Wednesday 22 July 2009

Humbleness or Highness

Saya bukanlah orang yang jenis baca berita Malaysia tiap2 hari macam Ayah. Tapi gambar di web Mstar & Utusan menyentak saya. Teringat pada HUMILITY atau sifat kerendahan hati yang Sister Mukminah sampaikan di Sister Halaqah yang lepas.

Sister Mukminah bagi contoh,
"Don't you see leaders from Islamic country when they do the tawaf, they're surrounded by the security?"

Sebijik sebijan.

Berihram mengingatkan bahawa semua orang adalah sama. Menghadap yang Satu dan tawaf ke arah yang sama. Semuanya untuk kita rasa humble sebagai seorang yang sama dengan yang lain. Yang membezakan ialah
Taqwa.

Sebaliknya berlaku andai dikelilingi security yang membezakan dengan yang lain. Rasa tidak selamat di baituLLAH. Ada
sense of highness. Elit.

Seperti kisah baginda Rasulullah saw yang turut mengangkat batu-bata untuk binaan Masjid Nabawi walaupun dihalang para sahabat. Padahal baginda seorang nabi kekasih Allah! Begitu jua dengan kisah Khalifah Umar yang sanggup turun dari kuda apabila giliran khadamnya walaupun khadamnya menolak. Siapa beliau? Amirul Mukminin!


Itulah yang dikatakan
"some people love to be served rather than to serve."

3 comments:

HaYaYa said...

comel pon klu pakai tudung... gtu kn sopan...

Qurrata 'Ayun said...

betul2. lagi nampak muslimah gitu :D

Encik Ariff said...

anda betul.
:)

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...