Monday 21 December 2009

Loving the first first

Narrated Anas r.a: The Prophet saw said, "Whoever possesses the following three (qualities) will have the sweetness (delight) of faith:

1- The one to whom Allah and His Messenger (Muhammad saw) become dearer than anything else.
2. Who loves a person and he loves him only for Allah's sake.
3. Who hates to revert to atheism (disbelief) as he hates to be thrown into the fire.
(HR Bukhari)

Who said birds don't ice skate?

cik swan, cik burung & cik itik

Wednesday 16 December 2009

Cerita 'Cinta Untuk Nabila': Satu Hijrah

Melissa
Cinta Untuk Nabila

Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari
Kemana menghilangnya puteri

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Hingga kini setelah berpisah
Salju yang beku terlerai sudah

Oh Nabila...
Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila takkan lupa
Mengingatimu

Oh Nabila...
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Agar kau dapat mengerti
Kepada mu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Nabila
Aku ciptakan bila mata
Kuterpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyatakan cinta untuk Nabila


Nama Pilihan

Dulu waktu saya lahir, banyak sangat pilihan nama untuk saya. Antara yang masuk 'top finalists' ialah Nurul Izzah, Nur Izzati, Qurrata 'Ayun dan Nur Nabilah. Akhirnya Nur Nabilah menjadi 'pemenang' setelah pro and con hujahnya diambil kira. Nama saya hampir2 disingkirkan kerana pada tahun saya lahir, 1992, lagu Cinta Untuk Nabila (1991) amat popular dan ia dikategorikan dalam lagu evergreen. Nanti orang cakap "wah..nama dapat dari lagu Oh Nabila yee...".
Lagu yang amat maklum, jiwang. hee~

Ayat yang saya memang pernah dengar. Senyum sajalah.

Satu Hijrah

Orang kata langkah pertama adalah yang paling susah. Tapi selepas dua, tiga langkah akan jadilah mudah ia. Mungkin berlari. Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk kebaikan Islam. Satu penghijrahan golongan Muhajirin meninggalkan tanah air, sanak saudara yang akhirnya menjadi titik tolak kepada kegemilangan penyebaran dan kemenangan Islam.

Penyanyi lagu Cinta Untuk Nabila ni, Radzi Abdul Hamid pun berhijrah.
Dari jeritan seorang rocker ke jeritan seorang penceramah agama.
Dari kelab malam ke majlis agama.
Dari kegilaan glamor ke kegilaan kemanisan Iman.
sini

Lagu memang boleh evergreen di dunia, tapi amal ilmu, sadaqah, evergreen-nya sampai di liang lahat. Ada ilmu sikit, kongsi. Ada duit sikit, sedekah. Ada nasihat, bagi, walaupun kadang2 pahit untuk diberi dan diterima.

Kutiplah emas2 kecil dalam perjalananmu untuk mencapai emas utama lantas menjadi pemenang di Jannah. Fastabiqul khairat!


(Feel like I'm being mean lately..tobat tak mboh buat doh. huhu)

Monday 7 December 2009

Siapa PUNYA

Satu hari di Istana, datanglah dua orang musafir..

Si Musafir: Assalamualaikum. Boleh saya tumpang tidur di sini?
Pengawal Istana: Tak boleh. Ini istana raja ni bukan tempat tumpang tidur.
Musafir: Saya ni musafir..saya nak tidur sekejappp saja.
Pengawal Istana: Saya kata tak boleh. Ini istana raja.
Musafir: Kalau begitu, boleh saya jumpa raja tuan istana ni?
Pengawal Istana: Boleh. Tunggu sebentar.
.................
Musafir: Saya nak tidur malam ni disini sekejap boleh?
Raja: Tak boleh..ini beta punya rumah.
Musafir: Ye laa..nak tidur sekejap pun tak boleh? Saya ni musafir
Raja: tak boleh. tak boleh.
Musafir: Istana ni tuanku punya ke?
Raja: Ya, beta punya.
Musafir: Sebelum tuanku, siapa punya istana ni?
Raja: Ayahanda beta punya.
Musafir: Dulu?
Raja: Datuk beta punya
Musafir: Dulu lagi?
Raja: Moyang beta punya
Musafir: Dulu lagi?
Raja: bapa moyang beta punya
Musafir: Nanti tuanku mati, siapa punya istana ni?
Raja: Anak saya punya.
Musafir: Habis tu..siapa punya rumah ni tuanku?
Raja: ???
(Barulah perasan sang Raja)

Akhirnya harta itu tiada siapa yang PUNYA. PUNYA itu hanya sementara. (=

(Dari kuliah Ust Ismail Kamus. Menarik!)

Wednesday 18 November 2009

SPM =D

Dear Comrades,
Selamat Bermujahadah. Bittaufiq wannajah!



from Swansea with love,
Byla

Sunday 8 November 2009

Of Seventeen

Salam, readers!!

Another semi-long break from blogging as
well as from writing, thus blocking the ideas and updates. As now I'm doing subjects of sciences, maths and french, it limits my writing time (well except for a 250 words-long french essay) and forms quite serious plaque as a result. LOL. On the contrary, I shine more on reading which could improve my vocabulary. Allah's plan..masyallah. I am happy (:

Just a quick update.

The dustiest one is my 17th birthday which was one and half month ago. 24/9. Oh yes..it is. As we were still in raya mood, my sister and I asked our friends to come over to our place to celebrate it together. Sort of a gathering and I met Carol after four months the school over. I missed her, of course. Coincidentally, those who were there were us the malaysians, Carol a Chinese, Sabrina a Benggali, Mette from Denmark, Rosie from England and Emma a Welsh. Colourful races like a rainbow!


