Monday 31 August 2009

Junior ke Senior


Bermula Year 9

Melangkah pertama kali ke BGCS, kagum saya pada senibinanya. Besarnya seperti kolej, batu merahnya seperti bangunan satu fakulti di UKM. Ditubuhkan pada 1682, padanlah dengan keklasikannya.

Keklasikanya ternyata tidak dapat menutup rasa kegugupan hari pertama persekolahan. Dikelilingi persekitaran, kawan, guru dan sistem yang asing (strange), jauh sekali berbeza dengan sekolah Malaysia - seperti planet lain!

Ber-form tutor kan Mr Lewis, saya ditempatkan di form 11E bersama Asmaq yang amat peramah. Asmaq balik Malaysia selepas 6 bulan, menjadikan saya (dan Kakak) sahaja Malaysian di sekolah menengah di Swansea. Bertahun-tahun kawan sekolah Malaysian, tup...tup..semua dari pelbagai negara. Pengalaman. Subhanallah.

Teringat waktu lesson pertama saya, Chloe gtau Asmaq pasal saya, "She looks a bit like Shilpa Shetty, isn't she?"(no way!)PhotobucketROFL . Waktu tu Shilpa tengah popular dengan kes racism di dalam rancangan Big Brother. Haish.

Hingga ke Year 10

Untuk sesuaikan diri, memang mengambil masa. Tapi kena berani memulakan langkah, mencari kawan, bertanya dan memilih tanpa mengenepikan prinsip Islam. Biar hidup berprinsip. InshaAllah tak susah hati.

Saya mulakan GCSE dengan 10 subjek - Biology, Chemistry, Pyhsics, English Language, English Literature, Maths, Religious Studies (compulsory) dan History, Business Studies, French (optional). Dan Malay juga (exam tahun depan). Sengaja ambil French walaupun satu benda pun tak tahu kecuali 'Bonjour' ditambah lagi belajar lewat 2 tahun lebih dari orang lain. Mula-mula semua saraf otak blur! Risk-taking betul...

Sudah ada geng untuk lunch, geng balik sekolah, geng setiap lesson...ala-ala zaman kegemilangan gitu (berzaman ke pun?). Tak sia-sia bertatih. Dari kegugupan dan ketidaksukaan dulu bertukar menjadi warna-warni keseronokan. NikmatNya, Alhamdulillah!

Tiba di Year 11

Orang panggil 'exam year'. Homework tak banyak, tapi coursework bertimbun. Sekali lagi, cikgu2 sangatlah helpful. Uniknya kan, tiada tusyen melambak2 (di sekolah atau luar) seperti di Malaysia. Memang ada, cuma amat jarang, rasanya sekali je saya dengar orang pergi. Kelas tambahan hanya diadakan lebih kurang seBULAN dua sebelum exam. Malaysia selalunya, seTAHUN dua.

Guru kegemaran saya adalah Mrs Hewitt, guru English saya. Suka sangat dia ajar. Ditambah lagi dengan gaya dan lagaknya bila baca novel Shakespeare, bersungguh-sungguh. Benar kata pepatah 'guru umpama lilin'. Ketika dalam proses penyiapan coursework Business Studies, Mrs John tak pernah jemu betulkan itu ini walaupun ketika lunchtime. Hasilnya impressive. Tak habis ber'thanks' rasanya.

Kawan famili kami, Auntie Cathy, orang Perancis menawarkan diri untuk ajar saya French. Dari sebutan dan grammar yang ntah-pape-ntah Auntie Cathy betulkan dan bagi latihan. Praktis banyak2, boleh terbelit lidah jadinya. huhu

Disebabkan waktu exam memang susah nak jumpa, semua program akhir tahun dibuat sebelumnya seperti Photography session, form party (atau majlis akhir tahun), yearbook sign dan bla bla bla..macam-macamlah pendek cerita. Sir (Mr Lewis) cadang nak buat surprise party untuk satu kelas tapi terpecah plak plan nye. Sian2. Tapi masih agak surprise lagi bila Sir bawa keluar cupcakes dengan gambar setiap orang dan kek coklat. Oh tak lupa juga, Sir yang buat semuanya..sayang gak dia dekat kitaorang ye Photobucket. Dan Sir adalah guru Cooking Technology (chef).

Yang pasti, Sir adalah cikgu paling cool dan 11E adalah form paling best. Memories are what keep us together.

E's!

Exam & Result

Sebulan setengah exam terasa lama sangat. Tiap2 hari tengok jadual, bile nak habis. Rasanya orang2 yang jaga exam tu pun dan bosan tengok kami. Alhamdulillah habis juga akhirnya...dan dapat cuti lebih. Sebulan awal dari pelajar lain menjadikan dua bulan setengah cuti. Lucky us! PhotobucketTerasa merdeka sungguh berserta tahap perasaan-nak-ganti-tidur-tak-cukup yang tinggi.

Untuk info kalian, GCSE (General Certificate Secondary Education) lebih kurang macam SPM. Tapi ada had atau limit jumlah subjek yang boleh diambil.

27/8 baru-baru ni hari result keluar. Berdegup-degup gak la jantung bila nak buka sampul besar tu sampai tak jumpa result-nya. heheh. Mana taknya, macam2 sekolah letak dalam sampul tu untuk promosi sekolah. Hampir keluar air mata saya tengok result yang Lianne tolong bukakan. Terus dia bagi saya a tight hug. Three words to describe; Subhanallah wa Alhamdulillah Allahuakbar!


Junior ke Senior

Insha Allah saya akan jadi Sixth Former untuk mulakan AS/A-LEVEL bermula Rabu ini. Dulu cadang nak ambil Maths, Biology, Chemistry di BGCS dan Politics di OCS (collaboration). Tidak berniat menjadi seorang politikus, sekadar hendakkan ilmu (general knowledge) saja.

Tapi masih belum final decision lagi subjek apa nak ambil, hanya idea kasar. Terasa nak pertimbangkan untuk ambil French dan English Literature lepas tengok result. Ditambah lagi dengan persuasion dari Aunty Cathy untuk belajar French lagi. Mudah-mudahan dipermudahkan, Amin Allahumma Amin..Doakan ya =)

Andai ada idea atau cadangan, drop some here! TQ in advance.

Dr Pyhsics

Many thanks to supportive AyahIbu, Kakak, family, friends, dedicated teachers - Mr Lewis, Mr Bradley, Dr Jenkins, Dr Green, Mrs Hewitt, Mr Seaton, Mrs Harding-Richards, Ms Lye, Mrs John, Mrs Senchal, Aunty Catherine and endless list of names!

Apa-apa pun tak kira apa kita ambil, dimana, bagaimana, yang penting ada sumbangan kita pada Islam daripada apa yang kita belajar. Masa depan tidak boleh dijangka, exam di akhirat kelak yang utama. Bersediakah kita?

Bukan dalam pelajaran sahaja melangkah ke alam senior. Dalam ibadah, tarbiyyah diri, dan pehamaman dalam Islam juga perlu senior. Itulah dinamakan 'Junior ke Senior'!

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...