Wednesday 7 April 2010

Video DS Nizar di UK Tour

Cerita ini cerita lama. Maaf kepada yang tanya saya dan nak tahu tentang program ini. Saya pergi program DS Nizar yang di IC, London..masyallah mantap! Talk yang amat bersemangat sampaikan saya yang dengar ni sesekali ber'dup-dap' bunyi jantung dan meremang bulu roma. Serius!

Antara paling menarik adalah jawapan tentang isu perkauman. Ada satu quote yang menarik tapi byla lupalah sumbernya. Pada dasarnya lebih kurang bermaksud perlunya kita singkirkan sifat rasis dalam diri dan masyarakat. Perjuangkan bangsa takkan kemana, tapi perjuangkan agama Tuhan inshaAllah ke syurga. Tanpa ketepikan hak bangsa2 lain dalam hak2 negara pun sesuatu bangsa itu boleh maju. Cuma perlu yakinlah. Tanpa Islam, siapalah Arab. Tanpa Islam, siapalah Melayu...ye dak.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)". Al-Hujuraat [13]
Yang kedua, isu nama Allah yang ditanya oleh seorang hadirin. DS terangkan tentang pendirian PAS dalam isu ini dan bagaimana sesetengah pemimpin berhujah atas kepentingan politik dan emosi bukan berdasarkan [ilmu] Islam. Pendirian PAS adalah;
  • PAS setuju tidak salah agama Kristian menggunakan nama Allah kerana semua agama Samawi sememangnya menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka.
  • PAS tidak mahu nama Allah disalahgunakan untuk tempat-tempat yang tidak sewajarnya.
Kenyataan sesetengah pihak yang bersungguh2 menentang Kristian menggunakan nama lain untuk Tuhan menggantikan 'Allah' secara tidak langsung bermaksud mereka mengaku bahawa ada Tuhan selain Allah. Padahal rukun Islam yang pertama, kalimah syahadah jelas mengatakan "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah suruhan Allah." Menyangkal kalimah ini bermakna mengaku yang sebaliknya. Rosak akidah gitu.

Sebab itulah tak kira apa yang kita perjuangkan, dasarnya mestilah Islam. Jika tak, bagaimana seseorang pemimpin nak pimpin rakyatnya ke Jannah jika hal2 yang kecil sampai besar tak rujuk ilmu agama?

Maaf video tak ada. Rasa macam ada orang rakam tapi entahla, mungkin tidak disiarkan.

Swansea, 2007

London, 2010

Khutbah jumaat di Leeds. (berita) DS berkhutbah tentang perpaduan umat Islam kepada jemaah yang datang dari pelbagai negara dan bangsa tapi satu agama.


--

---

---

--

Lepas habis talk hari sabtu, kami plan balik Wales hari Ahad, tapi kereta ada masalah sikit. Mekanik yang nak jumpa tu base kat Heathrow, jadi jumpa mekanik tu hari Isnin sebab hari Ahad tutup. Kereta siap lepas zohor dan alang2 Heathrow aiport dalam 20 minit dari tempat tu, kami pun pergi airport tengok rombongan ni balik (flight pukul 3 kot). Maka dapatlah buat temuramah. =) Video2 lain tak dapat disiarkan atas sebab2 sekuriti. (*winks*) Haa..otw balik Swansea, singgah Cardiff jumpa a.Azad yang nak balik Malaysia. Ayah cakap 'nak jumpa anak muda yang balik berjuang!'.

Go to 00:35 to watch an 'interview' with P.c. Asmuni Awi, PAS Perak Election Director. Apologies, I don't know how to edit video.



Go to 00:30 for the 'interview' with DS Nizar Jamaluddin, the YB as well as the Perak former Menteri Besar (Chief Minister).


More about this tour? hjazhar.blogspot.com
--------------------------------------------------------------------------

p/s: Asif jiddan to those who tried to find my facebook and couldn't find it and whose offline messages (on ym) I replied late. I temporarily deactivated it and will be back inshaAllah. I'm available on Ym and Email to be reached. ok friends! =)

p/s/s: Bittaufiq wannajah for the scholarship interview, friends!

p/s/s/s: Check out the new song I've got here! cute innittt?

No comments:

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...