Tuesday 18 November 2008

-seeing people I love are happy is one of my happiness-

11th Jun 2008

Catatan ini adalah catatan yang agak ‘basi’ yang saya tak sempat catatkan disini. Walaubagaimanapun, tak salah kan kalau dicoretkan. :)

Merci Beaucoup MB Perak. (Thanks a lot MB Perak)

Alhamdulillah dalam sebulan yang lalu, embah lanang (mon grand-pere) saya telah menerima ziarah daripada PCik Nizar, MB Perak yang baru. Ketika itu, kalau tak silap, kami baru sahaja menerima berita bahawa embah lanang kami menghidap ‘Colon Cancer’ kira-kira seminggu. Terima Kasih banyak2 – itu sahaja yang saya bley katakan. Ziarah itu telah meniupkan semangat embah lanang untuk melawan penyakitnya dan memberi 1001 makna padanya.

Kami tahu, embah lanang (mon grand-pere) teringin sangat berjumpa dengan PCik Nizar. Hendak melihat sendiri bagaimana MB Perak kami yang baru. Embah lanang hanyalah menjadi salah satu daripada orang-orang yang mahu kepimpinan Pakatan Rakyat di Perak dan juga Malaysia berjaya. Orang yang tidak pernah jemu menyokong perjuangan Islam di Malaysia walaupun PAS pernah mengalami zaman jatuhnya. Dan kini, apabilah Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat dibawah MB daripada PAS, pastinya hatinya berbunga2! Bunga-bunga kegembiraan dan kesyukuran.

Tahun lepas, PCik Nizar ada menziarahi embah lanang untuk hantar barang kiriman kepada keluarga di Malaysia sebab ketika itu PCik Nizar baru balik dari UK. Waktu itu, embah lanang jauh berbeza – sihat. Tapi kini, badannya jauh menyusut.

Ketika ziarah baru-baru ini, embah lanang (mon grand-pere) menangis terharu. Kebetulan ketika itu, ada program bersama MB Perak di Teluk Intan. Jadi, beliau singgah sebentar di teratak embah kami, kira-kira 45 minit. Tidaklah lama mana, tapi cukup. Di dalam ziarahnya, PCik Nizar call ayah untuk ayah memberi ucapan sepatah dua kata, menggunakan loudspeaker. Ayah memberi kata2 perangsang pada embah lanang dan selepas itu, PCik Nizar pun berucap sedikit. Turut bersama beliau adalah PCik Misbahul Munir (Set.Pol MB), pegawai khas beliau, dan beberapa orang yang lain.

Harapan kami agar embah lanang (mon grand-pere) sihat kembali dan kepada PCik Nizar, semoga Allah sentiasa menolong dan bersama PCik Nizar dalam segala urusan. And again, Merci Beucoup Monsieur Nizar!






































Joyeux anniversaire, ma soeur! (Happy Birthday, sis!)

Catatan yang kedua ini adalah agak baru. Jadi, tidaklah se'basi' yang pertama. hee :)) Dua minggu lepas, kami menyambut hari lahir kakak saya, Nur Najihah di mana sambutannya di buat bersama Johan, si cilik berambut perang. Seorang 17 tahun, seorang lagi 4 tahun - jauh beza woo. Bertempat di teratak Uncle Nor & Auntie Catherine dan alhamdulillah amat2 meriah. Cetait amusant!

Ia turut dimeriahkan dengan pasangan pengantin baru - Abg David dan Kak Nurul, Sahabat famili Uncle Nor - orang2 Muslim Tanzania yang sekaligus menjadi sahabat famili kami. Untuk kakak, saya telah membuat satu 'promise' untuk memberikan 10 hadiah. Dan untuk makluman, 7 sudah selesai, 3 lagi tinggal. Hurm..nak bagi ape lagi eh? Paling istimewa, pastinya Cheesey Bread Pizza by Chef Nur Nabilah. ^_^

Wish saya adalah - May all your wishes come true & may Allah blessing shower upon sis. Insyallah.























**This post has
a bit of French as currently I am having a french-filled head due to couple of French exams I have got lately**
=D

No comments:

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...