Saturday 31 July 2010

Britain Itu Apa

Saya tinggal di Swansea, Wales, United Kingdom. Bukan England dan bukan juga London.

Bagaimanalah mahu jawab soalan2 "Best tak England?", "London macamana?". Nak terangkan, panjang sangatlah pula. Jadi jawab sajalah as if soalan itu merujuk pada uk. *winks*

Keliru.
Yang mana satu UK, England?
Bingung.
Macamana negara Scotland boleh ada dalam UK?
Tidak maklum.
Wales negara apa pula?

United Kingdom adalah sebuah negara yang terdiri daripada negara-negara atau countries within a country. Atau nama lebih tepatnya 'United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland'. Negara-negaranya ialah England, Wales, Scotland dan Northern Ireland.

Great Britain lain pula. Hanya England, Wales dan Scotland termasuk. Disebabkan mereka ini lain-lain negara, benderanya tak sama tapi serupa kecuali bendera Wales yang agak 'out of the blue' sedikit.
Clockwise: Bendera UK, England, Scotland, Northern Ireland dan Wales

England

England adalah negara yang paling ramai penduduknya di UK dan beribu negarakan London. Siapa yang suka tinggal di bandar besar dan banyak bangunan tinggi (dan juga pencemaran udara yang lebih :P), England adalah terbaik untuk anda. Bandar-bandar yang popular kebanyakannya di sini seperti London, Bristol, Oxford, Cambridge, Birmingham, Manchester, Sheffield, Liverpool, Nottingham...maka jika kalian suka popular, duduklah kat sini. hehe~

Orang England dipanggil English dan bahasa kebangsaan pastinya English.

Wales
Wales adalah tempat pelancongan popular di UK. Kalau tengok caravan package, Wales paling mahal sebab ia memang cun, permai dan cuacanya tak terlalu sejuk seperti di Scotland. Kat sini banyak ladang, kambing biri-biri, pantai seperti countryside.

Ibu kota Wales ialah Cardiff dan bahasa rasminya ialah bahasa Welsh. Pemandu dari tempat lain mesti pening bila masuk Wales sebab semua papan tanda jalan termasuklah nama-nama tempat ada dua bahasa - English dan Welsh. Nak rasa? Croeso i Cymru!

Orang Wales pula dinamakan Welsh dan mereka ini sungguh patriotik. Mereka agak sensitif kalau kata mereka ni English..kang tak pasal2 kene ketuk. :P Masyarakat Wales masih berjaya mengekalkan bahasa Welsh mereka terutama di kampung-kampung.



Scotland

Ia terletak di utara UK yang sejuk. Tempat yang selalu salji turun bila tempat lain salji tak turun. Bila tempat lain bersalji untuk beberapa jam, Scotland mungkin salji beberapa hari. Sejuk!

Seorang Scotland dipanggil Scottish, yang juga nama bahasanya. Pakaian tradisional mereka yang popular ialah 'kilt' dan lengkapnya seperti gambar sebelah. Macam kain pelikat versi pendek kan?? :D

Ibu negaranya ialah Edinburgh dan bandar2 utama disana adalah seperti Glasgow, Aberdeen dan Dundee. Scotland juga mempunyai sistem pembelajarannya dan sistem2 lain yang tersendiri berbanding negara lain.

Northern Ireland

Sayat tak pernah sampai Northern Ireland lagi, jadi tak tahu sangat ceritanya. Kena gi dulu. ;) Northern Ireland terletak di sebelah Republik Ireland dan ibu negaranya ialah Belfast. Ia berada di bawah UK manakala Republik Ireland ialah satu negara yang lain. N.Ireland dan R.Ireland adalah satu negara sama yang sama satu masa dahulu tapi berpisah. Orangnya pula dipanggil Northern Irish. Apa lagi eh? tiada inputlah. huhu

'When people say England, they sometimes mean Great Britain, sometimes the United Kingdom, sometimes the British Isles - but never England.' How to be an Alien' by George Mikes

4 comments:

Muhammad Ridwan Bin Ahmad said...

Macam nasib baik tak dapat pegi je..sampai sana nanti pening -__-"

Qurrata 'Ayun said...

yang signboards kat wales tu ke? If so, c'mon laa...saya pun tak pernah2 faham xD

Sahabat Network Negeri Sembilan said...

Alhamdulillah diberi kesempatan ke sana, kos ke sana agak mahal.Anyhow terima kasih (info artikel ni baik).Kirim salam kat ayah.

http://sahabatnetwork-nsembilan.blogspot.com/2010_05_01_archive.html

Qurrata 'Ayun said...

sama-sama. glad its useful (:

inshallah.

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...