Monday, 5 January 2009

Palestin dari perspektif seorang Non-Muslim

Pada saya, serangan kejam Israel terhadap Gaza baru-baru ini bukanlah perkara baru, masih watak yang sama dengan jalan cerita yang lebih kurang sama. Tragisnya, ia bermula ketika seantero dunia sibuk menyambut kedatangan Awal Muharram dan juga Tahun Baru Masihi. Post dibawah saya jumpa di Facebook kawan Benggali saya, Rahala yang megingatkan saya, sesungguhnya Doa mampu mengubah sesuatu.

Palestine Cries for Your Duaa As the world celebrates the New Year, the Palestinians bury their dead.
As we hear fireworks, the Palestinians listen to bombs.
As we rush to queue in the sales, the Palestinians rush to queue for their daily rationed bread.

As we enjoy the company of our loved ones, the Palestinians wonder who will be next to die from theirs.
As we chose new years resolutions, the Palestinians choose their prayers. Remember the Palestinians in your Duaas!

Ya, saya pasti kekadang kita tertanya apa yang kita boleh buat untuk mereka? Saya pernah tanya ayah saya. Benda yang paling least adalah beritahu cerita benar tentang Palestin kepada sesiapa yang kita jumpa jika berpeluang. Berceritalah! Seperti lirik lagu nyanyian Zain Bhikha:

Have you heard?
Each day we are reminded
and each day we say
there`s not much that we can do
it seems so far away
So we live our lives in silence
pretending not to hear
the voices of our people
The cry is so so clear
Why do we stand by spectating
while our brothers cry jihad?


Alhamdulillah saya berpeluang bercerita beberapa hari selepas saya tanya ayah saya. Menariknya orang itu berbeza agama, bangsa, negara - seorang Afrika dari Cameroon yang saya dan kakak saya jumpa di Services/Gwasanaethau/R&R dalam perjalanan ke rumah. Dia menegur buku Yasir Arafat A Political Biography di atas meja kami dan mula bercerita tentang pendapat beliau tentang Palestin.


Saya cuba membangkang kenyataan dia bahawa semua ini berpunca daripada Hamas (serangan untuk memerangi Hamas) kerana ia berlaku bertahun-tahun sebelum Hamas ditubuhkan. Asal usulnya adalah apabila pemindahan Yahudi beramai-ramai ke Palestin hasil daripada Balfour Declaration yang dibuat kerajaan British atas dasar menebus kesalahan Barat terhadap Yahudi selepas Holocaust (pembunuhan beramai-ramai Yahudi oleh Nazi Jerman) berlaku. Padahal kerajaan yang patut bertanggunjawab sepenuhnya adalah Jerman bukannya Palestin!

Foto 1: Protest Against Military Action on GAZA di Trafalgar Square, London. Teringin sangat nak pi, tapi keadaan tak megizinkan.


Kemudian, dia memberikan hujah daripada biblical history bahawa tanah di Palestin adalah tanah yang dijanjikan Tuhan buat Yahudi dan beratus tahun sebelum Holocaust, mereka telah bermastautin di bumi Palestin. Tetapi, sebagai punishment atas kesalahan mereka, Tuhan telah memecahkan mereka ke macam2 negara dan menurunkan Holocaust. Jadi, menurut dia, apabila punishment itu habis, mereka ada hak untuk mengambil kembali tanah Palestin itu daripada penduduknya (walaupun menghalau mereka).

Dan saya katakan - tidak kiralah apa yang mereka percaya, dari segi human rights pun merampas tanah tuannya, menghiraukan mereka, mementingkan diri adalah amat-amat tidak betul dan tidak adil. Benda itu adalah perkara mudah yang senang difahami. Lagipun, kalau dikira2 jika Yahudi ada hak diatas tanah itu kerana itu tanah mereka lebih 400 tahun sebelum Holocaust (menurut dia), Muslim lagi berhak kerana dulu-dulunya Palestin diperintah oleh empayar Uthmaniyyah.

Saya tak pasti agama apa yang dianuti pemuda Cameroon itu. Nak cakap pasal agama Kristian dan Yahudi asalnye dari Islam pun nanti lagi bertambah pening pulok. Saya cuba terangkan bahawa Tanah Palestin penting (adalah tanah suci) buat tiga agama utama - Islam, Yahudi, Kristian kerana Al-Aqsa dibina oleh Nabi Sulaiman a.s ataupun dipanggil Solomon yang dipercayai oleh ketiga-tiga agama ini. Bezanya Yahudi dan Kristian tidak percaya pada nabi yang terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. Maka, amat-amatlah tidak adil untuk mengatakan Yahudi laknatullah yang lebih berhak keatasnya.

Foto 2: Protes di Swansea,UK ketika isu tembok di Palestin tahun lepas (2008)

Diakhir perbualan kami, dia kata "I really like this discussion. I hope I would have one like this in the near future." Bagi saya, bukan senang nak jumpa orang seperti dia yang faham dan boleh berbincang seperti ini. Ada satu ketika, BBC menyiarkan berita tentang Gaza, ada seorang minah saleh ni kata "Where is Gaza?" dan rakannya membalas "No idea".

"Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)". (Al Maaidah:21)

Tak kira betapa kuatnya rejim Zionis, Allah telah menjanjikan kemenangan Islam di Palestin!

4 comments:

fareast said...

Nice article.
Bagus juga kalau berpeluang berbincang dengan orang yang bukan Islam mengenai Palestin. Boleh bertukar-tuka pendapat dan lagi best kalau orang yang dibincang tu open minded. Terusakn usaha saudari.

Anonymous said...

Menarik, but my case, bila berdiskusi dengan non-muslim, rata - rata menyebelahi yahudi. Paling sedih pabila ada saudara kononnya seagama yang skeptical dengan usaha masyarakat dunia untuk menyelamatkan palestine. This 'islam by birth' person annoy me...

PrinCeSs NuR said...

macam2 case kita boleh jumpa kt dunia ni - yg support, yg against & yg 2-2 pun tak. Tapi, manisnya memperjuangkan benda yg betul tu hanya Allah yg tahu! :)

Ibnurashidi said...

salam..

selepas tamat peperangan gaza baru-baru ni..Yahudi sebenarnya mengalami kerugian yang agak besar. Berbillion shekel di habiskan utk membiayai perbelanjaan peluru dan bom. tetapi matlamat untuk nak hapuskan Hamas tak berjaya juga. Padan muke Yahudi!

Related Posts with Thumbnails