
"Really? I go out to town almost everyday." balas Emma yang baru sahaja balik dari holiday di New Zealand, dengan selambanya.
Paranoidkah saya?
Tak sempat isu recession mengundur diri, isu h1n1 memunculkan diri. Cerita UK harini, isu h1n1 bukanlah yang paling hangit hangat seperti Malaysia. Tak pernah sekalipun saya nampak orang pakai mask sepanjang school holiday saya, walaupun kes h1n1 pernah mencapai 100,000 kes seminggu di England sahaja! Belum masuk Wales, Scotland dan Northern Ireland.
Menurut teori Crixerity (Malaysia), orang2 yang bermask tu bukanlah takut mati sebab h1n1. Tapi, takut alam lepas mati, takutkan Allah, takut diseksa sedang diri tau belum cukup amal untuk menghadapi mati. Sekali lagi, hanya teori sahaja.
Wallahu'alam.
Ceramah dari Dr. Haron Din berkenaan swine flu. Jom tengok.
Ada news kata jika kes meningkat mendadak selepas semester baru buka, sekolah mungkin tutup dalam bulan November. UK Government pula bersiap sedia untuk the biggest public vaccination dalam 50 tahun dalam bulan Oktober. We'll see. Sambil2 tu, usaha dan tawakkal jangan ditinggal!
- Gunakan tisu untuk tutup hidung dan mulut ketika batuk atau bersin, dan lepastu basuh tangan.
- Jangan guna sapu tangan atau tisu yang telah digunakan, ia berisiko contaminating other stuff.
- Basuh tangan selalu terutamanya selepas batuk, bersin dan guna tisu. Bagus dengan sabun dan air atau hand rubs.- Kurangkan menyentuh hidung, mulut, mata kecuali jika anda baru bersihkan tangan.
- Detergen biasa dan air perlu digunakan untuk bersihkan permukaan apa2 yang selalu tangan sentuh.- Bersihkan tangan sejurus memulakan kerja dan sampai rumah.
Hampir semua langkah2 diatas berkait rapat dengan kebersihan. Kebersihan itu kan separuh daripada iman. Moga sinar iman kita makin terik cahayanya di bulan2 mulia ini, inshaAllah!
Selamat berjuang di bulan Ramadhan, para pejuang semua. Barakallahu feekum :)