Friday 14 December 2018

New Zealand: Tips for baby-friendly trip

First oversea family trip, we made it!




Baba. Mama. Kawthar.

Alhamdulillah. 

I would say it was challenging yet fun. We chose to travel on our own (no tourist guide) and with a small child, we thought New Zealand is rather safe to be explored for the first oversea trip together. Here are the trip details:

Place: KL Malaysia - South & North Island NZ
Time: Early October
Season: Spring
Child's age: 15 months old
Airlines: Air Asia
Flight period: 12 hours

I don't think my preparation was perfect but I hope these tips can help parents out there to be well prepared. Because honestly, travelling with a small child (toddler some more) is just another level compared to travelling while single. When I was single, I could rest whenever I wanted to..😄

1) Bawa baby gear yang sesuai dan travel-friendly



 - Benda yang paling berguna sekali ialah baby carrier. Memang sang penyelamat di mana-mana. Bila di airport, bawa Kawthar dalam baby carrier je senang. Nak dukung guna tangan memang susahlah sebab bawa banyak beg. 

- Bawa stroller yang boleh lipat kecil dan ringan. Bukan besar gedabak. Jimat ruang dalam kereta sewa. 

- Carseat wajib pakai di NZ. Boleh kena saman 150 NZD kalau tak pakai. Boleh pilih samada nak bawa sendiri punya atau sewa di sana. Lebih kurang Rm 30/sehari. Kalau sewa on-the-spot, Rm 135/sehari. Varies accordingly. Kami bawa carseat sendiri. Gate check-in sekali dengan stroller. Percuma je. 

2) Pilih pakaian yang sesuai dengan cuaca




- Ketika kami di NZ, suhu masih lagi sejuk sampai ke tahap negatif darjah selsius. Waktu tu masih awal musim bunga. Mommy pilih baju dan seluar UNIQLO Heattech untuk pakaian lapisan dalam Kawthar. Baju ni bukan jenis inner biasa. Jenis simpan haba. Jadi, badan pun tak rasa sejuk sampai ke tulang!

- Mommy siapkan untuk Kawthar 4 jenis baju yang berbeza ketebalan; jaket luar, jumper/sweater, baju biasa dan inner Heattech. 

3) Bawa sunscreen, pelembap muka & losyen kanak2



- Cuaca yang sejuk dan kering seperti di NZ boleh menyebabkan kulit jadi sangat kering dan merekah sampai pedih. Kulit juga boleh jadi gatal-gatal sebab kering. Jadi sebelum keluar, mommy akan sapu sunscreen di bahagian badan yang terdedah. Pelembap muka di muka dan losyen di seluruh badan Kawthar. Pastikan pakai yang jenis kanak2 punya, bukan orang dewasa. Yes, it did work! 

4) Bawa ubat & peralatan 



- The last thing you want during travel is falling sick. Even more the children! Lagi-lagi bila kita pergi negara yang berbeza cuaca dengan negara kita. Gotta pay more attention.

- Peralatan seperti termometer, penyedut hingus dan syringe wajib bawa. 

- Ubat demam, ubat tahan sakit, Sterimar (nasal irrigator) dan selsema. Just basic ones.

5) Prepare travel play kit





- 12 hours flight is no joke for a toddler! They are busy humans, always need to move or do something. Mommy siapkan travel play kit yang ringan dan bawa 2 buku kesukaan Kawthar. 

- Kembara di NZ memerlukan kami duduk dalam kereta untuk tempoh masa yang lama. Jadi, play kit ni boleh main dalam kereta juga. Umpan untuk duduk elok2 dalam carseat 😅 Mommy seboleh mungkin tak nak bagi tablet atau handphone..jadi buat alternatif lain. 

6) Tempat duduk di dalam kapal terbang

- Tempat duduk AirAsia yang biasa tidak boleh recline, kecil dan mempunyai ruang kaki yang sempit. Budget airlines kan.. Untuk perjalanan yang singkat, mommy rasa ok lagi. Tapi untuk 12 jam, ia sangatlah tidak selesa untuk ibu/ayah pegang anak. Kelas pertama mahal sangat pula. 

- Jadi kami pilih Premium Flex Kelas Ekonomi. Mahal sikit tapi berbaloi. Ada basinet bayi (untuk 11kg ke bawah), kerusi boleh recline, dekat dengan toilet dan ruang kaki yang sangat luas. Kawthar siap main2 lagi kat lantai situ. Boleh jalan2 juga. 

7) Pilih penginapan yang mesra kanak2





- Kami pilih untuk menginap di AirBnb sepanjang 9 hari di sana (kecuali 1 malam di lodge). Caravan/Campervan agak kurang selesa untuk budak sekecil Kawthar kerana cuaca pada awal musim bunga masih sejuk (negatif di sesetengah tempat) dan tidur di dalam Campervan bukanlah pilihan yang sesuai. Walau bagaimana pun, campervan lagi jimat dari sudut kos. Hotel pula lagi mahal dari AirBnb. 

- Jenis AirBnb yang kami pilih adalah en-suite room. Ada private toilet. Boleh guna dapur (if possible). Periksa polisi AirBnb tu juga, pastikan ia terima budak berumur 0-2 tahun! Ada sesetengah tuan rumah tak suka budak bising nangis etc.

- Would you like to receive AirBnb discount of Rm120? Sign up through this link 👉 https://www.airbnb.com/c/ridwana231?currency=MYR

Yes, for real. Not a scam hehe. 

Paling penting, banyakkan doa moga Allah beri kekuatan untuk kembara bersama si kecil =) Till then. 

xx
MommyBel

No comments:

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...