


Perjalanan Swansea-London dan Teluk Intan-Kuala Lumpur kedua2nya lebih kurang sama - tiga jam setengah. Wahhh...banyaknye persamaan!
Di swansea, ada satu menara yang baru je siap namanya Meridien Tower setinggi 105m. Nak tau tak? Menara ni menara tertinggi kat Wales. Tak tinggi pun sebenarnya cuma disebabkan kat negara ni bangunan pendek2 belaka, dia pun jadi paling tinggi. Samalah seperti pasarayanya, Wales' largest indoor market, kalah Cardiff woo (=P) walaupun serius tak besar. Rasanya besar lagi market bumbung biru yang jual ikan ayam kat T.I.
Sebagai salah seorang dari T.I, saya rasa kurang sikit rasa nak pergi tengok Menara condong Pisa di Itali sebab tiap kali pergi pusat bandar T.I, mesti jumpa menara yang condong namanya Menara condong Teluk Intan. Andai mahu tahu berapa tahap kecondongannya, masuklah dalam insha Allah tuan puan akan rasa kesengentannya. :)
Meskipun swansea bukan sebuah bandar yang besar dan elit, macam2 benda dan aktiviti boleh jumpa seperti leisure centre yang ada tempat main air ala-ala Sunway Lagoon, festival musim panas, horse riding, padang golf, dance ball, berderet kedai berjenama, wind surfing, rock climbing, konsert artis2 (yang saya tak kenal) teater, pelabuhan yang ada kapal kecil, besar dan...subhanallah, memang banyak!
Antara asbab kenapa orang sini banyak aktiviti2nya ialah kerana ramai berfikir 'the purpose of life is to have fun'. Untuk isi hati dan masa. Ya, benda2 ni memang bagus dari satu segi tapi bersederhanalah, bukankah bersederhana dalam sesuatu itu lebih baik?
Ramai yang menyatakan 'kecumburuan' mereka terhadap peluang saya dapat melalui alam remaja di kota inggeris ini, tak kira tua muda, sampaikan saya kadang2 terdiam. Mati akal mahu mengurangkan tahap ke'wahh..'annya. Allahumma ainni alaa zikrika wa syukrika wa husni ibadatik!
Jalan yang tak best pada fikiran kalian mungkin yang terbaik diberikanNya. Tak kira dimana kalian berada.
Siapa tahu?
Al-'Aleem, Yang Maha Mengetahui :)