Wednesday 16 December 2009

Cerita 'Cinta Untuk Nabila': Satu Hijrah

Melissa
Cinta Untuk Nabila

Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari
Kemana menghilangnya puteri

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Hingga kini setelah berpisah
Salju yang beku terlerai sudah

Oh Nabila...
Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila takkan lupa
Mengingatimu

Oh Nabila...
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Agar kau dapat mengerti
Kepada mu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Nabila
Aku ciptakan bila mata
Kuterpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyatakan cinta untuk Nabila


Nama Pilihan

Dulu waktu saya lahir, banyak sangat pilihan nama untuk saya. Antara yang masuk 'top finalists' ialah Nurul Izzah, Nur Izzati, Qurrata 'Ayun dan Nur Nabilah. Akhirnya Nur Nabilah menjadi 'pemenang' setelah pro and con hujahnya diambil kira. Nama saya hampir2 disingkirkan kerana pada tahun saya lahir, 1992, lagu Cinta Untuk Nabila (1991) amat popular dan ia dikategorikan dalam lagu evergreen. Nanti orang cakap "wah..nama dapat dari lagu Oh Nabila yee...".
Lagu yang amat maklum, jiwang. hee~

Ayat yang saya memang pernah dengar. Senyum sajalah.

Satu Hijrah

Orang kata langkah pertama adalah yang paling susah. Tapi selepas dua, tiga langkah akan jadilah mudah ia. Mungkin berlari. Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk kebaikan Islam. Satu penghijrahan golongan Muhajirin meninggalkan tanah air, sanak saudara yang akhirnya menjadi titik tolak kepada kegemilangan penyebaran dan kemenangan Islam.

Penyanyi lagu Cinta Untuk Nabila ni, Radzi Abdul Hamid pun berhijrah.
Dari jeritan seorang rocker ke jeritan seorang penceramah agama.
Dari kelab malam ke majlis agama.
Dari kegilaan glamor ke kegilaan kemanisan Iman.
sini

Lagu memang boleh evergreen di dunia, tapi amal ilmu, sadaqah, evergreen-nya sampai di liang lahat. Ada ilmu sikit, kongsi. Ada duit sikit, sedekah. Ada nasihat, bagi, walaupun kadang2 pahit untuk diberi dan diterima.

Kutiplah emas2 kecil dalam perjalananmu untuk mencapai emas utama lantas menjadi pemenang di Jannah. Fastabiqul khairat!


(Feel like I'm being mean lately..tobat tak mboh buat doh. huhu)

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...