Thursday 18 December 2008

Perlukah dipertikaikan?


Dah lebih seminggu EidulAdha disambut seluruh umat Islam. Satu post pun saya tak buat tentangnya. Beraya pun agak kelam kabut dengan tarikh yang sama dengan Mock/Trial exam - dua paper plak tuwh. Jadi, cuti satu hari, postpone exams dan dapat tiga paper sekali untuk satu hari. ayoo..

Macam-macam gaya umat Islam di seluruh dunia menyambutnya, bagi memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim a.s untuk mengorbankan anak lelakinya, Nabi Ismail a.s atas perintah Allah - kerna patuh dan cintanya pada Allah s.w.t. Saya amat pasti pembaca2 blog ini yang beragama Islam pasti tahu tentang cerita ini. Tapi, sanggupkah kita buat pengorbanan sebesar itu untuk Tuhan yang satu yang mencipta kita?

Kadang-kadang, pernah juga terlintas di fikiran "Kenapa Allah larang itu ini bla bla bla..?" Bukan jawapannya yang kita cari. Ya, saya tahu banyak kajian2 sains yang membuktikan keberkesanannya. Tapi jika tidak tahu, untuk argue samada betul atau tidak larangan itu tidak lah perlu. Contoh mudah seperti awat kena solat, tak bley minum arak dan kena pakai tudung.

Ayah saya selalu cakap tentang ini bila saya tanya. Satu sahaja yang perlu tahu - Allah itu Tuhan yang maha esa lagi bijaksana. Dia sudah menggariskan peraturan-peraturannya dan kita hambanya hanya perlu patuh padaNya dan ikut peraturan2 yang digariskan. Siapa kita hendak argue itu semua?

"Di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. (Al Baqarah 2:8)"

Tepuk dada, tanyalah diri.

Alhamdulillah, raya tahun ni best sangat walaupun tengah2 exam. Rasanya, lagi best dari Aidilfitri. Kami sefamili raya di Lampeter, town tempat Univ ayah study. Tazkirah oleh Dr Mawil yang berkaitan dengan Eidul Adha. Habis beraya kat rumah Uncle Zaidi & co dan Uncle Zaharuddin & co, balik rumah and faced the exams on the tomorrow's morning!

Apa-apa pun,
Tak kisahlah ke mana kita pergi
Apa yang kita pakai
Makanan apa yang disantap
Tetapi apa yang kita dapat darinya.

Hope you all had a fantastic aidiladha!

7 comments:

Anonymous said...

salam.. andai dunia ni ALlAH x letakkan peraturan manusia akan menjadi huru hara kacau bilau.. umpama jalan yang tiada lampu isyarat

Qurrata 'Ayun said...

klu tiada lampu isyarat,
bley gak digantikan dgn roundabout tau.

ape2 pun, jgn tersalah arah sudah!

Anonymous said...

assalamualaikum..=)
all the best exam ni awk.. ^_^

yewp~
stuju..
Allah swt maha bijaksana..
suatu benda yg disuruhNya pasti membawa kepada kebaikan..^_^

ateh... said...

betul yg awk ckp kan...kite pun same la lebih kurang kat cni..kat cni beraya sambil risau kan pekse gak..

Qurrata 'Ayun said...

waalaikumussalam

thanx a whole lot,airin.
and yeah,
Allah gave us the guide
its jst how we manage it to keep us in the right way

hurm..smua org sma jer
b4 exm, riso
lps exm, rsa merdeka! gd luck tawakkilboy (=

ariff dean said...

assalamualaikum..=)

sama pendapat, EidulAdha lagi best dari Aidilfitri

gud luck exam yuh

Happiness said...

steal diz 1..
=p

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...