I couldn't stop smiling at my friend's question on how to cook fried fish (for nasi kerabu). It seems easy but its a knowledge! Learn and practice. Posses the knowledge and benefit your Islam and the universe - "There are two societal fatal blows: an ignorant loner and a dissolute thinker.” Be neither (:

I love one story of my after-born stories. The one that my uncle had never bored telling me again and again. Its about my arwah atuk's excitements on having the second grandchild. On the way to see me by car, he stopped and told anyone he met near by the mosque, 'Nak tengok cucu baru ni!' with a wide smile. How lovely! And now that grandchild is seventeen and is missing him.

Thanks for wishes, presents, cards from everyone. The funny part is that my best friend, Adibah wished me a happy birthday on 24/8, a month earlier just in case she can't get out from her boarding skool in Malaysia. I was like, "Its not yet Dib!!". ^_^

On 2nd November, it was my best Ibu's birthday - Wan Noraidah Wan Ismail. I certainly wouldn't be here without her. I was planning to give her Roses but I cancelled it after I saw a bouquet of flowers from Ayah for Ibu. =D A box of chocolate and a chocolate cake from me and Kakak.

Remember [17:24]
"Out of kindness, lower to them (parents) the wing of humility, and say: "My Lord! bestow on them thy Mercy even as they cherished me in childhood." Love you Mummy!

A few people asked me regarding the last two post about Ramadhan in Swanc Univ Mosque because they thought I'm in Univ already. No laa..too young for univ, still doing A-level in sixth form in BGCSchool and Kolej LautAngsa. There are three (or probably more) mosques in here and one of them is located in univ area, the nearest one to our house. 7 mins
on peut!

Friday 23 October 2009

Narwhal & zikirnya

Pernah lihat ciptaan Allah ni?

Lepas ternampak kat majalah National Geographic, saya tanya orang2 yang berpontesi mengenali makhluk ni. Semua jawab tak tahu. Siap tanya lagi 'Are they endagered species?' dan 'Are they newly discovered species?'. Wah..ingatkan saya sorang2 ketinggalan zaman ker. hehe

Namanya Narwhal daripada keluarga species paus (whale). Biasanya, Narwhal jantan mempunyai tiga gading (tanduk) tapi disebabkan penggunaan yang konstan, satu daripada setiap tiga gadingnya patah. Sebab tu dalam gambar, gadingnya ada satu atau dua. Dan Narwhal betina tiada gading.

Menurut tulisan NG, male Narwhal (bull) bersaing untuk memiliki Narwhal (cow) yang cedera (as a possesion). Persaingan diantara Narwhal bull kadang2 berterusan walaupun Narwhal cow dah mati. Ngeri tengok gambar Narwhal cow tu kena buli. Calar2 luka di kepala, tusukan sedalam dua kaki ke dalam badannya hingga menusuk uterus dan melukakan spinal cord membuktikan keganasan Narwhal bertanduk ni!

Apa2 pun, gadingnyalah yang paling menarik. Macam mesin nak tembus dinding..ape ntah nama mesinnya. Tu baru haiwan, belum lagi manusia yang jauh lebih cantik. Subhanallah! Sedangkan mereka sentiasa berzikir kepada Allah, apalagi manusia.

Abu Musa r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang telah mati.”

Yakni hatinya telah mati.


Nyanyi zikir daripada lagu2 ntah-maksud-pape ok gak!


(Maaf lama tak kemaskini blog dan tak balas komen sesiapa, ada hal nak settle. Syukran yang mengingatkan. InshaAllah here a comeback! Photobucket)

Wednesday 16 September 2009

27th - Swansea Univ Mosque

Merdu sungguh suara Imam2 menghafaz ayat2 Allah,
ada yang disertai pelbagai cara bacaan (qiraat),
ditambah lagi dengan kecanggihan speaker baru,
juga tahfiz-tahfiz khas dari Libya,
diserikan dengan tetamu bukan Muslim yang berpuasa,
dimantapkan lagi dengan jumlah jemaah yang tak berkurangan tak kira terawih atau tahajud,

Subhanallah!

Al-Qadr
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar [1] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [2] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [3] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [4] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! [5]

Wednesday 9 September 2009

Program Amal Islamic Relief di bulan Ramadhan...

1. Seperti yang saya tunggu-tunggu, pada Sabtu lepas, saya berpeluang menyertai street collection di tengah2 bandar Swansea di bawah Islamic Relief. Banyak juga yang berjaya dikumpul, Alhamdulillah.

2. Menurut Salah, ketua kami yang berpengalaman, hanya 2 daripada 10 orang akan menyumbang. Ini bermakna lagi banyak kita tanya, lagi banyak kita ditolak dan lagi banyak juga sumbangan diterima. Jadi, jangan putus semangat. Yakinlah yang lebih baik menanti, insha Allah.

3. Ini adalah pengalaman kedua saya mengutip derma, yang pertama adalah Fund for Palestine di sekolah bersama Kakak. Dibandingkan dengan kali ini, itu lagi agak mencabar dengan kerenah dan pandangan serong terhadap Palestin. Tapi rasa thrill tu masih ada. Syok, terasa bermasyarakat! heheh.

