Alkisah Bonfire Nite***

5th November 2008Semalam 5 November - Bonfire Night! Banyak sangat fireworks dan sparklers kita boleh tengok pada tarikh ini. Mula dalam pukul 6.30 sampai 10pm. Bukan sendiri punya fireworks pun, rasa besh gak. Tengok pun jadilaa. Bunyi pun gempak Kebabomm!* Kebabooom* , buat orang excited nak tengok. Dahle tengah dalam kelas quran Sheikh Mohsin, tahan iman jer tengah hafal. hehe.

Tahu tak sejarah disebalik Bonfire Night?

Alkisahnye beratus tahun dahulu, King James 1st, seorang Kristian Protestant telah dilantik menjadi raja. Seperti yang semua orang tau, Protestant dan Katolik bukan satu kepala. Orang-orang Kristian Katolik kena praktik diorangnye agama secara sembunyi. Jadi, diorang ni mengharapkan King James 1st ni bolehla buat perubahan pada undang-undang kepada yang menyebelahi Katolik. Disebabkan King James 1st tak buat apa-apa perubahan, orang2 Katolik pun bengang la dengan raja ni.

Jadinye, ada sekumpulan Katolik ni merancang nak letupkan Houses of Parliament sebab pembukaan sidang Parlimen akan dirasmikan oleh King James 1st dan disitulah tempat penggubalan undang-undang UK. Strateginye - korek lubang bawah tanah Houses of Parliament pastu letupkan gunpowder kat situ, maka akan meletuplah Parlimen dan raja tuwh.

Seorang mamat Katolik ni, Guy Fawkes ditugaskan untuk nyalakan api kat fuse dan cabut lari seboleh yang mungkin. Tengah gelap2 malam 5 November, ketika dia nak nyalakan api...jeng jeng jeng! Polis datanggg, diorang kena tangkap dan gagallah racangan mereka. Siap kena gantung sampai mati lagi tuh. Tu aa pasal, buat jahat lagi. ish3.

Bagi menyambut si King James 1st dan Houses of Parliament tidak dibom oleh Guy Fawkes, maka Bonfire Night disambut seluruh Britain. Dan Houses of Parliament masih ada di London!

Comments

PrinCeSs NuR said…
COOMENTS FROM OLD BLOG:

Ariff Dean said...

salam salam

nice post here! :)
November 15, 2008 3:46 PM

- SIS NADIA - said...
ahhh..ingatkan orang-orang Nottingham je sambut bonfire nite ni,haha!!:P