Monday 18 October 2010

SAR: sr Al-Munir

Post yang sudah tertunggak berbulan-bulan lamanya. Teringat kembali bila baca isi Bajet Malaysia 2011: Bantuan perkapita 95 juta untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR). Alhamdulillah all praises to Allah!

Sungguh, bukan senang mahu urus sekolah bila tiba2 bantuan ditarik pada 2002. Sekolah tutup, guru tiada, gaji tertunggak, murid berkurangan dan macam2 ceritalah. Arwah atuk ada uruskan SAR, jadi saya sendiri saksikan susah payah survival sekolah itu, Maahad al Islah. Jika tidak survive, kenalah surrender pada kerajaan - tukar sistem, tukar kuasa etc etc. But all praises to Allah again, it survived the hardship till now! My primary school at that time was Al-Munir, SAR, and also one of the survivors. Thus this post is dedicated to Al-Munir....I think I wrote about Maahad before.. (this doesn't indicate which one I love the most ok...ahha xD)

Dulu uniform hijau untuk pengawas, putih untuk pelajar lain. Baju melayu dan jubah untuk hari Jumaat. Sekarang hijau untuk pelajar lain, merah jambu untuk pengawas dan ada kat matrik lagi tuh. Makin berwarena-wareni!


I Heart Islam


Wah..tudung adik2 ini labuh2 belaka..
(I can't remember how my headscarf was like..:)


Kepeningan memasukkan input2 penting ke dalam kepala

Mujahid & Mujahidah, God-willing

1. Tahun 1999, sekolah ini 30 minit dari rumah saya dan jauh. Pernah terfikir, apa pasal ibuayah hantar jauh2, SK Sg Manik, Sg Lampam, Kg Bahagia semuanya 5,10,15,20 minit. Ditambah lagi dengan van/bas sekolah yang datang pukul 6.45 pagi...................awalnyeee la T_T. But alhamdulillah, it was worth it.

2. It really made my primary life colourfully awesome! Sekali masuk, terasa tak nak keluar. Al-munir ni satu-satunya sekolah rendah sesi pagi yang belajar subjek2 agama dan akademik di bandar Teluk Intan. Jadi, budak2 al-munir tak pergi sekolah agama petang....bukankah seronok pergi sekolah sehari sekali? ^__________^

3. Tahun 2002, perpindahan rumah menyebabkan sekolah ini 7 minit dari rumah saya. Kalau tak silap, sistem makan dalam talam mula tahun ini. Tiap2 waktu rehat, semua makan dalam talam dalam kumpulan. Siap praktik jilat jari dan duduk macam Rasulullah saw lagi. Dan tiada alasan tak nak makan bersama walau 'tak kawan'. Mahu menanam toleransi insani. Masyallah, rindunya kumpulan talam saya~

4. Sistem solat Zohor berjamaah selepas sekolah juga bermula tahun ini. Sekolah habis pukul 1, pukul 2 lepas solat Zohor di surau sebelah sekolah, baru balik rumah. Adik-adik darjah 1,2 solat di bawah, kakak-kakak senior solat tingkat atas. Lepas solat, ustaz bagi tazkirah seperti sesi story telling..takdela ngantuk kan. Disebabkan sistem ini baru, sesetengah pelajar dengan semangat membara beli buku log kulit keras mahu catit dan catat isi2 tazkirah..tak ingatlah, istiqamah ke tidak.

5. Mudah-mudahan Bajet 2010 ini bukan sekadar di kertas, tapi tindakan juga. Walaupun bajetnya tak boleh lawan PERMATA, impaknya inshallah besar. Tak salahkan mengharap? (:

Gambar2 hari pertama sekolah Januari 2010 dikopi dari: sralmunir.blogspot.com

Class: 1 Al-Kindi (1999)
Class teacher: Cikgu Salawati
How time flies..one time we were running around like happy kids and another time, we walk like grown ups. Barakallahu feekum, guys!

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...