Saturday 5 June 2010

Serangan Flotilla II: Di sebalik tabir

Artikel oleh Kak Ainul di Irbid, Jordan. Jom baca! =)

Realiti Peristiwa Serangan Mavi Maymara LL4G - Belakang Tabir

Assalamualaikum.




Alhamdulillah dua hari lepas midterm UGS tamat dengn jayanya. Syukur teramat. Hari pertama selepasnya saya habiskan dengan menyelesaikan beberapa perkara dan mengikuti satu program yang sangat-sangat menarik iaitu " Perkongsian Live Face to Face dengan barisan sukarelawan misi LL4G (Life LinE 4 Gaza) yang baru berdepan dengan pengalaman hebat menghadapi warga zionis sewaktu cuba menghantar bantuan ke Gaza." Sebelum ni tak sempat update pangjang lebar. Maka hari ini, dipersilakan semuanya~ ^_^

Daripada 12 warga Malaysia yang terlibat, enam daripadanya hadir bersama kami (Dr Salamat Aliman (JIM), Tuan Haji Jamaludin Ilyas (Yayasan Amal Malaysia), Dr Syed Mohd Halim (HALUAN), Ust Hasanudin (Al-Aqsa Assyarif), Ashwad Ismail (Astro Awani) dan Encik Muhammad Nizam Awang (saya lupa wakil siapa)) semata-mata mahu berkongsi kisah dan pengalaman agar semangat-semangat kami makin bersemarak walaupun mereka mungkin keletihan selepas batu dilepaskan daripada tahanan Israel sendiri.

Mereka ini kebanyakannya adalah pemimpin-pemimpin NGO yang terlibat namun saya lebih tertarik apabila mengetahui di antara mereka ini ada yang bergelar doktor perubatan dan pengalaman mereka sebagai doktor di dalam misi ini nyata buat saya kembali teringat saranan ayah di Malaysia untuk turut berkecimpung dalam usaha yang sama. *harapnya boleh tercapai.. Amin!*

Sukar untuk saya ceritakan semuanya secara terperinci tapi insyallah di akhir entry saya akan letakkan beberapa link sahabat yang turut berkongsi pengalaman ini untuk kalian yang lain sama baca dan dapatkan gambaran yang lebih meluas. Cumanya secara keseluruhannya yang boleh saya katakan, di pengakhiran perjumpaan ini saya rasakan hati yang sedang tenat seperti sudah sangat sembuh diubat, pandangan yang makin kelam seakan sudah kembali terang disuluh lampu kalimantang - jelas, tepat, dan keyakinan makin kuat. Sungguh!

Di dalam sesi ini, kami diperkenalkan secara lebih mendalam dengan perangai zionis Israel melalui pengalaman para sukarelawan ini. Sejagat khususnya seluruh muslimin pasti sudahpun mengetahui bahawa Israel azalinya tak pernah puas membuat kerosakan. Perangai ini terpampang jelas dalam usaha mereka menghalang misi ini terlaksana. Apa yang mereka lakukan? (Ini baru sedikit yang saya petik). Banyak lagi ceritanya.

1. Kawasan sempadan perairan mereka sering berubah-berubah apabila ditanya atas dasar menghormati undang-undang antarabangsa. Mula-mula 40 batu nautika. Kemudian naik lagi pula 60 nautika dalam masa beberapa hari sahaja. Ces, Apakah? Logik ke???!!

2. Konvoi LL4G diserang di perairan antarangbangsa yang bukan hak milik Israel. Kalau yang menyerang itu tak perasan, saya rasa boleh juga nak kasitau mereka. Tapi apabila yang menyerang itu sendiri bagitahu warga konvoi mereka tidak dapat hantar tahanan yang cedera atas kapal untuk dapatkan rawatan kerana mereka di perairan antarabangsa, maka apa maksudnya? Kan ke itu yang dinamakan SENGAJA! Tsk.Tsk.Tsk.