4. Tips nya senang saja, senyum tak lekang, tegur elok2 dan manis, terima hakikat jika ditolak, ucapan terima kasih pada yang menderma dan juga pada yang tidak, fahamkan mereka apa objektif kita, dan tak lupa juga beramah-tamah dengan mereka. Menjadi tau. Dan paling penting, perlu tahu untuk apa semua ini : untuk keredhaan Allah. Ditolak manusia tak apa, asalkan Allah suka! >.<
5. Terasa bertuah dapat sertai program ini bersama kumpulan dari Cardiff. Mula2 memang segan, lama2 OK lah. Sampaikan ayat2 nya dah macam skrip dikepala! - "Would you like to spare some change for the poor countries like South African countries, Nigeria, Somalia, China, Pakistan, Bangladesh, India or any third world countries you know. We will distribute them particularly with food packages and water. etc etc etc...". Tak dilayan, di-swear, di-reject semuanya nombor dua. Asalkan mencuba, ye dak..

6. Dari dulu sampai sekarang saya teringin nak buat volunteer work. Sesuatu seperti ini yang meningkatkan motivasi dalam diri saya. Saya pernah berangan nak jadi aktivis parti Islam di Malaysia, jadi cikgu sambilan di sekolah atuk saya bangunkan, Maahad Al Islah dan masih berangan menjadi tukang kutip sampah sukarela di tepi jalan di Malaysia satu hari nanti! hee~

7. Buat kerja amal di luar, jangan lupa tugasan dan tanggungjawab di rumah! (=

.....................................................................................................

Donate online for our new Swansea Mosque at http://www.justgiving.com/mosque/!


Charity Week 2009




CHARITY WEEK 2009 IS BACK!

Put the below dates into your diaries:
19th - 24th October: Schools Charity Week
26th - 31st October: Universities Charity Week

All money raised during this year's charity week will go towards helping orphans and needy children across the globe.

charityweekwales@gmail.com
Visit http://www.uluisoc.com/charityweek/ now!

Brighten your day with charity ^_^

Tuesday 8 September 2009

Sunat vs Wajib

Dah Separuh Dah!

1. Pejam celik-pejam celik, dah lebih separuh Ramadhan tinggal berbaki. Begitu pantas masa berlalu.

2. Bermula Ramadhan dengan pilihanraya di Permatang Pasir dan mungkin diakhiri dengan pilihanraya kecil di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Memang beraya sungguh tahun ini.

3. Sibuk mengundi wakil rakyat, jangan lupa wakil rakyat perlu berperanan. Sibuk berkempen, lupa kerja lain. Lupa nak kuatkan parti. Lupa nak jaga kepentingan rakyat.

4. Macam orang sibuk nak sambut hari raya, ke pekan berbelanja sungguh. Buat kuih semperit, baulu atau muruku. Tukar perabot dan langsir rumah. Lupa nak terawih dan tadarus.

5. Macam orang sibuk berterawih nak kejo lailatu qadar tapi leboh solat subuh atau subuhnya, subuh gajah.

6. Macam orang sibuk bersedekah tapi sukar untuk memberi senyuman pada orang.

7. Macam orang bersungguh nak solat hari raya tapi jarang solat waktu.

8. Macam orang ziarah pusara tapi lupa dia juga akan menjadi bakal penghuni pusara.

Artikel dicilok dari blog Ayah http://muhaiminsulam.blogspot.com. (=

Monday 31 August 2009

Junior ke Senior


Bermula Year 9

Melangkah pertama kali ke BGCS, kagum saya pada senibinanya. Besarnya seperti kolej, batu merahnya seperti bangunan satu fakulti di UKM. Ditubuhkan pada 1682, padanlah dengan keklasikannya.

Keklasikanya ternyata tidak dapat menutup rasa kegugupan hari pertama persekolahan. Dikelilingi persekitaran, kawan, guru dan sistem yang asing (strange), jauh sekali berbeza dengan sekolah Malaysia - seperti planet lain!

Ber-form tutor kan Mr Lewis, saya ditempatkan di form 11E bersama Asmaq yang amat peramah. Asmaq balik Malaysia selepas 6 bulan, menjadikan saya (dan Kakak) sahaja Malaysian di sekolah menengah di Swansea. Bertahun-tahun kawan sekolah Malaysian, tup...tup..semua dari pelbagai negara. Pengalaman. Subhanallah.

Teringat waktu lesson pertama saya, Chloe gtau Asmaq pasal saya, "She looks a bit like Shilpa Shetty, isn't she?"(no way!)PhotobucketROFL . Waktu tu Shilpa tengah popular dengan kes racism di dalam rancangan Big Brother. Haish.

Hingga ke Year 10

Untuk sesuaikan diri, memang mengambil masa. Tapi kena berani memulakan langkah, mencari kawan, bertanya dan memilih tanpa mengenepikan prinsip Islam. Biar hidup berprinsip. InshaAllah tak susah hati.

Saya mulakan GCSE dengan 10 subjek - Biology, Chemistry, Pyhsics, English Language, English Literature, Maths, Religious Studies (compulsory) dan History, Business Studies, French (optional). Dan Malay juga (exam tahun depan). Sengaja ambil French walaupun satu benda pun tak tahu kecuali 'Bonjour' ditambah lagi belajar lewat 2 tahun lebih dari orang lain. Mula-mula semua saraf otak blur! Risk-taking betul...

Sudah ada geng untuk lunch, geng balik sekolah, geng setiap lesson...ala-ala zaman kegemilangan gitu (berzaman ke pun?). Tak sia-sia bertatih. Dari kegugupan dan ketidaksukaan dulu bertukar menjadi warna-warni keseronokan. NikmatNya, Alhamdulillah!

Tiba di Year 11

Orang panggil 'exam year'. Homework tak banyak, tapi coursework bertimbun. Sekali lagi, cikgu2 sangatlah helpful. Uniknya kan, tiada tusyen melambak2 (di sekolah atau luar) seperti di Malaysia. Memang ada, cuma amat jarang, rasanya sekali je saya dengar orang pergi. Kelas tambahan hanya diadakan lebih kurang seBULAN dua sebelum exam. Malaysia selalunya, seTAHUN dua.

