Sunday 7 March 2010

Bagaimana Cicak Melekat

Waktu kecil dulu, selalu tertanya-tanya 'camne cicak boleh melekat pada dinding/siling?' tapi entah kenapa, tak pernah tanya pun. Ditambah lagi dengan incik Spiderman dan Cicakman yang membuatkannya jadi lebih menarik. Jadi bila dah belajar sains lebih sikit, barulaaa tahu! (siap buat teka-teki lagi tu. Excited punya cerita :D)

Cicak mempunyai banyak tiny hairs (rambut halus) bernama setae yang setiap kali menyentuh satu2 permukaan akan membentuk daya tarikan, temporary atomic bond yang bersifat sementara. Ia dikenali sebagai 'Van Der Waals force' atau tepatnya, 'Instantaneous dipole-induced dipole'.

'Instantaneous dipole' terbentuk apabila sesuatu atom menjadi tidak stabil yang bermakna satu sisi adalah positif dan satu sisi yang lain negatif. Dimudahkan, atom boleh tiba-tiba jadi tak stabil, bertukar sisi negatif/positif dan kemudian jadi stabil kembali. At an instant of time. Sebab tu namanya 'Instantaneous dipole'.



'Induced dipole' pula terbentuk apabila jiran atomnya (instantaneous dipole) menyebabkan terbentuknya charge positif dan negatif. Sebagai contoh (gambar), atom kanan yang mempunyai charge negatif di bahagian kiri menyebabkan bahagian kanan atom kiri menjadi positif walaupun sebelum itu ia adalah atom yang stabil. Jadi, atom kiri adalah 'induced dipole' kerana ia telah di'induce'.

Ok, berbalik kepada cicak, ia boleh melekat pada dinding adalah kerana kewujudan 'Van Der Waals force' ini pada setae dan juga pada dinding/siling. Walaupun ia adalah daya tarikan yang sementara, jumlahnya yang banyak dan berganti-ganti membolehkan cicak melekat. Manusia pun ada cuma ciri2 kaki tangan cicak yang nipis, sangat rata, banyak tiny hairs dan badan yang ringan membuatkannya terlekat-lekat seperti magnet. Subhanallah!

Apa2pun, Cicakman tidak wujud ye! :)


p/s: Selamat datang ke UK, ya SUyan & SUani!

1 comment:

Ain Mardhiah said...

hebat kan ciptaan allah?

Kak ainul paling excited kalau dapat belajar bab-bab luar biasa tentang manusia. Sooooo incredible and fantastic! Specially those about babies..... That's why akak suka medik walaupun kadang2 susah nak hafal n banyak giler, tapi everytime dapat tahun info yang agak luar biasa, i will be like OOOOOOOOOOOO.... ^_^ Mahasuci tuhan sekelian alam yang maha berkuasa atas segala sesuatu..

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...