Lukisan wajah arwah embah tersenyum dalam Majalah Keluarga edisi Hari Bapa Mei '09 . Doakan adik disini ye, embah.
Tak dinafikan, semakin ramai orang berblogging - mencipta berita sendiri dari membaca berita orang lain mungkin.Tak dinafikan juga blog/forum adalah satu media baru yang berkesan bagi Malaysia. Soalnya, berblogging untuk apa?
Betulkan Niat
Seperti solat yang tidak sah jika salah niat, begitu juga dalam berblogging. Suka saya katakan, menulis terlalu banyak tentang hal peribadi yang kosong isinya, membuang masa orang yang membaca dan juga yang menulis. Lagipun, kadang-kadang hal peribadi itu lebih special jika disimpan kemas tanpa dihebohkan.
Andai diri sendiri yang terasa, salah niat mungkin. Kita berblogging pasti ada niat, pesan ibu "betulkan niat". Mari sama-sama.
Perjuangan Sang Blogger
Sekarang sudah musim bunga hampir musim panas dan bila musim luruh menegur nanti, cukup setahun umur blog ini. Dan masih, saya bukan seorang blogger yang bagus. Tidak tahu berjihad dalam menulis tidak mengapa, kita merangkak, bertatih, berjalan dan insyaAllah berlari pecut satu hari nanti. Bukankah itu satu perjuangan juga?
Begitu juga dengan pemilik Friendster, Facebook, MySpace, Tagged, Hi5 dan apa2 yang sewaktu dengannya - enjoy2lah sambil mengutip pahala. Jadikanlah ia satu hiburan dalam mengejar redha ilahi, syurga hakiki.
Angkat Pena!
Arwah embah selalu pesan; cari kawan yang baik2 kerana mereka boleh mempengaruhi hidup kita. Sebagai seorang blogger, pengaruhilah pembaca berjuang di jalan Allah.
Berdakwah bukan hanya tugas para murabbi, para daie semata-mata
Berjuang bukan hanya tugas politikus,
Berjihad bukan hanya tugas para mujahid,
Sesungguhnya itulah tugas setiap Muslim. Tanpa diskriminasi umur, pangkat, jantina dan harta.
Memetik kata Habiburrahman El-Shiraz;
"Jihad seorang penulis dengan penanya di jalan Allah tidak kalah nilainya Dengan jihad seorang tentera dengan pedangnya di jalan Allah!"
"Jihad seorang penulis dengan penanya di jalan Allah tidak kalah nilainya Dengan jihad seorang tentera dengan pedangnya di jalan Allah!"
Mari Sang Blogger, kita angkat pena, lebarkan jaringan,
Kita berjuang!
23 Jamadilawwal 1430
Selepas English Literature exam
Alexandra Terrace, UKhwatul Ummah (UK)
10 comments:
salam,
hai adik, sebuah coretan yang cukup baik dan bernas....ingatan buat semua trmasuk diri auntie...teruskan perjuanganmu dik..
Mama Athira
Station Terrace, Lampeter.
mcm kenal je pic profile tu :)
semuga terus tabah n cekal berjuang demi kesejahteraan semua
waalaikumussalam auntie
terima kasih. ingatan utk diri ini jua, insyaAllah.
>Abg Azam
cilok dari FS a.azam la. hehe. lupa nk mintak izin. sat gi byla minta ye! ^_^
>Pleasure
anda jua :)
hoho...
menarik sungguh entri kali ni...
salam.. terkesan dengan penulisan yag menyentuh tentang tujuan berblog.. ye x dpt dinafikn blog adelah medan menyampaikn mklumat dan juga salah satu cra bdkwah di zmn moden ni, namun ade gak blog2 yg rasnya kurg efektif di sebbkn trlalu bnyk menceritakn perihal kehidupn peribadi yg sbnrnya baik dismpan tnpa dihebohkan...
> assabakie
tgh exam ni jugak gatal tangan nak tulis. hehe
Salam,
Ya, saya ada menulis di entri baru tentang niat. Jemputlah baca dan berkomentar :)
Salam, Nabilah.
Auntie suka sangat baca tulisan Nabilah dan Najihah..padat dan berisi. Teruskan!
Bangga remaja seperti Nabilah dan Najihah sudah mampu berfikir sematang ini..
Salam buat Kak Wan ( Ibu ), ayah dan kakak Najihah ye :)
Auntie Ina
waalaikumussalam semua.
>Farid Rashidi,
insyaAllah.
>Auntie Ina
TQ aunty! doakan kami istiqamah menulis begini :)
salam buat your sweethearts n uncle juga.
Post a Comment