Wednesday, 9 September 2009

Program Amal Islamic Relief di bulan Ramadhan...

1. Seperti yang saya tunggu-tunggu, pada Sabtu lepas, saya berpeluang menyertai street collection di tengah2 bandar Swansea di bawah Islamic Relief. Banyak juga yang berjaya dikumpul, Alhamdulillah.

2. Menurut Salah, ketua kami yang berpengalaman, hanya 2 daripada 10 orang akan menyumbang. Ini bermakna lagi banyak kita tanya, lagi banyak kita ditolak dan lagi banyak juga sumbangan diterima. Jadi, jangan putus semangat. Yakinlah yang lebih baik menanti, insha Allah.

3. Ini adalah pengalaman kedua saya mengutip derma, yang pertama adalah Fund for Palestine di sekolah bersama Kakak. Dibandingkan dengan kali ini, itu lagi agak mencabar dengan kerenah dan pandangan serong terhadap Palestin. Tapi rasa thrill tu masih ada. Syok, terasa bermasyarakat! heheh.

4. Tips nya senang saja, senyum tak lekang, tegur elok2 dan manis, terima hakikat jika ditolak, ucapan terima kasih pada yang menderma dan juga pada yang tidak, fahamkan mereka apa objektif kita, dan tak lupa juga beramah-tamah dengan mereka. Menjadi tau. Dan paling penting, perlu tahu untuk apa semua ini : untuk keredhaan Allah. Ditolak manusia tak apa, asalkan Allah suka! >.<
5. Terasa bertuah dapat sertai program ini bersama kumpulan dari Cardiff. Mula2 memang segan, lama2 OK lah. Sampaikan ayat2 nya dah macam skrip dikepala! - "Would you like to spare some change for the poor countries like South African countries, Nigeria, Somalia, China, Pakistan, Bangladesh, India or any third world countries you know. We will distribute them particularly with food packages and water. etc etc etc...". Tak dilayan, di-swear, di-reject semuanya nombor dua. Asalkan mencuba, ye dak..

6. Dari dulu sampai sekarang saya teringin nak buat volunteer work. Sesuatu seperti ini yang meningkatkan motivasi dalam diri saya. Saya pernah berangan nak jadi aktivis parti Islam di Malaysia, jadi cikgu sambilan di sekolah atuk saya bangunkan, Maahad Al Islah dan masih berangan menjadi tukang kutip sampah sukarela di tepi jalan di Malaysia satu hari nanti! hee~

7. Buat kerja amal di luar, jangan lupa tugasan dan tanggungjawab di rumah! (=

.....................................................................................................

Donate online for our new Swansea Mosque at http://www.justgiving.com/mosque/!


Charity Week 2009




CHARITY WEEK 2009 IS BACK!

Put the below dates into your diaries:
19th - 24th October: Schools Charity Week
26th - 31st October: Universities Charity Week

All money raised during this year's charity week will go towards helping orphans and needy children across the globe.

charityweekwales@gmail.com
Visit http://www.uluisoc.com/charityweek/ now!

Brighten your day with charity ^_^

Tuesday, 8 September 2009

Sunat vs Wajib

Dah Separuh Dah!

1. Pejam celik-pejam celik, dah lebih separuh Ramadhan tinggal berbaki. Begitu pantas masa berlalu.

2. Bermula Ramadhan dengan pilihanraya di Permatang Pasir dan mungkin diakhiri dengan pilihanraya kecil di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Memang beraya sungguh tahun ini.

3. Sibuk mengundi wakil rakyat, jangan lupa wakil rakyat perlu berperanan. Sibuk berkempen, lupa kerja lain. Lupa nak kuatkan parti. Lupa nak jaga kepentingan rakyat.

4. Macam orang sibuk nak sambut hari raya, ke pekan berbelanja sungguh. Buat kuih semperit, baulu atau muruku. Tukar perabot dan langsir rumah. Lupa nak terawih dan tadarus.

5. Macam orang sibuk berterawih nak kejo lailatu qadar tapi leboh solat subuh atau subuhnya, subuh gajah.

6. Macam orang sibuk bersedekah tapi sukar untuk memberi senyuman pada orang.

7. Macam orang bersungguh nak solat hari raya tapi jarang solat waktu.

8. Macam orang ziarah pusara tapi lupa dia juga akan menjadi bakal penghuni pusara.

Artikel dicilok dari blog Ayah http://muhaiminsulam.blogspot.com. (=

Related Posts with Thumbnails