Tuesday 18 November 2008

Tukang punggah, Kamal Ataturk & Malaysia

5th May 2008 (Artikel ini pernah disiarkan di kampusnegara.net)

Beberapa minggu yang lalu, barang-barang kami dari Malaysia sampai. Best dan bahagia giler tengok berkotak-kotak barang. Jadi tukang punggah adalah yang paling best! =D Jikalau nak mencuba, sila la eh datang ke Alexandra Terrace niee! Salah satu daripadanya, adalah kotak buku. Entah berapa juta buku, ha ha tatau. Semuanya adalah bahan rujukan untuk research ayah - kebanyakannya tentang Islam, Politik & Sejarah.


Dalam banyak-banyak buku tuwh, ada satu buku yang cantik, menarik maka saya pun tertarik untuk membaca, bercakap dan menulis mengenainya. Yakni buku alkisah 'Kamal Ataturk: Ideologi dan Kesannya ke Atas Rakyat Turki'. Sebuah buku yang telah mencungkil habis-habisan falsafah, sejarah dan ideologi Kamal Ataturk. Bukunya best tetapi tidaklah setebal mana, kalau tak, masakan saya mahu membaca setiap perenggan-perenggannya! hehee.


Kamal Ataturk - nama yang selalu jugalah saya dengar dan nama yang agak dikenali. Popular la kot. Tatau takpe. Dia merupakan Perdana Menteri Turki pada zaman dahulu kala dan digelar Bapa Turki Moden. Nawaitu hatinya mahu mensekularkan Turki, membaratkan bangsa Turki dan memusnahkan Islam. Kamal Ataturk berjaya menjatuhkan kerajaan Bani Usmaniyah sekaligus memegang tampuk pemerintahan. Hingga kini, Turki adalah negara sekular dan majoriti masyarakatnya memang Barat sangatlah walaupun Turki mempunyai 90% muslim! ish.ish.ish


Pada fikiran Kamal Ataturk, Islam adalah penghalang kemodenan dan kemajuan Turki dan mencontohi Barat adalah satu-satunya caranya. Sejarah telah membuktikan bahawa pemikiran itu adalah salah! Turki kini adalah jauh ketinggalan dibandingkan dengan Barat. Itulah berlagak sangat dengan Tuhan. Dunia hari ini selalu meyalahkan Islam atas ketidakmajuan negara-negara Islam. In fact, Islam itu tidak salah, yang salahnya adalah orang-orang di dalamnya. Orang-orang yang tidak mengikut Islam yang betul dan lebih suka menggunakan nama-nama seperti Islam Hadhari dan Islamisasi dengan niat untuk mengelat dari menggunakan Islam yang betul. There are no other words to name it other than Islam!


Ketika zaman kegemilangan pemerintahan Islam yang lalu, mereka 'cemerlang, gemilang, terbilang' salah satu sebabnya adalah kerana mereka mentadbir atas dasar Islam yang betul - berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah. Bukannya menggunakan undang-undang manusia, tetapi undang-undang Allah (Hukum Hudud) yang selalu dipertikaikan oleh manusia yang bernama Muslim dan bertuhankan Allah itu sendiri. Contoh yang saya fikir paling dekat ialah Kerajaan Malaysia di mana termaktub dalam perlembagaanya bahawa Islam adalah agama rasmi sebaliknya mereka bukan sahaja menolak Hukum Allah tetapi memperlekehkannya dengan memainkan soal potong-potong tangan untuk orang yang mencuri dan kesannya keatas Malaysia sebagai negara berbilang bangsa dan agama. Cuba fikir ya, waktu dulu-dulu zaman Rasulullah dan Sahabat, tidak ada 'non-muslim' ke?


Manakala negara-negara seperti Britain, USA, Japan, France dan lain-lain di mana populasi masyarakatnya bermajoriti 'non-muslim' dilihat lebih jauh maju daripada kebanyakan negara-negara bermajoriti muslim. Mereka bukanlah menggunakan Hukum Allah tetapi mereka menggunakan nilai-nilai yang ada didalamnya seperti jujur, amanah dan adil. Seperti di Britain, kadar rasuahnya seciput jer dibandingkan dengan Indonesia, negara teramai muslim. Dan tidak lupa, Malaysia juga. Jauh bezanya.


Cuma dari segi agama, 'inner feelings' mereka semacam kering dan kureng. Party sakan, disko sana sini, kaki kutu town itulah mereka. Selalunya mereka itu adalah orang yang tidak beragama dan agnostic. Boring life. Tapi, saya tabik spring pada nilai-nilai yang suci lagi murni lagi baek yang ada pada mereka. Suka saya katakan bahawa kekadang seseorang Muslim itu lebih suka meniru gaya Barat yang pada hakikatnya menjadi seorang Muslim yang sebenar itu adalah jauh lebih 'cool'. Proud being a Muslim! InsyaAllah.


"Mereka bermaksud hendak memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut nereka tetapi ALLAH tetap menyempurnakan cahaya-Nya, biarpun orang-orang kafir tidak menyukainya." (As Saf: 8)

1 comment:

Qurrata 'Ayun said...

COMMENTS FROM OLD BLOG:

KAMATO said...

Terlalu ramai masyarakat Turki di German ini, sebahagian mereka cara hidup tak ubah seperti orang German sendiri. Tapi yang bagus pun ramai. Saya pernah berpeluang kursus bersama warga Turki di Japan satu masa dulu, islam mereka itu tinggal nama... semuanya di bedal, mungkin inilah hasil uasaha Kamal Atatuk sehingga jasadnya tidak diterima bumi.
May 10, 2008 5:16 AM

Mardhiyah Mustaffa said...

Special tag from http://missunguviolet84.blogspot.com

Selamat menerima dan semoga terhibur..

Post a Comment

Toilet learning 20 months old

Potty trained at 20 months old?? One of the first reactions I received was:  "Pity her!" I do not blame anyone who thought...