Monday, 23 March 2009

Untuk orang yang faham BM

Baca & fahami ayat-ayat Tuhan ini dahulu:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat"[An-Nisaa:58]

1) Ketika pilihanraya kecil hampir, Tup tup
Media alternatif pembangkang (Harakah, Suara Keadilan) digantung tiga bulan oleh KDN. Alasan; menghasut rakyat.

Media arahan kerajaan,
Utusan, Berita Harian dsb. tak hasut rakyat eh?2) Ketika ada laporan kes rasuah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim oleh Pemuda Umno tidak lama dulu, cepat sungguh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak. Sampai sekarang, senyap kesnya. Apa cerita?
Bila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak layak bertanding dalam Pemilihan Agung Umno kerana dibuktikan menggunakan Politik wang = Rasuah,
Tiada pula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat. Siap dipuji PM lagi kerana masih setia pada parti. Bukan rasuah kah ini?
3) Perhimpunan yang dianjurkan pembangkang seringkali dilabel HARAM oleh media. Sebagai contoh, BERSIH (Nov 07) yang berjaya menghimpunkan hampir 100,000 orang atas tujuan mendesak kerajaan mengadakan Pilihanraya yang bersih. Bak kata KJ:
"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum. Kita yakin kita akan menang menentang mereka."
-Khairy Jamaluddin, 6 November 2007
Tapi kan, bila ahli BN/UMNO berdemonstrasi, tidak kiralah atas sebab apa, sekelip mata ia dilihat HALAL oleh media. Masuk TV tu, tak payah cakaplah. Tidak pula dilabel 'beruk' oleh KJ ya.

Kalian, tolonglah faham!

3 comments:

mohd faez said...

1)seperti yang ditulis dalam blog ayah anda, ianya disebabkan konsep autokrasi yang tidak dibendung dalam corak pemerintahan dimalaysia kite.. ibarat pertandingan yang pengadilnya, undang-undangnya, tukang sorak, commentator, semua menyebelahi pihak musuh..

2&3)bab rasuah & perhimpunan pulak, die orang macam anjing, nak kencing angkat kaki, sebab die orang fikir air kencing tu najis.. dalam pada tu dia orang tak sedar yang badan dia orang tu najis BERAT!! hehe (",)

PrinCeSs NuR said...

hehe
dalamnye maksud ^-^

Ibnurashidi said...

Salam...

Kita sememangnya kekurangan pemimpin muda yang betul-betul benar membawa Islam. Apa kata anda? sila ke:

http://ibnurashidi.blogspot.com/2009/03/satu-tinjauan-pemuda-hari-ini-pemimpin.html

Related Posts with Thumbnails