3. Media Israel mengatakan bahawa Konvoi ini membawa senjata seperti pisau dan sebagainya. Walhal pisau yang dimaksudkan adalah pisau dapur yang digunakan untuk potong makanan. Sihat ke tidak mental warga zionis nih? Habis takkan takleh bawak pisau langsung? Dah tu nak kopek buah potong sayur nak pakai apa? Gigi ke? >_< style="font-weight: bold;">Kegembiraan dan Kehebatan warga konvoi ini menghadapi saat-saat getir yang mencemaskan. Kenapa saya kata seronok? Kerana dalam hati-hati mereka langsung tidak ada takut dan tidak ada kegentaran. Ini sangat jelas terpampang sepanjang penceritaan sukarelawan ini. Bagaimana? ^_^ Kita baca lagi~

Seingat saya dalam semua kisah-kisah mereka, saya amat tertarik kepada pengalaman Ustaz Jamaluddin Ilyas yang diceritakan dalam nada yang penuh humor dan excited macam tengah main perang olok-olok. Bayangkanlah katanya dia satu-satunya warga Malaysia yang mendapat bekalan topeng gas untuk melindungi diri dari gas pemedih mata. Maka, disebabkan dia je boleh rileks dari kesan gas itu, maka dia bertindak sebagai pengutip bom-bom gas yang dilemparkan ke kapal kemudian dibuang. Alasannya pula agak lawak - kalau dia je selamat sebab ada topeng tapi semua syahid, mana aci! Karang dia je tertinggal sorang. Haha.. :) ~ Menurut beliau, rasa best pulak buat kutip-kutip macam tu. Diaorang baling, kita buang. Diaorang campak, kita campak balik. Punyalah banyak bom sampai terpaksa buat kerja laju-laju kutip campak, kutip campak. Takde langsung rasa takut, siap rasa excited nak buat kerja pulak yang timbul.

Dr Syed Muhammad Halim pula banyak berkongsi pengalaman beliau merawat dan bertugas sebagai doktor dalam misi ini. Tapi saya paling terkesan apabila beliau bercerita mengenai rakan sekonvoinya dari Turki yang disangka terkorban tetapi sebenarnya tidak. Ketika dia bersemangat memeluk rakannya yang baru disedari masih selamat itu, rakannya berkata "Alangkah baiknya kalau aku yang mati itu." Memang semua yang di atas kapal Mavi Mymara sudah bersedia untuk syahid. Malah sangat-sangat mahu syahid! @_@

Sepanjang penceritaan mereka yang lain juga, tak sudah-sudah saya mendengarkan ayat "Allah masih tak izinkan saya syahid" seakan-akan mereka amat cemburu dengan rakan-rakan sekapal yang terkorban dalam serangan Israel tersebut. Kebanyakan sanggup dan sudah sangat bersedia untuk syahid seandainya ditakdirkan. Kemudian mereka juga tidaklah berapa gembira menjadi antara orang terawal dibebaskan kerana rakan-rakan negara lain masih terpenjara dan sebolehnya sukarelawan2 ini masih mahu bersama yang lain. Sungguh saya ternganga mendengarkan kesungguhan mereka. Hebatnya! Kalau saya di tempat mereka, saya terfikir adakah keinginan saya mampu jadi sebulat itu atau saya bakal teragak-agak. Bukan senang tapi tidak mustahil~

Kemudian kami juga diturutkan dikhabarkan dengan kehebatan kuasa Allah yang berlaku ketika saat-saat getir itu terjadi. Pertamanya, angin yang datang sangat kuat sehinggakan gas pemedih mata yang sangat banyak itu jadi sangat sekejap hilang dan menyenangkan ahli kapal. Keduanya, para korban serangan kejadian semuanya berbau kasturi yang sangat wangi ketika dicium tanda mereka mungkin sudahpun diangkat sebagai syuhada (wahhhh!!!!). Ketiga, ada diantara mereka ini ketika ditangkap diikat dan disuruh melutut berjam-jam lamanya,mereka sebenarnya sedang berpuasa. Tapi sedikitpun tiada rasa lapar atau letih. Malah ketika disepak-sepak oleh askar pun tak terasa sakit (kalau yang peluru getah tu lain sikit, itu memang perit giler!). Ajaib kan? Ustaz Jamal sendiri antara yang merasainya. Entah macam mana boleh berlaku. Semuanya kuasa Allah! Subhanallah~

Isu ibadah juga antara isu menarik yang mereka kupas sepanjang sesi ini. Pertamanya, pesan mereka "mesti sentiasa dalam keadaan berwuduk". Tambah-tambah dalam detik seperti ini, tiada masa untuk kita ulang-alik nak ambil wuduk. Maka itu penting untuk terus solat on the spot. Keduanya, tentang solat. Komando Israel tak benarkan mereka bersolat walau seorang pun di permulaannya. Tetapi apabila salah seorang warga konvoi secara sukahati nak bangun jugak dan terus azan tanpa hiraukan amaran Israel, tak pasal-pasal yang orang azan tu SAHAJA yang dibenarkan solat. Aik? See? Kadang-kadang Israel ni acah je lebih. Kalau berani, lawan je la. Kalau ada rezeki, selamat jugak. huhu.