Guru kegemaran saya adalah Mrs Hewitt, guru English saya. Suka sangat dia ajar. Ditambah lagi dengan gaya dan lagaknya bila baca novel Shakespeare, bersungguh-sungguh. Benar kata pepatah 'guru umpama lilin'. Ketika dalam proses penyiapan coursework Business Studies, Mrs John tak pernah jemu betulkan itu ini walaupun ketika lunchtime. Hasilnya impressive. Tak habis ber'thanks' rasanya.

Kawan famili kami, Auntie Cathy, orang Perancis menawarkan diri untuk ajar saya French. Dari sebutan dan grammar yang ntah-pape-ntah Auntie Cathy betulkan dan bagi latihan. Praktis banyak2, boleh terbelit lidah jadinya. huhu

Disebabkan waktu exam memang susah nak jumpa, semua program akhir tahun dibuat sebelumnya seperti Photography session, form party (atau majlis akhir tahun), yearbook sign dan bla bla bla..macam-macamlah pendek cerita. Sir (Mr Lewis) cadang nak buat surprise party untuk satu kelas tapi terpecah plak plan nye. Sian2. Tapi masih agak surprise lagi bila Sir bawa keluar cupcakes dengan gambar setiap orang dan kek coklat. Oh tak lupa juga, Sir yang buat semuanya..sayang gak dia dekat kitaorang ye Photobucket. Dan Sir adalah guru Cooking Technology (chef).

Yang pasti, Sir adalah cikgu paling cool dan 11E adalah form paling best. Memories are what keep us together.

E's!

Exam & Result

Sebulan setengah exam terasa lama sangat. Tiap2 hari tengok jadual, bile nak habis. Rasanya orang2 yang jaga exam tu pun dan bosan tengok kami. Alhamdulillah habis juga akhirnya...dan dapat cuti lebih. Sebulan awal dari pelajar lain menjadikan dua bulan setengah cuti. Lucky us! PhotobucketTerasa merdeka sungguh berserta tahap perasaan-nak-ganti-tidur-tak-cukup yang tinggi.

Untuk info kalian, GCSE (General Certificate Secondary Education) lebih kurang macam SPM. Tapi ada had atau limit jumlah subjek yang boleh diambil.

27/8 baru-baru ni hari result keluar. Berdegup-degup gak la jantung bila nak buka sampul besar tu sampai tak jumpa result-nya. heheh. Mana taknya, macam2 sekolah letak dalam sampul tu untuk promosi sekolah. Hampir keluar air mata saya tengok result yang Lianne tolong bukakan. Terus dia bagi saya a tight hug. Three words to describe; Subhanallah wa Alhamdulillah Allahuakbar!


Junior ke Senior

Insha Allah saya akan jadi Sixth Former untuk mulakan AS/A-LEVEL bermula Rabu ini. Dulu cadang nak ambil Maths, Biology, Chemistry di BGCS dan Politics di OCS (collaboration). Tidak berniat menjadi seorang politikus, sekadar hendakkan ilmu (general knowledge) saja.

Tapi masih belum final decision lagi subjek apa nak ambil, hanya idea kasar. Terasa nak pertimbangkan untuk ambil French dan English Literature lepas tengok result. Ditambah lagi dengan persuasion dari Aunty Cathy untuk belajar French lagi. Mudah-mudahan dipermudahkan, Amin Allahumma Amin..Doakan ya =)

Andai ada idea atau cadangan, drop some here! TQ in advance.

Dr Pyhsics

Many thanks to supportive AyahIbu, Kakak, family, friends, dedicated teachers - Mr Lewis, Mr Bradley, Dr Jenkins, Dr Green, Mrs Hewitt, Mr Seaton, Mrs Harding-Richards, Ms Lye, Mrs John, Mrs Senchal, Aunty Catherine and endless list of names!

Apa-apa pun tak kira apa kita ambil, dimana, bagaimana, yang penting ada sumbangan kita pada Islam daripada apa yang kita belajar. Masa depan tidak boleh dijangka, exam di akhirat kelak yang utama. Bersediakah kita?

Bukan dalam pelajaran sahaja melangkah ke alam senior. Dalam ibadah, tarbiyyah diri, dan pehamaman dalam Islam juga perlu senior. Itulah dinamakan 'Junior ke Senior'!

Friday 28 August 2009

Seminggu Ramadhan




Ya Allah, kau telah sampaikan kami di awal Ramadhan, sampaikanlah juga kami di akhir Ramadhan...Amin~

Wednesday 26 August 2009

The First Tag (ever)

eah, the first tag I have ever done. The people who've been tagged simply need to follow and do what the picture above says (zoom in if necessary). Originally, the tag is quite long and can be copied from here. Syukran for tagging me!

Altering this tag a bit was my first thought when I saw it, regardless the instructions. hee~ I'd like to tag this blog visitors who are Muslim. Most importantly, it applies to every Muslim at ALL times.

Friday 21 August 2009

h1n1 - Semasa, Teori, Usaha, Pencegahan

Saya; "You know what, my parents discourage me to go to crowded places especially town, that's why I don't go out much this summer."

"Really? I go out to town almost everyday." balas Emma yang baru sahaja balik dari holiday di New Zealand, dengan selambanya.


Paranoidkah saya?

