Friday 16 July 2010

Perancis tiada l'uniforme scolaire..pourquoi?

*updated: my apologies for the previous misunderstood info.

1. Tahukah anda jika ban on niqab diluluskan oleh French Constitutional Court setelah parlimen meluluskannya beberapa hari yang lalu, seorang pelancong wanita berniqab yang berjalan-jalan sekitar Eiffel Tower di Paris dalam siri pelancongannya boleh dikenakan denda oleh pihak berkuasa serta merta?

2. Langkah parlimen Perancis meluluskan (melalui undi) larangan pemakaian niqab/burqa di tempat awam baru-baru ini adalah salah satu langkah untuk memisahkan agama dari hidup. Ini sebenarnya bermula berdekad yang lalu apabila uniform sekolah dimansuhkan di sekolah-sekolah awam Perancis selepas Perang Dunia ke-2. Parce que: Ketika itu uniform sekolah dilihat sebagai satu identiti agama dan bertujuan keagamaan. Sekolah Katolik (swasta) di Perancis hari ini masih mengekalkan uniform sekolah sama seperti sesetengah sekolah swasta yang lain.

3. Sesiapa yang belajar bahasa Perancis selalunya kena belajar budaya masyarakatnya - kedai kopi, sistem sekolah, makanan, negeri2, pelacongan etc. Jadi fakta ini saya dapat dari cikgu French saya di sini. Btw, sekolah Britain ada uniform sekolah dan hijab tidak dilarang. Siapa yang bersikap offensive terhadapnya mungkin digantung sekolah.

4. Seperti yang ramai tahu, larangan pemakaian hijab di Perancis di sekolah awam telah
diperkenalkan lebih kurang 6 tahun yang lalu. Larangan ini diselaraskan untuk semua agama - Jew dilarang memakai kippah manakala Kristian dilarang memakai cross (tanda salib) yang selalunya dipakai dengan rantai.

5. Walaubagaimanapun, keperluan untuk memakai ketiga-tiga simbol agama ini berbeza. Hijab adalah wajib atau mesti dipakai oleh seorang perempuan Islam yang sudah cukup umur. Manakala kippah selalunya dipakai oleh Jew bila pergi ke synagogue, penyembahan dan festival agama. Ia dianggap sebagai optional sama seperti pemakaian cross yang dipakai peringatan terhadap pengorbanan Jesus [a.s] (yang menurut Kristian disalib tapi menurut Islam, lelaki yang disalib itu bukanlah Jesus a.s).

6. Isu larangan niqab ini memberikan idea kepada seorang jutawan Perancis Muslim, Rachid Nekkaz untuk mengumpul dana bagi wanita2 berniqab di sana bayar denda dengan cara menjual property nya bernilai 1 million.

7. Manakala di Britain, salah seorang ahli parlimen Conservative menyuarakan keperluan Britain untuk mengikut jejak langkah (larangan niqab) jiran-jirannya, Perancis dan Belgium. Wanita berburqa atau berniqab tidaklah susah untuk dilihat di sini terutama di tempat2 ramai Muslim seperti Birmingham. Lebih tepat? Coventry street, Birmingham!

8. Dulu di Malaysia selalu juga nampak budak-budak sekolah (sesetengah skola, pakai tudung wajib) yang sengaja pakai tudung singkat yang kalau dia mengangguk, pasti terdedah tengkuk. Seperti saiz tudung adik-adik 4 tahun. Yang sempurna tudung bahagian depan tapi rambut pony tail belakang terjurai pun ada. Sekarang trend apa pula ya?

4 me & u: To some people out there, the freedom to wear headscarf or be a niqabi is high-priced and nothing compares to it........so please girls, don't take it for granted. It's one of the things that completes you :)

3 comments:

Happiness said...

don't take it for granted. It's one of the things that complete you
=)


tp ada sesetengah perempuan yg pakai tudung utk ttp rambut shj , sedangkan aurat spt leher telinga n etc terdedah...
xfaham konsep atau ikut trend
...hmmmm

Ain Mardhiah said...

salam nabilah! ^_^

kalau tak silap akak, skrg kak malaysia tengah hot fesyen tudung arini ngan skarf syria. Tapi yang akak tak berkenannya cara diaorang pakai dah mula meniru stail orang saudi pakai tudung sanggul besar2 dan tinggi2. Dah macam bonggol unta gayanya. Akak ingat kat jordan je banyak jumpa, skali balik malaysia pun dah ramai guna cara yg sama. ish3.

Qurrata 'Ayun said...

@Farhe - Tak faham konsep, boleh belajar. Tiada alasan tak tahu. Its whether wanting to know-and-do or stubbornly refuse to find out...
Allahualam.

@Kak ainul - Ohh ye ke. Tak pernah dengar plak. Tapi haritu ada nampak satu business group kat facebook, diorang iklan 'sanggul-ala-arab' yang fake punya. BOleh lekat gitu saja atau pakai dalam tudung bagi naik bonggol. Erkkk..???

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...