Selain itu, saya juga tertarik mendengarkan kisah "Sami'na Wa Ato'na" (Kami dengar dan kami patuh) yang tergambar di kalangan warga konvoi. Mungkin ada yang berpendapat, kenapa tak lawan balik askar Israel habis-habisan? Kenapa cepat menyerah kalah? Kenapa tak begitu? Kenapa begini?. Maka jawapan para sukarelawan ini kebanyakannya berpandukan ayat "Sami'na Wa Ato'na". Kena ikut arahan kapten kapal. Sebabnya semua keputusan bukan dibuat ikut sesuka hati tetapi juga dikira mengikut maslahat keselamatan dan kebajikan ahli kapal. Kalau seorang askar dibunuh, boleh jadi balasannya satu kapal akan mati. Itu kemungkinan. Lagipun, ingatlah kembali sirah Perang Uhud. Yang ingkar arahan ketua itulah yang menyebabkan kekalahan.

Tetapi mereka juga mengingatkan bahawa misi kali ini TIDAK GAGAL! IHH(Nama penuh: İnsani Yardım Vakfi - Penganjur Utama misi LL4G) menggariskan tiga objektif utama iaitu mewujudkan kesedaran dunia tentang Gaza, menamatkan kepuzan di Gaza dan menyampaikan bantuan kepada Gaza. Objetif pertama selesai dengan jayanya. Lihat betapa sekarang dunia kembali tersentak dengan kejadian ini! Manakala objektif kedua dan ketiga masih terus dijalankan dan LL4G ini adalah salah satu usaha yang sedang dijalankan. TIDAK GAGAL TAPI MASIH BELUM SEMPURNA KESELURUHANNYA. Usaha para sukarelawan ke Gaza mungkin sedikit tersekat melalui cara ini tetapi mereka akan terus berjuang melalui cara lain - mungkin ceramah kesedaran pengalaman seperti ini. Dan mereka juga mengharapkan ada di antara kami dan kita ini yang bakal menggantikan mereka dan meneruskan usaha yang sama. Insyallah.

Eh, baru saya teringat pada kisah pengalaman Saudara Aswad Ismail dan jurukameranya selaku satu-satunya skuad wartawan Malaysia (dari Astro Awani) yang turut terlibat di dalam konvoi ini. Pertamanya saya tertarik kepada fungsi penglibatan mereka selaku media di sana. Menurutnya, tugas utama mereka adalah sebagai pengimbang berita dunia supaya kecenderungan bias dan berat sebelah tidak terlampau ketara. Selaku pemihak kebenaran, mereka sedaya upaya mahu memperlihatkan kepada dunia dan Malaysia khususnya tentang realiti yang berlaku di sepanjang misi ini dijalankan. Maka usaha ini lah yang mereka cuba laksanakan memandangkan gergasi media dunia seperti BBC dan CNN kebanyakannya menyokong rejim zionis dan menyebelahi kebatilan. *Big claps for the reason! Itu sepatutnya basic niat dalam media!*

Tapi bukan mudah menjadi wartawan dalam hal-hal seperti ini. Kena sentiasa get ready dan cuba garap sebanyak mana yang mampu untuk diberitakan. Seandainya tersalah rebut peluang, nyawa bakal taruhan kerana kebenaran bukan senang untuk sentiasa dijulang. Mereka ini juga mempunyai pengalaman yang menakutkan sepanjang menyertai konvoi LL4G. Ada suatu ketika jurukamera diasingkan dari tawanan yang lain kerana kamera yang dipegang disangka senapang (tadika mana ajar zionis ni senapang dengan kamera pun tak kenal??!!).Menurut saudara Aswad juga, beliau hanya ingat mati dan berserah sepenuhnya kepada Allah apabila tiba-tiba cahaya laser senjata seorang unit komando tentera laut Israel dihalakan tepat ke dahinya. *Gulp*

Di dalam sesi soal-jawab, ada yang mengutarakan soalan " Apa layanan penjara Israel terhadap para tawanan misi LL4G?". Maka menurut Ustaz Jamal mewakili 'rakan-rakan sepenjaranya', rejim Israel di penjara berlakon baik dengan mereka melalui layanan mesra dan penjara yang serba baru semuanya. Kenapa dikatakan berlakon? Kerana kata beliau, jika dibandingkan dengan layanan komando di kapal sewaktu serangan dilakukan adalah bagai langit dengan bumi. Sedangkan kalau benar mereka sebaik itu, sepatutnya di awal hingga akhir semuanya perangai sama. Tetapi hanya dipenjara mereka bersikap 'aneh' seperti itu.

