Friday, 18 June 2010

Dari Teluk Intan ke Swansea

Swansea. Sekali dengar, pernah orang cakap "kat Jepun ke?". Atau yang selalunya, "kat mana tu?". Maaflah, kene tunjuk peta! ^___^ Swansea terletak ditepi laut (tengok namalah), jadi satu hari tak nampak pantai memang tak sah. Di Wales, swansea bandar kedua terbesar selepas Cardiff walaupun bandarnya tak besar pun tapi cukup dengan kemudahan2 yang mantap.Tempat asal saya, Teluk Intan, terletak di tepi Sungai Perak dan sama seperti swansea, ia juga terletak di bahagian barat. Satu kebetulan takdir Tuhan, swansea dan teluk intan kedua-duanya bukan berdekatan main road, Midlands dan tempat2 yang jarang orang pergi sebab macam hujung dunia. lol
Perjalanan Swansea-London dan Teluk Intan-Kuala Lumpur kedua2nya lebih kurang sama - tiga jam setengah. Wahhh...banyaknye persamaan!


Di swansea, ada satu menara yang baru je siap namanya Meridien Tower setinggi 105m. Nak tau tak? Menara ni menara tertinggi kat Wales. Tak tinggi pun sebenarnya cuma disebabkan kat negara ni bangunan pendek2 belaka, dia pun jadi paling tinggi. Samalah seperti pasarayanya, Wales' largest indoor market, kalah Cardiff woo (=P) walaupun serius tak besar. Rasanya besar lagi market bumbung biru yang jual ikan ayam kat T.I.

Sebagai salah seorang dari T.I, saya rasa kurang sikit rasa nak pergi tengok Menara condong Pisa di Itali sebab tiap kali pergi pusat bandar T.I, mesti jumpa menara yang condong namanya Menara condong Teluk Intan. Andai mahu tahu berapa tahap kecondongannya, masuklah dalam insha Allah tuan puan akan rasa kesengentannya. :)

Meskipun swansea bukan sebuah bandar yang besar dan elit, macam2 benda dan aktiviti boleh jumpa seperti leisure centre yang ada tempat main air ala-ala Sunway Lagoon, festival musim panas, horse riding, padang golf, dance ball, berderet kedai berjenama, wind surfing, rock climbing, konsert artis2 (yang saya tak kenal) teater, pelabuhan yang ada kapal kecil, besar dan...subhanallah, memang banyak!

Antara asbab kenapa orang sini banyak aktiviti2nya ialah kerana ramai berfikir 'the purpose of life is to have fun'. Untuk isi hati dan masa. Ya, benda2 ni memang bagus dari satu segi tapi bersederhanalah, bukankah bersederhana dalam sesuatu itu lebih baik?

Ramai yang menyatakan 'kecumburuan' mereka terhadap peluang saya dapat melalui alam remaja di kota inggeris ini, tak kira tua muda, sampaikan saya kadang2 terdiam. Mati akal mahu mengurangkan tahap ke'wahh..'annya. Allahumma ainni alaa zikrika wa syukrika wa husni ibadatik!

Jalan yang tak best pada fikiran kalian mungkin yang terbaik diberikanNya. Tak kira dimana kalian berada.

Siapa tahu?

Al-'Aleem, Yang Maha Mengetahui :)

3 comments:

Living ridwan:pucongggisme said...

Post about the whole United Kingdom please :))

Abdul Munir Sanusi said...

Lawak betul bila sebut tentang Market Bumbung Biru.

p/s- Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Qurrata 'Ayun said...

>ridwan,
thats what I was planning to do actually. so yeah no biggie.

>munir,
hehe..tak tahulah nama market tu apa. Warnanya terlalu stand out.

Related Posts with Thumbnails