12.08.2008

12th August 2008

12.9.2008. Genap sebulan arwah mbah lanang (atuk) meninggalkan kami. Terasa macam embah masih di alam dunia ini. Senyumanya, air matanya, ciumannya..Ahh! Rindu.

Ramai orang kata, kami beruntung. Sempat menatap wajahnya, menjaga makan minumnya dan ya, berada di sisinya membaca Yassin ketika nazaknya! Sebulan seminggu menghabiskan masa bersama, kalau diikutkan memang tidak cukup. sgt. Tapi, alhamdulillah. Cukuplah daripada tiada langsung. Dua minggu selepas itu, saya dan famili terbang ke Great Britain. Sepatutnya 12/8 itu, kami kembali ke negara musafir kami. Dan kerna takdir, embah pergi. Hati memang pilu tapi puas kerna semuanya settle. Daripada meninggalkan embah ketika embah menanggung kesakitan, memang tak sanggup. Biarlah embah pergi menemui penciptaNya. Itulah HIKMAH .


Benda yang paling saya ingat ialah saya orang yang pertama buat embah senyum selepas begitu lama tiada ukiran senyuman di mukanya! Waktu tu, baru sehari sampai Malaysia. Tak terniat pun nak buat lawak, tetiba terjadi plak lawaknya. Arwah embah senyum sampai tak boleh nak berhenti. Happy sangat! :) sampai menitis air mata embah kegembiraan. The days after that, kekadang kan, tak semene2 arwah embah gelak and senyum mendengar celotehku. Ntah ape, tak ingat. Main cerite jer ape2 sebab arwah ske sangat dengar. Setiap hari, pasti ada yang menziarahinya. Tak sah kalau tiada. Kadang-kadang ramai, kadang-kadang sikit. Tapi tetap ada.


Dua hari sebelum embah meninggal (Selasa), ekspo selama 4 hari di SMA Maahad Al-Islah baru sahaja selesai. SMA Maahad Al-Islah adalah sekolah agama swasta yang dibangunkan arwah ketika hidupnya. Impian arwah embah untuk mengumpulkan sanak-saudaranya di Hari Keluarga telah tercapai. Di mana ia diadakan pada hari Sabtu. Ramai dan meriah. Sayangnya, arwah di hospital ketika itu. Tapi, embah puas kerna dapat menemukan mereka semua. Petangnya pula, majlis Hi-Tea reunion Alumni Maahad Al-Islah. Manakala, pada hari Ahad adalah Hari Kecemerlangan Maahad Al-Islah, turut hadir MB Perak, Dato' Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin. Arwah embah nak sangat hadir. Hadir seketika dan balik semula ke hospital. Berkali-kali embah beritahu pada doktor tentang itu. Dan berkali-kali juga dye menanya pada ayah tentang apa yang perlu embah ckp pada MB. Arwah embah excited sangat.


Diikutkan hati, banyak sangat nk dicelotehkan di ruangan ini. Cuma, kekangan masa membataskan. Dipendekkan la jadinye.


Hari Selasa pagi tuwh, ayah bgtau yang embah dah tenat. sangat2. Hilang terus ngantuk. Terus bersiap. Satu badan menggeletar. Critical time. It scared me out. Teratak embah mula dipenuhi orang ramai. Sekolah Maahad Al-Islah ditutup. Bacaan Yassin kedengaran. Syahadah diajarkan. Hati kepiluan. Arwah embah nazak sehingga lepas Zohor. Kira-kira pukul 2.45, embah kembali ke rahmatullah. Kerna Allah lebih sayangkan dirinyaa.. Sayang seribu kali sayang, saya tiada disisinya detik, saat itu. Ketika itu, saya sedang solat Zohor. Lemah sendi lututku. Tangisan kedengaran. Sedih. Hati pedih.


Malam itu, ramai yang hadir. Tak henti-henti. YB Salahuddin Ayub pun datang. Kebetulan ketika itu minggu Muktamar PAS. Di celah-celah kesibukan malam tuw, di bawah kain putih yang menyelimuti wajah arwah embah, jenazah embah tersenyum! Cucu mana yang tidak gembira melihatkan embahnya tersenyum. Hati rasa senang.

Arwah embah disolatkan pada pukul 11 pagi keesokan harinya, berimamkan anaknya, pak cikku. Ust. Ahmad Awang (Vice President of PAS) turut menjadi makmum. Masjid Jame' Al-Mansor yang dibangunkan arwah embah penuh sesak. Ramai yang tidak dapat solat. Masakan tidak. Air sembahyang habis. Habis digunakan.

Akhir tulisan, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan kesejahteraan embah dan yang tidak pernah putus memberi semangat kepada kami sekeluarga ketika kami mendambakannya. JazakallahKK. May Allah lets my grandpa stand there with those who stand for Allah!






'In every moment, I miss him.'

p/s: Ayah ada tulis di kolumnya tentang arwah embah di akhbar SIASAH keluaran kedua bulan Ogos. Tajuknya 'Pulanglah, wahai anakku!' Check it out!

Comments

PrinCeSs NuR said…
COMMENTS FROM OLD BLOG:

Anonymous said...

Semuga d Tempatkn d kalanagn orang2 yg SOLEH
October 4, 2008 7:29 PM

Rayyan Haries Ean Rael=R.H.E.R said...

salam

may your granpa be with the solihin.

btw, salam ukhwah from malaysia!
October 9, 2008 7:04 AM

assabakie said...

semoga Allah tempatkannya ditempat yang dijanjikan nikmat untuk hambanya..al-fatihah
October 11, 2008 9:40 AM

cik kedondong said...

semuga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh

ur story reminds me of my grandpa
i miss him so much
October 13, 2008 8:11 AM

PrinCeSs NuR said...

terima kaseyh kawan2.
smoga doa kalian dimakbulkan.
(=