Maka apa hipotesisnya? -> Supaya tawanan yang bakal dibebaskan akan membawa cerita bahawa mereka ini 'baik, bagus lagi mesra alam'. Sebabnya sekarang Israel tertekan dengan realiti bahawa seluruh dunia sedang mengutuknya kerana menyekat dan menyerang kapal LL4G hingga si rakan karibnya, Amerika turut sama mengkritik perbuatannya. Mana tak gelabah bagai cacing kepanasan kan? Tetapi malangnya, warga konvoi ini bukanlah kanak-kanak tadika yang boleh diam apabila disogok gula-gula. Mereka yang pergi bukan calang-calang manusia. Ditambah dengan pengalaman yang telah dilalui, sah-sah pasti 200% keyakinan takkan terpedaya hatta sepicing mahupun sehasta!

Barang-barang yang dibawa di dalam misi ini dengarnya semuanya telah dirampas. Menurut askar Israel waktu itu, kononnya mereka akan beri seluruh bekalan dan barangan-barangan ini kepada PPB tetapi bolehkah kita percaya kata-kata orang yang selalu berdusta? Sudah terang lagi bersuluh. Matahari pun dah clear-celar kasi cahaya sampai tak tahu nak sorok mana lagi dah penipuan mereka. Maka, sekarang ini nasib barang-barang itu semua sampai sekarang tidak diketahui. Entahkan sampai entahkan tidak. Sampai tiba ke bumi Palestin pun memang dah sampai pun, tapi sampai ke tangan warga Palestin itu yang wallahua'lam apa ceritanya~

Oh ya,Warga Malaysia, Indonesia dan Jordan telah menjadi warga tawanan terawal yang dibebaskan dari penjara Israel. Semuanya berkat hubungan baik kedutaan kita dengan kerajaan Jordan di sini. Alhamdulillah, Raja Jordan sendiri pesan suruh cari warga Malaysia dan Indonesia untuk dilepaskan sama. (Tiba-tiba saya rasa saya sayang King Abdullah! ^_^). Dan atas sebab ini jugalah, kami para pelajar di sini dapat bertentang mata dan berkongsi cerita terus dari mulut orang-orang yang terbabit di dalam peristiwa bersejarah Misi LL4G yang mendebarkan ini sendiri. Syukur Alhamdulillah. (Ini kelebihannya berada dekat dengan tempat kejadian, tapi yang buruknya - kami ini nama sahaja dekat tapi bukanlah mampu sangat untuk terus menolong secara tepat. Masih sama terikat dan juga terjerat.)

Alhamdulillah, Siap...! Bersemangat sungguh saya mendengar kisah yang disampaikan sampai entry ni panjang berjela-jela jadinya. Tak apalah kan? Harapnya moga yang membaca turut sama merasa apa yang kami rasa dan seterusnya dapat sama bergerak mengapai cita-cita yang serupa. Insyallah, amin ya Rabbal 'alamin~

Ini saya lampirkan sekali beberapa cerita dari sisi rakan-rakan di Jordan yang turut serta mendengar sesi perkongsian bersama kami:

1. Point Of View Kakak Baru Grad + Tambahan info perkongsian
2. Perincian Perkongsian Pengalaman Sukarelawan Malaysian Dalam Misi LL4G
3. Quote-quote Utama Pengalaman Sukarelawan Malaysia Misi LL4G
4. Video live Perkongsian Pengalaman Sukarelawan Malaysia LL4G di Solah Petra, Irbid - Credit to Facebook Abu Malik Studio
5. Link perlu tengok
6. Nilai-nilai dari kisah pengalaman LL4G

(Kredit ihsan Gambar : Facebook Student Jordan)

p/s: Saya cuba nak cari rujukan pasal IHH tapi kebanyakannya carian internet berfokus kepada sentimen anti-IHH. -_-'

Update : Semalam ada senior tanya apa pandangan para sukarelawan tentang pertanyaan beberapa pihak tentang "Kenapa tak kasi Israel naik kapal? Kenapa serang askar Israel yang datang?". Macam mana nak counterback back semua tu? Saya tak ingat sangat jawapan mereka semalam macam mana. Tapi JAWAPAN DARI LIPUTAN BERITA HARIAN hari ini memang kena ngam-ngam sesuai untuk soalan tu.


******** "Ini bukan titik terakhir, tapi ini adalah titik pemula..." ***********

No comments:

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...