Tak sempat isu recession mengundur diri, isu h1n1 memunculkan diri. Cerita UK harini, isu h1n1 bukanlah yang paling hangit hangat seperti Malaysia. Tak pernah sekalipun saya nampak orang pakai mask
sepanjang school holiday saya, walaupun kes h1n1 pernah mencapai 100,000 kes seminggu di England sahaja! Belum masuk Wales, Scotland dan Northern Ireland.


Menurut
teori Crixerity (Malaysia), orang2 yang bermask tu bukanlah takut mati sebab h1n1. Tapi, takut alam lepas mati, takutkan Allah, takut diseksa sedang diri tau belum cukup amal untuk menghadapi mati. Sekali lagi, hanya teori sahaja.

Wallahu'alam.

Ceramah dari Dr. Haron Din berkenaan swine flu. Jom tengok.



Semester baru sekolah akan dibuka dua minggu lagi. Virus kemalasan+semangat menusuk. Semangat nak jumpa kawan lama dan baru. Rindu! huhu. Saya masih mencongak2, nak pakai mask ke tak nanti? Mana taknya, kawan2 holiday dari benua Eropah ke benua Amerika hinggalah ke benua Asia. Multisources lah jadinya..

Ada news kata jika kes meningkat mendadak selepas semester baru buka, sekolah mungkin tutup dalam bulan November. UK Government pula bersiap sedia untuk the biggest public vaccination dalam 50 tahun dalam bulan Oktober. We'll see. Sambil2 tu, usaha dan tawakkal jangan ditinggal!

- Gunakan tisu untuk tutup hidung dan mulut ketika batuk atau bersin, dan lepastu basuh tangan.

- Jangan guna sapu tangan atau tisu yang telah digunakan, ia berisiko contaminating other stuff.

- Basuh tangan selalu terutamanya selepas batuk, bersin dan guna tisu. Bagus dengan sabun dan air atau hand rubs.

- Kurangkan menyentuh hidung, mulut, mata kecuali jika anda baru bersihkan tangan.

- Detergen biasa dan air perlu digunakan untuk bersihkan permukaan apa2 yang selalu tangan sentuh.

- Bersihkan tangan sejurus memulakan kerja dan sampai rumah.

Hampir semua langkah2 diatas berkait rapat dengan kebersihan. Kebersihan itu kan separuh daripada iman. Moga sinar iman kita makin terik cahayanya di bulan2 mulia ini, inshaAllah!

Selamat berjuang di bulan Ramadhan, para pejuang semua. Barakallahu feekum :)

Thursday 20 August 2009

Tuah di Akhir Sya'ban

N C E
Semalam cadang nak shopping kat town untuk new term, tapi akhirnya jadi ala2 Tour de Swansea. Emma jadi tour guide, saya kononnya seorang tourist. Banyak juga tempat saya belum discover di Swansea dalam masa tiga tahun ni. Ingatkan dah expert..cehh.

Ada hikmah gak saya tak jadi shopping, banyak tempat saya teroka. Tambah2 pengetahuan, nanti balik Malaysia boleh promote Swansea Photobucket. Plus, dapat hang out dengan Emma yang akan pindah ke GC. Dulu, pergi lessons semua satu arah tapi mula September ni, semua berlainan arah. Moga tak tersalah arah, Allahumma Amin. Apa2pun, Swansea cantik!


Project Notebook

En route ke Library lepas hantar Emma, saya nampak Project Notebook yang saya cari2 dari tadi. Di Wilkinson, on sale lagitu. Sebelum tu pusing2 Quadrant dengan Emma ke WHSmith, MPH & Waterstone, semuanya £8++. Tak convert, tapi terasa agak pricy lah untuk benda tu saja.

Dahla covernya warena-wareni, £1.50 je. Beli satu dan sempat grab satu pensil kucing Photobucket. Terima kasih ye Pak Cik Wilki! Alhamdulillah..rezeki.

Tambang Bas

Selalunya kalau pergi balik town, naik kereta, basikal atau jalan je. Jarang yang amat naik bas. Tapi kaki dah penat nak jalan lagi 40 minit. Jadi, Kakak & saya pun pi la cari bas. Sekali tengok bus-timetable, bas dah lepasss.

Baru nak jalan balik, ada bas datang. Bas baru kat Swansea. Nak tau napa? Sebab tu purple bendy-bus, yang boleh bengkok2. Cun. Pak cik koordinator tu pun tegur;

"Where are you going?"

"University"

"OK..", sambil tekan2 mesin pengira tambang. "Its £3.85 please."

"Do we get discount as students?", saya tanya.

"Give me your student ID and I'll check." "Does she have one?", merujuk pada Kakak.

"Yeah, she's got one but its not with her now."

Sambil mengagguk, pakcik tu cakap,"Oh..don't worry"

Saya pun tunggulah, sambil tertanya2 abende yang 'don't worry' nye. Nak bayar tak tahu berapa.

Bila nak dekat sampai, saya pun tanya lagi, "Excuse me, how much do we have to pay?"

"Nothing. You showed me your student ID already"

Saya & Kakak pun berpandangan. Biar betik? Tadi kata £3.85. Kat badan bas plak, tulis '£1 for student'. Dahla Kakak tak bawa student ID.

Wah, freeeee! Alhamdulillah!

.............................

Muhasabah2 lah diri di akhir hari, mana tahu ada yang termiss untuk disyukuri!

Wednesday 12 August 2009

A year already; Al Fatihah..

Someone had told me that if you are deeply missing someone who is no longer alive, generously recite Al Fatihah for that person.

Which I did.

Today's date shows that it's been a year my embah (grandpa) left me, left us. How time flies when you still hesitate to move on with life. Still, his easygoing smile and endless advices are alive in my memory as fresh as a morning daisy.

