Saturday 20 February 2010

Sayangi keluarga Rasul Allah

At Tuur:40

٤٠} أَمۡ تَسۡـَٔلُهُمۡ أَجۡرً۬ا فَهُم مِّن مَّغۡرَمٍ۬ مُّثۡقَلُونَ}

"Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?" {At-Tuur: 40}

1) Soalan ini adalah antara soalan2 (ayat 35-41 surah At-Tuur) untuk setiap manusia sedar bahawa identiti sebenar kita adalah hak Tuhan. Sesiapa yang mengenal diri mereka sendiri, pasti akan mengenal siapa Allah. Ayat ini mempersoalkan pernahkah Nabi Muhammad saw meminta bayaran (reward) untuk apa yang baginda telah ajarkan?

2) Ketika ayat ini diturunkan, golongan kufur melihat Qur'an itu tiada harga (worthless) dan duit & harta mereka jauh nilainya dari Qur'an dan adalah segala-galanya buat mereka.

3) Sebab itu, lihatlah Quran sebagai kitab yang paling mahal kita pernah jumpa. Dalam erti kata yang lain, baca, lihat dan ambillah ilmu-ilmu didalamnya sebagai satu yang amat penting bukan hanya bacaan picisan. Bukan sekadar selitan. Sesungguhnya Qur'an itu mukjizat!

3) Jadi, apa yang kita bayar balik pada Rasulullah saw yang ajar kita Islam dan kasih pada kita umatnya sampaikan di akhir nafas baginda, baginda menyebut 'Ummati..ummati..(umatku)?

4) Berbuatlah baik, hormat dan sayang pada keluarga Rasulullah. Jika kita sayangg pada nabi kita, kita akan rasa senang untuk sayang pada keluarga baginda. Sama la juga macam bila orang baik dengan kita, kita nak diorang hormat keluarga kita juga kan. Its just a common feeling. (:

5) Antara cara-caranya adalah dengan mendoakan kerabat2 baginda di dalam selawat/doa2 kalian. Contoh selawat ringkas;
"Allahumma sholli 'alaa muhammada wa'ala aali muhaammad wa sahbihi wa sallim"
Maksudnya:"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabat2 baginda dan limpahilah mereka dengan kedamaian "

No comments:

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...