberapa hari. Sejuk!

Seorang Scotland dipanggil Scottish, yang juga nama bahasanya. Pakaian tradisional mereka yang popular ialah 'kilt' dan lengkapnya seperti gambar sebelah. Macam kain pelikat versi pendek kan?? :D

Ibu negaranya ialah Edinburgh dan bandar2 utama disana adalah seperti Glasgow, Aberdeen dan Dundee. Scotland juga mempunyai sistem pembelajarannya dan sistem2 lain yang tersendiri berbanding negara lain.

Northern Ireland

Sayat tak pernah sampai Northern Ireland lagi, jadi tak tahu sangat ceritanya. Kena gi dulu. ;) Northern Ireland terletak di sebelah Republik Ireland dan ibu negaranya ialah Belfast. Ia berada di bawah UK manakala Republik Ireland ialah satu negara yang lain. N.Ireland dan R.Ireland adalah satu negara sama yang sama satu masa dahulu tapi berpisah. Orangnya pula dipanggil Northern Irish. Apa lagi eh? tiada inputlah. huhu

'When people say England, they sometimes mean Great Britain, sometimes the United Kingdom, sometimes the British Isles - but never England.' How to be an Alien' by George Mikes

Friday 30 July 2010

Bila haiwan ber'Facebook'

My favvy
Cicak : Tuan rumah baru beli raket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ malam nih...
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burpp, Alhamdulillah. ..
Aedes: Baru jer selamat bagi cucukan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!
Cicak : Isteriku tersepit pintu
Ayam : Kawan2...kalau esok guwe tak update...bererti guwe udah digoreng....I luv u all... jangan lupa buat kenduri arwah untuk I yaa...
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni... selongkar kabinet dapur... siapa nak ikut?
Katak : Malam ni nak buat konsert la..dah lama tak hujan ni..hangat oii..
Ular : Rasa macam nak makan lauk telur la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun tak senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku entah pape salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi.
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura-kura.
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: Semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah.
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
Kucing : Update petang karang tepat jam 5.00pm slow menghendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun...
lipas : Merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkan. ..gerun tengok mmber aku kena tarik dengan jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
itik serati : hahahhaa lawak betul ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nak tiru aku le tu.. lol
Ikan laga: Boring sih, duduk sorang-sorang dalam tanki ni.
Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa tak ada seorang pun nak add/approve aku :-(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan?
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?


Bagaimana ya kita2 berFacebook? kwang x3

Wednesday 28 July 2010

Islamic Relief Volunteers Camp

At Walesby camp, Nottingham.
The girls - from uni students, social workers, a dentist, a phd student to graduates to a school girl! As always, Im the youngest among them >.<
What's gonna work? Teamwork! It looks easy but was pretty challenging.

This is the most tiring game among all...gotta keep the boxes still. Nevertheless we won ;)

Kayak-canoeing. You see the left canoe, they bumped into the bushes!
Afasan and Nida, my sweet girls in my group. The man is the caretaker. Firstly, we built the little tipi and here it comes...
Nida is in the air!
Done and dusted.
"Volunteer- not so you can build your resumer, but so you can build yourself."

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...