A few weeks before he was gone, he loved to hear his grandchildren sing Seroja song and he would cry afterwards. Simply because the song reminded him of his beloved grandchildren. There was one time where we made up a lyric cos we thought he was mad at us (and it turned out he didn't). It goes "Maafkan kami x4, Wahailah embah, janganlah marah, kami rela haii kena ketuk. Wahailah embah, janganlah merajuk, we are so sorry, we love you so much~"

He always adviced his children and grandchildren that;

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

I remember your eyes teared up as a sign missing me,
And now my eyes tear up as a sign of how greatly I miss you.

12 August 09.

Monday 10 August 2009

Hero Islam, Hero Yang Dinanti

Dulu, saya ada request untuk ditranslate-kan video ni. Tak sangka dapat plak. Mula-mula minat kat muziknya, blog kak Intan yang kenalkan (bukan k. Intan. ^-^ jk!). Dah dapat kenalah sampaikan. ye dak? Lepastu, kena la make-up2 sikit dengan info tentang Sultan Murad yang hebat ni. Jumpa di sini (klik utk lanjut), dan diedit & make-up lagi. Tak boleh banyak2, nanti nampak fake!

Year 1431st
First, keep the sun was dark and on Constantine partnerships.
Broad daylight in the sky are shining stars.
Suddenly, a comet with all the magnificence, filled with light to Constantine.
A light so that the eyes had seen.
At that time, a young ruler Sultan Murad 27 years old.
In the first light of morning news gave him precursory.
His eyes were filled with joy, tears.
And for the sake of history of the sultans, the new prince shouted pressed.
546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad yang digelar Muhammad Al Fatih melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole.

Ciri peribadi dan kepimpinan beliau:

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad. Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Subhanallah.

Dimanakah hero-hero Islam seperti Muhammad Al Fatih hari ini?

Friday 7 August 2009

Perpetuate the 45th



Earlier this month 2/8 marked the very day Ayah was born. I incredibly wanted to make something anachronistic hence I made a burnt-sugar cake and a custard cake. Seriously who makes a burnt-sugar cake for birthday? Moi. I can't opine how the taste was though.LOL =D

HIM

1) An artistic fella, he so very is. From making a cartoon comic, painting, drawing, writing TV and radio film scripts, poems, organizing entertainment programs and so on. He is so into this which unfortunately, I don't inherit any.

2) He has an immense passion for peanut. This includes peanut butter, peanut cookies, salted peanuts; whatever peanuts! Thus this passion creeping into every one's heart in my family.

3) Last year, when Ayah introduced us to Tun Dr Lim Keng Yaik after his interview, he said "This is my family; my wife, my daughters and niece". Eyeing him with a disbelief look, he went, "What, you are married(!)".

Happy Birthday my Superdaddy. Thanks for teaching me to live in a moderation. Sayang Ayah!

Ayah always advices us that "The hardest struggle is tarbiyyah yourself to fight lust"

Wednesday 29 July 2009

Epilog Musim Panas UK

Elia, Nawal and their summer smiles
Sunny scent layers the air
Three Cliffs Bay and its mesmerizing view
Lorenzo, Lianne, Curtis, Rach, Carol & Nabilah; Enjoying the first week of summer straight after RS exam. Make the most of it! =)

Blue sky,
Gentle sunkissed,
Budding flowers,
It's Summer!

Sejarah nukilkan, asal usulnya Summer Holiday dari London The Great Stink pada abad ke 19 ketika zaman Industrial Revolution. Busuknya London pada musim panas sampaikan ahli2 Parlimen Britain mengusulkan untuk dijadikan cuti sekaligus menjadi excuse untuk Parlimen tak bersidang.

Musim panas, cahaya dan bahangnya ditunggu-tunggu oleh insan. Matahari gah menampakkan diri. Namun, zikirnya kepada Allah tidak pernah paused. Tidak ada excuse. Hanya play. Menyedarkan insan, bagaimanakah mereka.

Musim panas, boleh pergi strawberry gooseberry blueberry blackberry raspberry-picking, tanam lettuce depan rumah, cycling tanpa jaket tebal. NikmatNYA mengusik. Subuh seawal 3.30 am, Isya' selewat 10 pm, kuatkan jiwa, kejutkan mata. Wahai insan, bangunlah.

Musim panas, kawan2 ramai ajak hang out, dari Swansea Bay Festival, BBQ hinggalah ke Art Workshop. Mengambil kesempatan sebelum musim luruh mengundang. Orang kata musim panaslah paling perlu jaga mata daripada pakaian insan yang imannya tidur. Dan jaga daripada tertidurnya iman sendiri.


Summer time '09/ Sya'ban 1430,
nnmuhaimin.

Wednesday 22 July 2009

Humbleness or Highness

Saya bukanlah orang yang jenis baca berita Malaysia tiap2 hari macam Ayah. Tapi gambar di web Mstar & Utusan menyentak saya. Teringat pada HUMILITY atau sifat kerendahan hati yang Sister Mukminah sampaikan di Sister Halaqah yang lepas.

Sister Mukminah bagi contoh,
"Don't you see leaders from Islamic country when they do the tawaf, they're surrounded by the security?"

Sebijik sebijan.

Berihram mengingatkan bahawa semua orang adalah sama. Menghadap yang Satu dan tawaf ke arah yang sama. Semuanya untuk kita rasa humble sebagai seorang yang sama dengan yang lain. Yang membezakan ialah
Taqwa.

Sebaliknya berlaku andai dikelilingi security yang membezakan dengan yang lain. Rasa tidak selamat di baituLLAH. Ada
sense of highness. Elit.

