Friday, 6 February 2009

Isu Perak: Bila derhaka sultan kecoh, derhaka Allah?













Saya Anak Perak!


Ya, saya anak perak sejati. Memang saya bukan dari kalangan orang-orang yang layak mengundi di Perak pada Pilihanraya Umum tahun lepas. Juga tidak fasih bercakap loghat perak. Tapi saya ada hak untuk bersuara, apabila kerajaan yang diundi arwah atuk saya, pilihan rakyat dirampas sesuka hati - tanpa undang-undang!

Dan saya pelik.

Kenapa bila derhaka Allah, tak sekecoh bila derhaka Sultan? Rasanya lagi promote ada la. Memperlekehkan hukum Islam yang digariskan oleh Allah, menyokong konsert2 artis yang membawa manusia jauh dariNYA dan menyumbang kepada gejala keruntuhan akhlak remaja dan mengizinkan pembukaan syarikat2 judi, disko sarang maksiat - ini derhaka. Pada siapa? Tuhan!

Dalam kitab Ibnu Taimiyyah,
Dalamnya kata Raja/Sultan yang tidak adil atau zalim (definisi dalam Islam: meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya), hendaklah ditentang. Ketika zaman awal Rasulullah saw menyebarkan Islam, Abu Talib, pak cik Baginda sendiri menolak untuk memeluk Islam walaupun dia tahu ajaran yang dibawa anak saudaranya itu benar. Ini kerana dia pemimpin ketika itu dan merasakan tidak wajar mengenepikan ajaran nenek moyang mereka yang diikuti ramai orang ketika itu walaupun ia amat2 salah (kepentingan diri). Dalam konteks Isu Perak ini pula, kenapa terlalu cepat Sultan menukar MB (2 hari) sedangkan mengambil berhari-hari untuk melantik MB baru selepas Pilihanraya 2008 dan ia terang lagi bersuluh amat2 berat sebelah. Dan bukankah lebih adil jika DUN dibubarkan?

Belajarlah dari Sejarah, Sirah, kawanku.

6 comments:

nahwanNUR said...

Assalamualaikum,

salam sayang dari bumi darul ridzuan buat anak watan yang berjuang disana.

Ya, kita semua tentu sedih. Lagi-lagi sebagai anak perak. Walau tiada loghat, atau pekat sekali loghatnya, kite tetap membesar disini dan tahu tanah ini lebih dari penghuni dunia yang lainnya.

Sama-samalah berdoa semoga ALLAH swt memberi suatu petunjuk dan suatu pengakhiran yang baik. Mungkin mereka menang memegang tampuk pemerintahan, tetapi 'menang' mereka sebenarnya kalah antara perjuangan Hak agama ALLAH swt.

Moga adik dan keluarga baik2 sahaja di perantauan. Tarian jari keyboard mu tetap terus membahang sehingga disini :)

GeNeRaSi MaLaYSia said...

politik malaysia kini terlalu kotor..
pihak yang salah dianggap baik, dan sebaliknya akibat permainan kuasa dan duit..

PrinCeSs NuR said...

'kemenangan' dlm ketidakadilan tak tahan mana pun. Allah dh menjanjikan kemenangan hakiki agamanya tak kira apa cara mereka menghalangya.

terima kasih ye K.Nahwannur, pjgnye tulis ^-^

Generasi Malaysia juga.

Ibnurashidi said...

Assalamualaikum...

Apa yang pasti, Sultan atau rakyat biasa tetap sama saja di sisi Allah. Semuanya akan dihimpunkan di padang masyar kelak. Semuanya akan dihisab. Hanya Iman dan Takwa penentu segalanya. Jua keredhaan dariNYA.

bulan said...

penat2 p ngundi..dorang senang2 je men lompat2 parti.

PrinCeSs NuR said...

takpe2. dont give up. InsyaAllah menang. kemenangan perlukan pengorbanan.. :)

Related Posts with Thumbnails