Kalimah Allah: ilmu kita

Al Kisah 1
Di suatu hari salju, kelihatan dua orang gadis berjalan menuju reception ketika rehat diantara lesson pertama dan kedua French di swansea college...

"Nabilah, where are you going?"
"Hmm..prayer room"

"Where?
"
"Prayer room"

"Huh? What do you want to do there?
"
"To pray.."
(berserta senyuman nakalPhotobucket)

Chel (nama diubahsuai) terdiam dengan seribu garis kebinguan di dahi.

"hehe..don't you know Muslims pray 5 times a day?"

"Err..not really"
"Well now you do. Do you wanna come in to see me praying?", ajak cik Nabilah sambil menahan pintu prayer room.
"Are you sure?", kata cik Chel dengan ragu-ragu.
"Yupp..of course. OK lemme tell you. Muslims pray 5 times - before sunrise, noon, afternoon, sunset and night. I usually pray this prayer at home but cos French finishes at 4.30..I got to do it here."
"So it sort of depends on the sun. But here the times for the day and night keep changing?",
tanya cik Chel penuh minat.
"Then the prayer times are also constantly changing!"

Perbualan cik Nabilah dan cik Chel berkisar tentang solat dan agama disambung dengan agak panjang lebar selepas cik Nabilah habis solat.

Al Kisah 2
Cik Nur berkawan baik dengan cik Cary (nama dimodifikasi) di bishop gore school. Kemana-mana seperti belangkas. Setiap kali hari Isnin, cik Cary mesti cerita apa yang dia buat di Sunday school atau di gereja manakala cik Nur berkongsi cerita tentang qur'an class, majlis2 di masjid. Bak kata mereka, 'sharing is caring' Photobucket.

Nak tahu apa antara intisari(?) lunchtime [12.30-1.30] cik Cary?

Meneman cik Nur di prayer room! Dan jika ada masalah untuk masuk prayer room (e.g. kunci hilang), kelas2 yang tak berkunci akan dicuri-curi masuk legally dan cik Cary akan tolong jagakan pintu ala-ala 'mak guard' sementara kawannya solat.
................................................................................................................
Lawrence of Arabia & Isu gereja dibakar

Menguasai masyarakat memerlukan pemimpin yang mahir selok belok sosiologi satu2 masyarakat itu.

Lawrence of Arabia
faham sosio-politik negara Arab, pakai baju orang Arab, makan makanan Arab, berlidah Arab, hidup bersama orang Arab. Dan ini adalah salah satu faktor dia mampu menguasai orang2 Arab lantas menjajah negara & pemikiran mereka hingga hari ini. Bahkan, pemimpin2 Arab Saudi, UAE, Iraq bersepakat dengan Lawrence of Arabia memerangi khalifah Uthmaniyyah di Turki - saudara Islam mereka sendiri!

Mereka terpedaya dengan konsep nationalisme 'Arab land is for Arab' yang dicucuk oleh British. Padahal sistem khalifah bukan bermakna mereka dijajah, tapi adalah sistem perpaduan Islam, sistem 'muslim brotherhood'.

Ya, perpaduan Islam dan persaudaraan itu adalah akar kejayaan Islam. Tapi tak bermakna kita mengenepikan hak2 orang luar Islam. Teringat satu quote dari penceramah Fuiyo, "untuk dapat hubungan yang baik dengan Allah, kita perlu ada hubungan baik dengan manusia". Apa bakar gereja itu boleh dapat hubungan baik dengan Allah andai namaNya yang kamu pertahankan?

Oh tidak. Sebaliknya, Muslim akan dilabel tidak bertoleransi. Walaubagaimanapun, perlu diingat identiti dan agama tukang bakar itu masih lagi unknown. Boleh jadi, ada niat disebalik niat.

Berbalik kepada pendekatan Lawrence of Arabia, kita perlu memahami sesuatu budaya/agama untuk tahu bagaimana mahu approach mereka sekaligus menarik minat mereka kepada Islam seperti Kisah 1. Berkawan tapi berbatas. Rasa hormat atau sayang itu akan timbul dalam diri mereka yang boleh membawa kepada Kisah 2. InshaAllah.

Tapi hormat agama dan budaya mereka juga!

Penggunaan Nama 'Allah'

Penggunaan kalimah 'Allah' dibolehkan dari segi hukum. Tapi kemungkinan kadang-kadang, bukan semua yang dibolehkan......perlu atau boleh buat. Ada juga yang tak boleh, tak perlu dan tak sesuai bila keadaan sekeliling diambil kira dan juga disalahguna. Confusion mudah tercetus lantas mencipta misunderstanding.

Banyak ceramah2 agama di UK yang saya pernah hadiri menceritakan tentang uniknya maksud nama 'Allah' (dirujuk sebagai Tuhan Islam) dalam bahasa Arab dibandingkan dengan 'The God'...yang saya pun tak pasti bagaimana. Mungkin sebab tu Kristian di Malaysia mahu gunakannya kot ye? Allahu'alam.

Moga diterangkan hati, mata, dan minda para pemimpin Malaysia samada dari kuning kesultanan, pihak 'pembela rakyat(eh?)' kerajaan dan juga pembangkang dalam mencari penyelesaian yang baik untuk keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

saya,
cik Nur NabilahPhotobucket

Comments

niesa.imana said…
salam wbt.

really like ur article..
& I love Sociology.. =)

kak daYang
Qurrata 'Ayun said…
w'salam.

thanks kak dayang. and you're sure good at sociology! =)