Seperti kisah baginda Rasulullah saw yang turut mengangkat batu-bata untuk binaan Masjid Nabawi walaupun dihalang para sahabat. Padahal baginda seorang nabi kekasih Allah! Begitu jua dengan kisah Khalifah Umar yang sanggup turun dari kuda apabila giliran khadamnya walaupun khadamnya menolak. Siapa beliau? Amirul Mukminin!


Itulah yang dikatakan
"some people love to be served rather than to serve."

Friday 17 July 2009

Teka-teki Islamik

Salam sejahtera sahabat semua,

Bila tiada kerja, googling is such an excitement. Al maklumlah summer holiday till September~~ Byla ada teka-teki best, mencabar minda, dan agak Islamik tau. ^_^
Satu byla dapat dari K.Shi (TQ akak!) dan satu lagi byla terjumpa. Tapi, sebelum scroll down ke jawapannya, adik2, mak cik2, pak cik2, tokki2, tokwan2, tuan, puan, dato, datin, (macam kad jemputan plak :D) kena la fikir dulu ya!

Cuba, cuba dan cuba lagi. Memetik kata-kata di dalam filem Kun Fayakun,
"Tidak berputus asa itu RAHMAT"
1) Antara superhero - Superman, Spiderman, Robin Hood dan Batman, siapa yang Islam?

>> Ini tiada kaitan dengan kePOWERan mereka sebab superheroes ni memang power kalau dalam cerita kartun/filem diorang.
>> Kaitkan dengan nama Muslim di Malaysia (sebab kalau UK, takde pun)

Faham?

Jawapannya ro BIN hood!
Cousin byla, Muhammad Ziyad pernah tanya dengan kesungguhan "Akak2, apa perasaan akak kalau jadi Batman?"!! Alahai Muhammad comel, takde soalan lain ke nak tanya. hehe~

Anas & Muhammad

2) Anda mahu Islam atau islam?
(Orang selalu tanya "ini sahaja soalannya?", hmm..ya ini sahaja!)

Klu:

>> Cari perbezaan antara Islam dan islam (sama tapi tak serupa tau)
>> Bezanya Islam, huruf besar dan islam, huruf kecil kan.
>> Haa..ni dah sampai bab tatabahasa BM. Ingat lagi huruf besar, huruf kecil untuk apa? (Paling asas sekali ni! ^_^)
>> Huruf besar untuk Kata Nama Khas, manakala huruf kecil untuk Kata Nama Am.
>> Ataupun dalam kata erti yang lain Kata Nama Am untuk perbuatan.
>> Jadi, anda kaitkan dengan Islam dan islam
>> Islam Kata Nama Khas dan islam Kata Nama Am (untuk perbuatan)

Maksudnya jika kita pilih Islam Kata nama khas, ia hanyalah Islam pada nama semata-mata. Manakala jika kita pilih islam kata nama am untuk perbuatan, ia adalah islam pada perbuatan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan jangan lah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagimu".( Al-Baqarah, ayat 208)
Antara Islam dan islam, inilah dikatakan 'Pelanduk dua serupa' ataupun 'Like two peas in a pod', sama tapi tak serupa. Jawapan apa yang anda pilih? Islam atau islam? Jadilah 'pengundi' yang bijak! :)

Saturday 11 July 2009

Seorang Natrah

1. Natrah, ceritanya menggamit perasaan. Kecil2 dulu, saya selalu gak terbaca tentangnya di leaflet, majalah, surat khabar, tapi tidaklah selanjut sekarang setelah kematiannya. Ya, setelah pemergiannya.

2. MasyaAllah, terasa rugi tak berpeluang menemuinya di Bumi Netherlands/Belanda ketika kami sefamili kembara ilmu disana tahun lepas. Langsung tidak terfikir dek akal. Hanya sempat sampai di Amsterdam dan Utrecht.

3. Persoalan utamanya; Orang
dulu, berpuluh ribu sanggup berdemonstrasi, bermati-matian untuk mempertahankan aqidah hanya seorang gadis Muslimah dari murtad. Orang sekarang?


"Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi" (Hadis Riwayat Bukhari)


Friday 26 June 2009

Laskar Pelangi

Maahad Al Islah

1. Menonton Laskar Pelangi mengungkit kami pada perjuangan arwah embah (atuk) mendidik anak-anak muridnya di Maahad Al Islah. Meskipun embah tak masuk Universiti, cukuplah anak-anak muridnya ramai berjaya.

Bak kata quote Laskar Pelangi,
"belajar memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya"
2. Ketika isu kerajaan mahu mengambilalih Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan digantikan dengan silibus baru, embah bertegas mempertahankan Maahad Al Islah. Pada embah, mendidik bukan hanya mendidik akal, tetapi mendidik hati. Laskar Pelangi ada nukilkan,
"kecerdasan bukan dinilai dengan angka, tetapi dengan hati"








dulu kini

3.
Ini kerana SAR yang tiada bantuan perkapita, guru-gurunya hanya mendapat saguhati yang kecil, sumber2 yang terhad tetapi penekanan agamanya lebih berbanding di sekolah biasa.

4. Lebih2 lagi kami yang bersekolah di Barat, didikan hati itu perlu dicari di mosque, majlis2 ilmu dan paling penting di rumah.
Belajar untuk menghayati Islam.

5. Rasullullah saw once described "the intelligent person is the one who takes responsibility and his actions for the success in the Akhirah"


6. Seusai menonton Laskar Pelangi, semangat Ayah kata nak buat kisah perjuangan embah
for the next film script! he he
laskar pelangi
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

Friday 12 June 2009

Sang Blooger berjuanglah II


When I say...I am a blogger
,
Doesn't mean I can write anything
I have no such authority, which is why Allah bestowed us guidance through Al-Qur'an & Rasulullah pbuh.

When I say...I am a blogger,
I'm not boasting of success
But I would love to trigger people's mind and to fill the intellectual space.

When I say...I am a blogger,
I'm not declaring to be perfect
In my humble opinion, I still need everyone's advices.

WHICH is why I AM here.

Sunday 7 June 2009

ISA: Kita di Luar Palang Ini

Dear viewers/readers, may I ask you please do watch this video even though you are not interested in my writing.



1) Tersentuh sungguh. Bukan kemerduan yang dicari, tetapi maknanya. Masih bertahankah kita andai ditempat mereka? Ditahan tanpa bicara, tanpa bukti, tanpa saksi. Bukan untuk sehari dua, sebulan dua, tapi bertahun-tahun. Baca sini.

Sanggupkah kita?

2) Saya masih ingat ayah saya ditahan ketika saya masih kecil, tiga kali. Sedangkan untuk masa yang agak singkat begitu, terasa satu kehilangan dalam diri, bagaimana pula mereka yang bertahun-tahun menunggu ayah yang tidak pulang2. Setelah 2 tahun, 2 tahun lagi dan sampai bila?

3) Ketika 'IC' saya diminta oleh pihak FRU, "ini anak saya, dia belum ada IC", balas ayah, kebetulan saya dengan ayah waktu itu. Menyaksikan ayah sendiri dibawa pergi dengan trak polis dua kali dihadapan mata, sungguh terkesan di hati. Bayangkan mereka yang ayahnya ditahan ISA, dibawa jauh dari mereka, tanpa masa depan yang pasti.

MAHKAMAH, 2000

4) Saya bukan bercakap tentang jenayah, tapi kemanusiaan. Menahan tanpa bicara itu satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Setiap orang mesti diberikan hak untuk diadili tidak kira siapa mereka, batas dan hak mesti dijaga.

5) Kami alhamdulillah naik turun mahkamah, bebas. Mereka? Hanya "mahkamah tanpa bicara".

6) Ada satu benda yang ramai boleh buat; mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan ISA dengan cara menyedarkan rakyat Malaysia tentang isu ini. Jangan dilupa mereka.

Saturday 6 June 2009

Lost

Al-Fatihah for Al-Hafiz, my ex-classmate (Form 1) who has just passed away because of an accident. It reminds me that our age doesn't determine when we die. May Allah send him to the highest heaven and transcend his family with patient and taqwa.

To my ex-classmates and colleagues in Malaysia, good luck for SPM. We share the same spirit despite our situations, insyaAllah.

Tuesday 19 May 2009

Sang Blogger berjuanglah I

Lukisan wajah arwah embah tersenyum dalam Majalah Keluarga edisi Hari Bapa Mei '09 . Doakan adik disini ye, embah.

Tak dinafikan, semakin ramai orang berblogging - mencipta berita sendiri dari membaca berita orang lain mungkin.Tak dinafikan juga blog/forum adalah satu media baru yang berkesan bagi Malaysia. Soalnya, berblogging untuk apa?

Betulkan Niat

Seperti solat yang tidak sah jika salah niat, begitu juga dalam berblogging. Suka saya katakan, menulis terlalu banyak tentang hal peribadi yang kosong isinya, membuang masa orang yang membaca dan juga yang menulis. Lagipun, kadang-kadang hal peribadi itu lebih special jika disimpan kemas tanpa dihebohkan.

Andai diri sendiri yang terasa, salah niat mungkin. Kita berblogging pasti ada niat, pesan ibu "betulkan niat". Mari sama-sama.

Perjuangan Sang Blogger

Sekarang sudah musim bunga hampir musim panas dan bila musim luruh menegur nanti, cukup setahun umur blog ini. Dan masih, saya bukan seorang blogger yang bagus. Tidak tahu berjihad dalam menulis tidak mengapa, kita merangkak, bertatih, berjalan dan insyaAllah berlari pecut satu hari nanti. Bukankah itu satu perjuangan juga?

Begitu juga dengan pemilik Friendster, Facebook, MySpace, Tagged, Hi5 dan apa2 yang sewaktu dengannya - enjoy2lah sambil mengutip pahala. Jadikanlah ia satu hiburan dalam mengejar redha ilahi, syurga hakiki.

Angkat Pena!

Arwah embah selalu pesan; cari kawan yang baik2 kerana mereka boleh mempengaruhi hidup kita. Sebagai seorang blogger, pengaruhilah pembaca berjuang di jalan Allah.

Berdakwah bukan hanya tugas para murabbi, para daie semata-mata
Berjuang bukan hanya tugas politikus,
Berjihad bukan hanya tugas para mujahid,

Sesungguhnya itulah tugas setiap Muslim. Tanpa diskriminasi umur, pangkat, jantina dan harta.


Memetik kata Habiburrahman El-Shiraz;
"Jihad seorang penulis dengan penanya di jalan Allah tidak kalah nilainya Dengan jihad seorang tentera dengan pedangnya di jalan Allah!"

Mari Sang Blogger, kita angkat pena, lebarkan jaringan,

Kita berjuang!



23 Jamadilawwal 1430
Selepas English Literature exam
Alexandra Terrace, UKhwatul Ummah (UK)

Sunday 17 May 2009

HIJAB: Ritual or Spiritual?

Does it increase the spiritual arrogance or our humbleness as a Muslimah?
A short message for us to think, evaluate and improve ourselves.

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...